Kelab EPL Didesak Boikot Perlawanan Menentang City Kerana Isu Financial Fair Play

Seorang wartawan terkemuka UK, Will Hutton menyatakan bahawa, Man City tidak berhak untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris buat masa ini.

Man City berdepan dengan lebih 100 pertuduhan salah laku kewangan. Melibatkan pemalsuan nilai tajaan, kontrak pengurus, pemain dan melanggar peraturan FFP.

Jika didapati bersalah, mereka berdepan dengan hukuman berat. Ini termasuk denda yang sangat tinggi, dipotong mata pada musim semasa serta paling teruk disingkirkan daripada pertandingan EPL dan dilucutkan kejuaraan mereka sebelum ini.

City masih lagi dalam proses siasatan. Dengan kelab itu sedia mempertahankan dirinya daripada pertuduhan pertuduhan tersebut.

Man City turut membantah perubahan dalam organisasi yang mengendalikan siasatan tersebut. Kerana Murray Rosen, yang dilantik menjadi ketua suruhanjaya panel keadilan EPL merupakan ahli kelab Arsenal.

Ini bukan pertama kali Man City dikaitkan dengan salah laku FFP. Sebelum ini UEFA pernah mengenakan sekatan beraksi di UCL ke atas City. Namun peguam kelab itu berjaya mengeluarkan City daripada hukuman.

Atas alasan, kes yang disiasat UEFA itu sudah dikira kes lapuk kerana terlalu lama.

Kini City berdepan dengan satu lagi siasatan oleh Premier League.

Wartawan terkemuka UK, Will Hutton meminta Premier League melarang Man City beraksi untuk baki perlawanan musim ini. Sehinggalah akaun mereka selesai diaudit suruhanjaya bebas.

Beliau turut mencadangkan pasukan pasukan di EPL memboikot untuk berlawan dengan Manchester City.

Isu itu timbul ketika Man City kini dalam landasan untuk merangkul treble pertama kelab itu.

Hutton berkata: “Man City, tanpa ragu adalah pasukan yang sangat hebat – namun mungkin pasukan pasukan lain di Liga Perdana Inggeris harus menolak untuk melawan mereka sehingga akaun mereka diaudit secara bebas dan disahkan.”

“Badan berkuasa bola sepak harus serius dalam isu Fair Play, atau sukan yang penuh magis ini akan mati.”

Adakah anda bersetuju dengan cadangan Will Hutton yang dianggap agak keterlaluan ini.

Man City berpeluang merangkul UCL pertama mereka. Selepas mara ke final UCL sekali lagi.

Baca yang lain