Kelab kelab musuh Man City yang lain mahu melihat Manchester City dilenyapkan dari muka bumi ini terus. Itulah kata kata yang keluar daripada mulut Pep Guardiola menjelang pertemuan di antara Manchester City dan Arsenal.
Pep Guardiola telah mendakwa bahawa pengkritik Manchester City mahu melihat juara bertahan Liga Perdana itu “hilang dari muka bumi” ketika mereka menghadapi 115 pertuduhan salah laku kewangan oleh Liga Perdana.
Pengurus itu, yang menyasarkan gelaran Liga Perdana kelima berturut-turut dan ketujuh City dalam lapan tahun, menegaskan dia akan berjuang bermati matian untuk mempertahankan reputasi mereka.
Guardiola akan membawa pasukannya ke pertembungan tengah hari Ahad menentang Arsenal dengan peluang untuk mendahului lima mata daripada saingan itu yang telah menghimpit mereka paling dekat dalam dua kempen terakhir.
Sementara itu, di luar padang, suruhanjaya bebas telah mula meneliti 115 pertuduhan Liga Perdana yang telah dikenakan terhadap City dan berkaitan dengan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan liga.
City menafikan sebarang salah laku tetapi Guardiola percaya kelabnya telah pun didapati bersalah di mahkamah pendapat umum. Menjelang perlawanan terbesar mereka musim ini setakat ini, pengurus City itu berada dalam mood agresif.
“Saya minta maaf untuk mengatakan bahawa saya sentiasa mahu mempertahankan kelab saya – terutamanya pada zaman moden ini,” kata Guardiola. “Seolah-olah semua orang tidak menjangka kami bukan sahaja akan diturunkan, malah mereka mahu kami lenyap terus dari atas muka bumi.
“Saya akan katakan kami mempunyai banyak hari yang lebih baik daripada lawan kami – dan itulah sebabnya kami menang banyak. Ia tidak rumit.”
'Disappear' – Pep Guardiola uses 115 punishment point to slam Man City critics#MCFC https://t.co/b7TKGfV6jZ pic.twitter.com/3fouYcy4mt
— Manchester City News (@ManCityMEN) September 22, 2024
Man City menjadi pasukan yang kerap dikecam kerana 115 pertuduhan ke atas mereka. Yang masih di peringkat siasatan. Pendengaran kes itu dijangka akan berlaku pada bulan depan.
CEO EPL sebelum ini tidak dapat menentukan tarikh itu. Cuma dia membayangkan ianya akan berlaku pada pertengahan atau hujung Oktober.
Beberapa minggu lalu presiden La Liga, Javier Tebas mengkritik EPL sebagai pilih kasih dalam melayan kes Man City berbanding kes Everton dan Nottingham Forest.
“Premier League tidak boleh membeza bezakan kelab besar dan kecil dalam mengambil tindakan. Man City melanggar peraturan dan mereka harus dihukum,” tegas Tebas.
City akan bertemu dengan Arsenal pada aksi hari ini. Aksi yang boleh menjadi perbezaan penting dalam persaingan kejuaraan liga.
Gary Neville mengingatkan Arsenal bahawa kelab itu harus menang di Etihad untuk memberikan kenyataan jelas kualiti mereka sebagai pesaing kejuaraan liga. Dan Neville mencabar Arsenal untuk menang EPL atau UCL, jika tidak pasukan hebat mereka ini tidak akan dikenang.