Kelab Australia Ini Masukkan Pemain 14 Tahun, Cipta Sejarah Dalam Piala Australia

Oakleigh Cannons terus mencipta sejarah yang unik dalam Piala Australia pada tahun ini. Di mana mereka telah memasukkan penjaga gol berusia 14 tahun, Ymer Abili dalam aksi menentang Macarthur FC.

Menjadikan Abili sebagai pemain paling muda pernah beraksi dalam Piala Australia.

Jika di Malaysia, Abili adalah budak tingkatan dua. Dia mencapai usia 14 tahun pada 14 Januari lalu.

Pasukannya sedang ketinggalan 2-5 pada masa kecederaan pada aksi separuh akhir Piala Australia itu. Pengurus mereka memutuskan untuk memasukkan Ymer Abili.

Perjalanan yang luar biasa kelab liga semipro Australia itu dalam Piala Australia ditamatkan oleh kelab Liga A iaitu Macarthur FC.

Ymer Abili merupakan penjaga gol regular untuk skuad B-14 kelab mereka. Telah diberikan detik yang akan diingatinya buat selama lamanya. Begitu juga dengan peminat Liga Australia yang akan mengenang detik ini selamanya.

Ymer Abili kelihatan sangat teruja menggantikan Lewis Italiano, pemain yang berusia lebih dua kali ganda usia Ymer Abili iaitu 31 tahun.

Dia tidak melepaskan sebarang bolos lagi untuk pasukannya selepas itu.

Bercakap kepada wartawan tentang pertukaran dianggap pelik itu, Abili menyatakan bahawa dia terkejut. Abili memberitahu wartawan bahawa dia sudah memanaskan badang selama 85 minit.

Dia berkata: “Saya hampir tak dapat berkata apa apa. Saya sangat gembira.”

Dia turut berkongsi detik yang agak mencemaskan pada saat saat akhir ketika pasukannya berdepan dengan situasi sepakan penjuru. Penjaga gol itu menegaskan dia tidak gugup tetapi pada masa yang sama masih teruja untuk mencipta sejarah.

“Saya teruja sangat untuk meneruskannya dan mencipta sejarah. Itu sahaja,” tambah Ymer Abili lagi.

Tetapi ibunya di tempat penyokong pula sebaliknya.

Ibunya berkata: “Itu detik yang agak mencemaskan. Memang saya agak gugup sepanjang malam. Saya sangat bangga dengan Ymer, dia berlatih dengan sangat keras sekali dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

Walaupun kalah, namun kelab Cannons menyatakan bahawa mereka berbangga kerana menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Australia.

Kelab dalam kenyataan mereka menulis: “Malam yang sungguh luar biasa untuk melihat penjaga gol muda kita, Abili membuat debut.”

“Momen bersejarah buat kelab kita dan Piala Australia.”

Saksikan detik bersejarah itu di sini:

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di