Kelab Argentina Ini Buat Latihan Pra Musim 3 Pagi, Dan Kini Layak Ke Divisyen 1 Buat Pertama Kalinya

Pengurus kelab Deportivo Riestra, Matias Modolo ada cara tersendiri untuk melakukan aktiviti pra musim.

Pra musim adalah di mana pengurus akan memikirkan cara terbaik untuk mengembalikan segera kecergasan pemain setelah mereka bercuti dalam beberapa minggu.

Pada masa yang sama pengurus juga perlu membentuk pasukan daripada campuran pemain  baharu yang dibawa masuk dengan pemain yang terus kekal bersama pasukan.

Kehilangan pemain kunci dalam pra musim juga perkara yang akan membuatkan pengurus memikirkan cara bijak mengatasi kehilangan itu sama ada dengan mendapatkan pengganti atau memikirkan sistem permainan baharu.

Berbalik kepada cara Matias Modolo do Deportivo Riestra, dia memastikan pra musim menjadi medan untuk membentuk pasukan yang bersedia dan kuat dari segi fizikal serta mental.

Ketika dia mengambil alih kelab itu, dia sudah memberitahu pemain yang tidak suka dengan latihan berat agar datang kepadanya dan mereka dibenarkan angkat kaki ke kelab lain.

Salah satu cara yang digunakan oleh Madolo adalah dengan membuat latihan pra musim seawal 3.15 pagi.

Dia menegaskan bahawa, jika benar benar mahukan latihan intensif dan mencabar pada pra musim  maka inilah caranya.

Latihan dibuat seperti biasa, intensif.

Latihan ini bukan sahaja mencabar dari segi fizikal dan kecergasan tetapi mahu melihat kelompok pemain manakah yang sanggup berkorban apa sahaja demi pasukan dan berjuang bersama pengurus.

Akhirnya mereka berjaya menempah slot di separih akhir play off ke liga Primera Argentina yang merupakan divisyen 1 Argentina. Ini adalah kali pertama kelab kerdil itu mara ke Liga Primera Argentina.

Impian yang sebelum ini dianggap sebagai sekadar impian mustahil.

Dalam play off itu mereka menang 4-0 secara agregat ke atas Almirante Brown.

Sementara itu dalam aksi final play off mereka menang 1-0 ke atas Deportivo Maipu.

Dan musim akan datang mereka akan beraksi di Liga Primera Argentina bersama pasukan handalan lain seperti Boca Juniors dan River Plate.