Kelab Chile Dituduh Ciplak Logo City Tak Takut Dengan Guaman City Yang Bebaskan Mereka Dari FFP

Pasukan divisyen tiga Chile, Santiago City masih belum pernah bermain perlawanan rasmi, namun mereka tetap menjadi perhatian selepas berlaku  pertikaian undang-undang yang pelik dengan pemilik juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

City Football Group (CFG) mengawal sebilangan besar kelab di seluruh dunia selain darioada Man City yang dibimbing oleh Pep Guardiola. Kini CFG ada pasukan di Amerika Syarikat, Australia, India, Jepun, Sepanyol, Uruguay, China, Belgium dan Perancis.

Dan setakat ini mereka masih belum meneroka sejauh Chile lagi. Tetapi peliknya, sudah ada logo pasukan ala Man City di sana. Ia membuatkan peminat di Chile tertanya tanya sama ada pasukan Santiago City juga di bawah CFG?

Menurut Daily Mail, CFG menghantar dokumen sembilan muka surat kepada kelab kecil Chile melalui peguam tempatan pada akhir bulan lalu, mengadu bahawa lencana Santiago City sangat menyerupai Man City.

Dokumen tersebut adalah perintah arahan untuk menghentikan ‘penggunaan tanpa kebenaran’ tanda dagangan dan ciri reka bentuk Man City.

Lihat sendiri logo kedua dua pasukan di bawah ini. Ini yang membuatkan CFG merasakan ada isu menciplak logo.

Walaupun pemilik Man City jelas memandang serius perkara itu, namun Santiago City buat masa ini dikatakan buat tak tau je tentang perkara itu.

Namun mereka suda menutup laman web mereka sebagai tindak balas kepada tuntutan undang-undang. Tetapi akaun Twitter rasmi mereka masih aktif – bersama-sama dengan lambang yang dipertikaikan itu masih menjadi gambar profil mereka.

Pada petang Rabu, imej skuad Santiago berada di padang latihan untuk pramusim telah dimuat naik ke platform, dengan pemain mereka masih memakai kit yang memaparkan lencana kelab yang kontroversi itu.

Mereka turut mengumumkan perlantikan bekas pembantu Marcelo Bielsa.

Sebenarnya, Santiago City antara kelab kecil yang sangat bernasib baik. Kerana mendapat tajaan dari Adidas menjelang musim sulung mereka. Banyak pasukan kecil tidak mendapat tajaan jersi, apatah lagi daripada Adidas.

CGF masih lagi menunggu Santiago City untuk menukar logo mereka. Dan akan mengambil tindakan undang undang lebih tegas.

Santiago City seakan akan melawan cakap peguam Man City dengan terus berlatih memakai lambang kelab yang dipertikaikan itu.

Peguam Manchester City, bukan calang calang, orang yang pernah menciduk UEFA daripada mengenakan penggantungan ke atas City dan pernah menghalang Brexit sebanyak 2 kali korang tau tak.

Kenali Lawyer Yang Dibayar RM108,540 Sehari Bebaskan City Dari Hukuman & Pernah Halang Brexit 2 Kali

Manchester City telah melantik peguam yang berjaya membantu menghalang Brexit sebanyak dua kali sebagai peguam kelab mereka. Beliau ialah David Pannick.

Pannick mewakili Man City dalam usaha mereka merayu keputusan UEFA di mahkamah timbang tara sukan antarabangsa (CAS). Dan berjaya membebaskan City daripada pertuduhan. Malah City turut dikembalikan semula wang selepas mereka sebelum ini membayar denda €30 juta kerana melanggar FFP.

Pannick dianggap sebagai salah seorang peguam terbaik di Eropah. Dan beliau kini akan cuba menghalang UEFA daripada menghukum Man City.

Sebelum ini UEFA telah menjatuhkan hukuman gantung 2 edisi UCL dan juga denda €30 juta kerana pelanggaran FFP.

Peguam 63 tahun itu sebelum ini mewakili Gina Miller sebanyak dua kali dalam usaha melawan Boris Johnson serta bekas Perdana Menteri, Theresa May.

Pada 2016, Miller berjaya menghalang Theresa May mengeluar Great Britain daripada kesatuan Eropah (EU).

City berharap Pannick akan menggunakan kepakarannya dalam membantu mereka mengelak hukuman UEFA. Dilaporkan Man City setuju membayar kos guaman Pannick £20,000 sehari ataupun sekitar RM108,540 sehinggalah kes ini tamat.

Beliau memang antara peguam yang paling mahal di dunia pada ketika ini.

City digantung

Manchester City telah digantung daripada menyertai Liga Juara Juara Eropah, dan didenda €30 juta (£25 juta) oleh UEFA.

Manchester City dihukum berat sebegitu rupa, selepas mereka didapati melakukan kesalahan serius oleh UEFA. Penggantungan tersebut berkuat kuasa untuk musim 2020/21 dan 2021/22.

