Jika satu jaringan sendiri tu biasanya kita faham. Namun kalau dan dua atau tiga own goal, rasanya sangat sukar menerimanya. Malah pemain pastinya akan diminta untuk menjelaskannya.
Bagaimana pula dengan 41 gol sendiri dalam perlawanan? Sukar untuk menjelaskannya bukan? Kalau bukan satu skandal.
Pasukan Afrika Selatan, Nsami Mighty Birds tewas 59-1 kepada Matiyasi FC, dalam liga divisyen keempat Afrika Selatan bulan lepas, di mana kebanyakan gol dijaringkan oleh pasukan yang kalah.
Mereka juga kehilangan empat pemain akibat kad merah. menamatkan permainan dengan hanya tujuh orang.
Matiyasi sedang bertarung dengan Shivulani Dangerous Tigers untuk merebut gelaran apabila Tigers menewaskan Kotoko Happy Boys dengan jaringan yang luar biasa sekali iaitu 33-1.
Melihatkan situasi itu, pasukan di tempat ketiga Nsami menang dengan 59 gol ke atas lawannya.
Pada awal musim dua perlawanan tersebut berakhir dengan masing masing 2-2 dan 2-1. Namun pada pusingan kedua musim liga, jumlahnya menjadi luar biasa.
Kini keempat-empat pasukan telah digantung, bermakna pasukan tangga keempat Gawula Classic memenangi kejuaraan liga.
“Siasatan kami mendapati bahawa Matiyasi dan Nsami mahu menghalang Shivulani daripada mengungguli kejuaraan. Dan mereka bersetuju untuk mengatur keputusan perlawanan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku,” kata presiden wilayah Mopani, Vincent Ramphago, kepada BBC Sport.
“Apa yang menyedihkan ada pemain muda terbabit kerana peraturan pertandingan menetapkan setiap pasukan perlu menurunkan sekurang-kurangnya lima pemain bawah 21 tahun.”
“Matlamat utama kami dalam menganjurkan liga bawahan ini adalah untuk memastikan kami melatih pemain bola sepak muda menjadi pemain Bafana Bafana yang berpotensi pada masa hadapan.”
“Apabila kami menyiasat kami mendapati bahawa beberapa gol Matiyasi tidak [dijaringkan dengan betul] kerana pengadil tidak dapat mentafsir laporannya.”
Vincent juga mempersoalkan bukti video setiap gol tersebut. Hal ini kerana pengadil hanya menulis laporan gol tersebut dan seolah olah ianya direka reka.
“Kami mendapati pengadil hanya menulis – ‘pemain nombor 2 menjaringkan 10 gol, pemain nombor 5 menjaringkan 20 gol’ dan seterusnya – tetapi terdapat 41 gol sendiri jadi bagaimana mereka merekodkan gol ini?”
🚨 Four South African clubs have been banned permanently from the fourth division after fixing games in a bid to win the league.
Nsami Mighty Birds scored 41 own goals during their 59-1 defeat – despite finishing the game with only seven players.
(Source: BBC) pic.twitter.com/W3oDHdj9Nu
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 9, 2022
Kelab-kelab tersebut telah dikenakan penggantungan seumur hidup manakala pegawai dari kelab-kelab tersebut telah dikenakan penggantungan antara lima dan lapan tahun dan pegawai perlawanan tidak boleh bekerja dalam bola sepak selama 10 musim.
Nsami bukan satu-satunya yang menamatkan permainan mereka dengan kurang empat pemain, seperti yang didedahkan oleh Ramphago, dengan pemain Kotoko turut menolak untuk menamatkan perlawanan kerana terlalu letih. Alasan yang sangat rare.
“Selepas mendengar bahawa Matiyasi mendahului 22-0 pada separuh masa, Shivulani berpakat untuk mengeluarkan pemain Kotoko Happy Boys dari padang. Pemain yang keluar berkata mereka keletihan meninggalkan pasukan mereka dengan hanya tujuh pemain.
“Dalam perlawanan Matiyasi yang berlangsung dalam aksi seterusnya, pengadil memberikan pemain kad merah sehingga Nsami terpaksa dengan tujuh pemain.”