Dalam beberapa minggu ini, semakin ramai pemain yang menunjukkan solidariti buat Ukraine dengan memakai jersi warna Ukraine ataupun bendera Ukraine ketika masuk ke padang.
Selepas membuka tirai gol untuk gol Aston Villa pada minit ke-17, Matty Cash segera berlari ke tepi padang dan menanggalkan bajunya. Dia kemudian menunjukkan mesej sokongan untuk rakan senegaranya di Poland, Tomasz Kedziora, yang bermain untuk Dynamo Kyiv.
“Tomasz Kedziora dan keluarga, kekal kuat!” tulis mesej sokongan daripada Matt Cash.
That felt so good 😍😍 Stay strong bro and everyone in Ukraine ❤️🇺🇦 pic.twitter.com/xbvwrTiB4s
— Matty Cash (@mattycash622) February 26, 2022
Walaupun Matty Cash dilayangkan kad kuning dalam perlawanan itu, Daily Mail melaporkan pemain itu tidak dihukum kerana mesej sokongan kepada Ukraine. Tetapi kad kuning kerana menanggalkan jersi sahaja.
Sebelum ini, FIFA sangat melarang sebarang usaha untuk membawa isu yang mereka anggap politik masuk ke dalam bola sepak. Begitu juga dengan Premier League, pemain dilarang sekali memakai tshirt yang menunjukkan sokongan berbaur politik ataupun berbentu keagamaan ketika meraikan gol, seperti mana yang sering dilakukan pemain pemain terdahulu.
Walaupun sebelum ini ada beberapa pemain di Eropah menyatakan sokongan mereka dengan baju t dengan mesej tertentu, menyatakan mereka membuatnya atas dasar kemanusiaan, misalnya ke atas Palestine. Namun di mata FIFA atau UEFA ianya adalah bersifat politik dan tidak dibenarkan.
Para pemain akan diberikan amaran dan dikenakan tindakan.
Bukan itu sahaja, ada pemain yang menyatakan sokongan mereka menerusi media sosial peribadi turut terkena tempiasnya daripada kelab mereka sendiri. Misalnya Mesut Ozil yang diberikan tekanan oleh Arsenal yang terang terangan menyatakan mereka tidak mahu dikaitkan langsung dengan tindakan Ozil yang ketika itu bersuara untuk etnik Uighur.
Ozil kemudian disisihkan dari Arsenal dan dikatakan menjadi sebab dia hilang tajaan dengan Adidas. Sebelum itu, Konami menamatkan kontrak Ozil dengan mereka dan pemain itu tidak muncul dalam siri PES di China.
Namun tindakan pemain seperti Matty Cash yang menyatakan sokongan kepada Ukraine kini dilindungi oleh Premier League. Di mana Premier Lague menasihati mana mana kelab atau pengadil agar tidak menghukum pemain mereka yang bertindak sedemikian.
Premier League sendiri sudah menyatakan bahawa mereka tak akan menghukum mana mana pemain yang menyatakan sokongan mereka kepada Ukraine secara terbuka. Malah menggalakkan para penyokong turut menyertai kelab dan pemain pemain Premier League untuk bersama sama menunjukkan sokongan mereka.
Premier League mengingatkan pengadil agar tidak mengenakan tindakan ke atas pemain yang menunjukkan sokongan ke atas Ukraine ketika perlawanan berlangsung.
Untuk kes Matty Cash, Premier League berkata, pemain itu dilayangkan kad kuning kerana menanggalkan jersinya. Jika dia tidak menanggalkan jersi, maka dia boleh terlepas daripada kad kuning.
Premier Lague dalam kenyataannya berkata: “Pengadil Liga Perdana telah dinasihatkan untuk membenarkan pemain menunjukkan sokongan kepada Ukraine tanpa dilayangkan kad kuning berikutan penalti kontroversi Matty Cash pada Sabtu lalu.”
“Kami telah dimaklumkan bahawa [Matty] Cash dihukum oleh pengadil John Brooks kerana menanggalkan bajunya, yang dianggap sebagai tingkah laku tidak ada semangat kesukanan di bawah Undang-undang Permainan, bukan kerana memaparkan mesej politik [sokongan untuk Ukraine],” tambah mereka lagi.
Lilitan Kapten Bendera Ukraine Dalam Aksi EPL Minggu Ini
Liga Perdana Inggeris telah mengumumkan rancangannya untuk menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Ukraine dalam aksi liga yang akan datang.
Ini berikutan serangan dari Rusia ke atas Ukraine. Lantas EPL ataupun Liga Perdana Inggeris merancang untuk mengarahkan ketua pasukan memakai lilitan kapten dengan warna bendera Ukraine sebagai tanda sokongan.
