Kelakar Dan Kreatif! Netizen Tolong Syed Saddiq Panaskan Bubur Lambuk

Share on facebook
Share on twitter

Semalam bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memuat naik gambar beliau sedang mengacau bubur lambuk.

Namun gambar itu telah menjadi hiburan oleh para netizen yang menyakat Syed Saddiq. Meriah di ruangan komen gambar tersebut.

Ianya gara gara tidak ada api pada dapur tempat Syed Saddiq mengacau bubur lambuk tersebut.

Terserlah kemesraan dia antara warganet dengan bekas menteri belia dan sukan kesayangan semua itu. Yang kerapkali beramah mesra dengan para pengikutnya di media sosial.

Netizen telah pergi ke ruangan komen di gambar tersebut dan mengeluarkan segala teknik bantuan api kepada Syed Saddiq.

Ada yang meletakkan skil pancaran laser. Ada juga yang meletakkan gambar Ultraman dengan bantuan ‘fire’.

Tak kurang juga yang menggunakan dinosaur yang meniup api ke arah periuk kawah tesebut.

Berikut adalah beberapa koleksi ‘bantuan’ yang diberikan warganet kepada Syed Saddiq.

Gurauan daripada netizen itu telah membuatkan ramai terhibur. Malah Syed Saddiq sendiri pun terhibur.

Syed Saddiq menyatakan, bubur lambuk tu sebenarnya dah masak. Dan beliau mengacaunya sahaja.

“Haa ni orang dah letakkan api. 🔥🔥🔥

Sebenarnya bubur lambuk tu dah siap masak. Saya tolong gaul saja. Selamat Hari Raya!✌🏼😉.”

Sebagai tambahan, bubur lambuk tersebut adalah untuk diedarkan kepada penduduk di Muar.

“6000 pek bubur lambuk, siap diedarkan.

10,000 kad raya dari saya ke orang Muo❤️

Thank you Muorians for giving me the opportunity to serve you✌️.”

 

 

Baca yang lain