UEFA menyatakan, penggantungan Man City daripada Liga Juara Juara Eropah ini menunjukkan bahawa tegasnya UEFA dalam hal hal berkaitan dengan piawaian FFP.

Sebelum ini terdapat penyebaran dokumen yang dibocorkan menyatakan bahawa Man City melakukan pelbagai salah laku.

Man City didapati bersalah oleh UEFA selepas siasatan oleh Club financial control body (CFCB) Kerana pelbagai kesalahan termasuk pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.

Dokumen tersebut dibocorkan oleh Der Spiegel pada November 2018.

Berdasarkan informasi dan email yang dibocorkan, ia menunjukkan pemilik kelab, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan sebenarnya yang menyuntik sebahagian besar dana tajaan.

Ini termasuk tajaan jersi, stadium dan akademi. Pemilik kelab yang boleh sesuka hati menyuntik dana. Sebab FFP bak bagi persaingan lebih adil iaitu dengan menjana keuntungan menerusi operasi bola sepak.

Pemilik hanya boleh menyuntik dana dalam sejumlah yang ditetapkan sahaja.

Kalau tiada peraturan macam ni. Dan hanya bergantung kepada kekayaan owner, maka pemilik yang kaya raya akan memiliki kelebihan.

Dalam kes City, pemilik dia berselindung di sebalik tajaan dan menyuntik dana sebanyak mungkin untuk kelab menerusi penajaan yang dipalsukan.

Manchester City sudah memberitahu mereka sangat kecewa namun tidak terkejut dengan keputusan UEFA.

Mereka akan cuba untuk merayu di mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) selepas ini dan cuba memastikan Man City dapat beraksi di pentas tertinggi Eropah.

Malah mereka juga mempertikai ketelusan siasatan oleh CFCB serta bukti yang dikemukanan. Man City menyatakan kelab mereka sentiasa cuba memastikan mereka terlibat dan menepati piawaian UEFA dalam isu FFP.

Man City yakin mereka tidak melakukan apa apa kesalahan yang melanggar Financial Fair Play.

Jika Man City gagal dalam rayuan mereka, maka pasukan yang berada di tangga kelima akan layak ke UEFA Champions League musim hadapan.

Berdasarkan kedudukan semasa, memang nampak jelas Man City akan berada di empat teratas.

Pep Guardiola sebelum ini menyatakan misi utama mereka adalah menjuarai UCL. Beliau sendiri sangat dahagakan UCL selepas sekian lama tak menjulang piala itu.

Selain itu Man City juga tak pernah menjuarai Liga Juara Juara Eropah di dalam sejarah pasukan mereka, terutama sekali pada era pemilikan oleh Sheikh.

Sebelum ini mereka pernah dituduh melakukan kesalahan FFP namun mereka berjaya membersihkan ketidakseimbangan akaun mereka dalam tempoh yang ditetapkan dan kemudian UEFA membersihkan nama mereka.

Pannick benar benar bebaskan City

Dan pada 13 Julai 2020, Pannick benar benar membebaskan Man City daripada hukuman oleh UEFA.

Manchester City bebas daripada sebarang pertuduhan salah laku berkaitan dengan regulasi pelesenan kelab dan financial fair play UEFA.

UEFA dalam kenyataan mereka berkata:

“UEFA sudah sedia maklum akan keputusan yang diambil oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, berkaitan hukuman ke atas Manchester City selepas dikenakan hukuman oleh badan bebas Club Financial Control Body / CFCB berkaitan pelesenan dan Financial Fair Play.”

Berdasarkan kenyataan oleh UEFA mereka dimaklumkan oleh CAS bahawa mereka kekurangan bukti konklusif untuk mendakwa Manchester City.

“UEFA difahamkan bahawa panel CAS mendapati kekurangan bukti konklusif untuk menguatkan semua hujah daripada CFCB dalam kes spesifik berkaitan dengan tuduhan salah laku dalam masa lima tahun.”

“Dalam beberapa tahun ini Financial Fair Play telah memainkan peranan yang sangat signifikan di dalam membantu dan melindungi kelab dari segi kewangan.”

“UEFA dan ECA akan kekal komited dengan perkara tersebut.”

Dengan kejayaan Manchester City membebaskan diri daripada hukuman oleh UEFA maka pasukan tersebut sah akan beraksi dalam liga juara-juara Eropah pada musim hadapan.

Ini berdasarkan kedudukan semasa mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Manchester City sekali lagi menyatakan bahawa mereka tidak pernah sesekali memalsukan angka tajaan.

Dengan keputusan oleh CAS ini ianya pasti menggembirakan pengurusan Manchester City yang sebelum ini risau impak daripada penggantungan ini akan membuatkan beberapa bintang mereka terpaksa dilepaskan termasuk Pep Guardiola.

Manchester City bebas.

Jadi, power tak Pannick? Tak perlu panik kan.