Premier League yakin langkah ini akan memberikan kesedaran yang lebih tinggi tentang sokongan Premier League kepada Ukraine. Ini kerana Premier League merupakan liga paling popular di dunia dan memiliki pengikut yang ramai di semua platform digital.
Ini ditambah dengan aksi seperti derbi Manchester yang turut berlangsung minggu ini yang akan menjadi tumpuan dunia.
Pada hujung minggu lalu ketika aksi di Goodison Park, di mana Everton berdepan dengan Manchester City. Berlaku satu detik menyayat hati di mana pemain Everton, Vitaliy Mykolenko berpelukan dengan pemain City, Oleksandr Zinchenko.
Zinchenko & Mykolenko sharing an embrace during the warm-up.
❤️🇺🇦pic.twitter.com/dZ6mfzLJqM
— SPORTbible (@sportbible) February 26, 2022
Beberapa kelab sudah menyatakan sokongan kepada Ukraine. Dalam aksi antara Manchester United dengan Watford, pengurus Manchester United, Ralf Rangnick dikatakan mengambil inisiatif membuat plakad khas.
Dan kedua dua pemain dengan spontan bergambar di hadapan plakad itu yang membawa mesej keamanan.
Incredible: Ahead of Manchester United's game, players assemble around their manager who holds a sign for Peace. Watford's players then join them. A spontaneous act that was clearly not choreographed, and said to have been Ralf Rangnick's idea ❤️🙌🇺🇦 pic.twitter.com/YnLb2sAdl3
— roger bennett (@rogbennett) February 26, 2022
Premier League mulakan kempen bersama
Kini Liga Perdana Inggeris sudah sedia untuk menyampaikan mesej sokongan kepada Ukraine dengan lebih kuat. Di mana dilaporkan bahawa kesemua 10 perlawanan minggu ini, dengan 20 kapten kelab memakai lilitan tangan dalam warna negara Ukraine.
Selain itu dalam media sosial rasmi EPL, mereka menggunakan profile dengan bendera Ukraine.
Dalam kenyataan rasminya, Premier League berkata:
“Liga Perdana dan kelab kami dengan sepenuh hati menolak tindakan Rusia dan akan menunjukkan sokongan kepada rakyat Ukraine pada semua perlawanan hujung minggu ini,” kata satu kenyataan oleh Premier League.
“Kami menyeru untuk keamanan dan fikiran kami adalah bersama sama dengan semua orang yang telah terjejas.”
“Pertunjukan solidariti untuk Ukraine akan dapat dilihat pada semua perlawanan Liga Perdana dari Sabtu 5 hingga Isnin 7 Mac. Ini berikutan pelbagai cara di mana kelab telah menunjukkan sokongan mereka.”
“20 kapten kelab akan memakai lilitan tangan khas dalam warna Ukraine dan peminat digalakkan untuk menyertai pemain, pengurus, pegawai perlawanan dan kakitangan kelab dalam solidariti sebelum sepak mula pada setiap perlawanan.”
“Skrin besar di stadium akan memaparkan ‘Bola Sepak Berdiri Teguh Bersama’ dengan latar belakang warna biru dan kuning bendera Ukraine. Kata-kata ini juga akan ditunjukkan pada papan perimeter LED semasa perlawanan.”
#FootballStandsTogether pic.twitter.com/QpP8pfDsFh
— Premier League (@premierleague) March 2, 2022
“Mesej perpaduan ini juga akan dapat dilihat oleh peminat di seluruh dunia di seluruh saluran digital Liga Perdana. Logo dan profil pada platform tersebut akan berubah untuk mewakili warna bendera Ukraine, yang juga akan dipaparkan di seluruh siaran perlawanan di UK dan di luar negara.”
Antara perlawanan minggu ini ialah perlawanan derby Manchester di Stadium Etihad pada hari Ahad yang pastinya akan menjadi perhatian seluruh dunia.
Berikut adalah 10 perlawanan pada minggu perlawanan minggu ini:
- Leicester vs Leeds
- Aston Villa vs Southampton
- Burnley vs Chelsea
- Newcastle vs Brighton
- Norwich vs Brentford
- Wolves vs Crystal Palace
- Liverpool vs West Ham
- Watford vs Arsenal
- Man City vs Man Utd
- Tottenham Hotspur vs Everton
Sebelum ini UEFA dan FIFA telah membuat kenyataan bersama bahawa mereka menggantung pasukan kebangsaan Rusia dan kelab dari negara tersebut daripada beraksi dalam perlawanan di bawah mereka.
Spartak Moscow yang menjadi kelab terakhir berada dalam saingan kelab Eropah musim ini telah disingkirkan daripada peringkat 16 akhir UEL.