Kelab Ukraine Kecam Fenerbahce Kerana Buat Pra Musim Di Rusia, Lihat Respon Peminat Dari Turki

Kelab Ukraine, Dynamo Kyiv telah membuat kecaman terbuka ke atas Fenerbahce menerusi media sosial rasmi kelab.

Ini selepas kelab Turki itu memutuskan untuk membuat aksi pra musim di Rusia.

Dynamo Kyiv dalam satu post mereka menulis: “Darah ada di tangan kamu” – pada poster dengan logo Fenerbahce.

Kemudian ditulis kapsyen: “Apabila peminat di Istanbul melaungkan nama negara pembunuh itu dan datang ke perlawanan menentang Dynamo dengan memakai topeng si sadis no.1 di Eropah [Rusia], kelab anda senyap sahaja.”

Ianya merujuk kepada insiden sebelum ini di mana penyokong Fenerbahce telah melaungkan nama Rusia ketika aksi antara kedua dua kelab.

Dynamo Kyiv sebelum ini pernah mendesak agar kesemua kelab di Eropah memutuskan hubungan dengan kesemua kelab di Rusia sehingga negara itu berundur daripada pencerobohan mereka di Ukraine.

Kecaman itu dianggap tidak adil oleh peminat Fenerbahce. Kerana menurut mereka, kelab Dynamo Kyiv pun turut berdiam diri ketika ultras mereka membakar bendera Turki dan berterusan menghina negara mereka.

HMY Sports menulis: “Penyokong kamu membakar bendera Turki, ada tak kamu meminta maaf kepada rakyat Turki?”

Laman yang sama mengingatkan Dynamo Kyiv bahawa pemain pemain kelab itu dulu memprovokasi pemain pemain Fenerbahce.

Seterusnya, bukan sahaja bermain menentang kelab dari Rusia, Fenerbahce turut beraksi menentang kelab dari Ukraine, tanda bahawa mereka hanya fokus kepada bola sepak bukannya soal politik atau diplomatik.

“Pemain pemain Dynamo Kyiv telah memprovokasi penyokong Turki dalam aksi antara Fenerbahce vs Dynao Kyiv. Sebelum perlawanan ini, kami turut bermain menentang Shakhtar Donetsk [dari Ukraine]. Apa masalah kamu?

Seorang peminat berkata: “Pasukan kami pasukan bola sepak. Isu peperangan antara negara kamu dengan negara Rusia tiada kaitan dengan kelab bola sepak kami.”