Kelakar! Lihat Solskjaer Tak Lepaskan Peluang Untuk Troll Fred Selepas Skor 2 Gol

Pengurus Manchester United telah menyakat Fred dalam sidang media selepas perlawanan berhadapan dengan Club Brugge.

Ini selepas Fred akhirnya berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut. Lebih mengejutkan Ole, bukan satu gol tetapi dua gol terus beserta dengan satu assist.

“Saya gembira untuk semua orang. Ada ramai pemain kami menunjukkan prestasi mereka yang bertambah baik.”

“Scotty [Scott McTominay] juga sudah kembali bermain dan bermain dengan sangat baik.”

Selepas itu pengendali Manchester United itu sempat mencuit Fred. Pemain yang pernah ditegur oleh Ole Gunnar Solskjaer kerana terlalu banyak membazirkan peluang daripada percubaan gol yang tidak tepat.

Sedangkan dari segi posisi, Fred merupakan seorang pemain yang sangat baik dan kerapkali menempatkan diri di kawasan terbaik untuk mencetak gol.

Ole Gunnar Solskjaer sempat troll Fred dengan berkata:

“Tetapi Fred, saya tidak pasti jika saya masih hidup lagi selepas ini untuk menyaksikan beliau menjaringkan gol lagi.”

“Kerana [sebelum ini] dia mempunyai begitu banyak percubaan! [Tetapi tak masuk].”

https://twitter.com/MUFCScoop/status/1233177321244438530?s=09

Manchester United berjaya lolos ke pusingan 16 pasukan terakhir UEFA Europa League.

Kejohanan ini boleh dijadikan talian hayat terakhir oleh Manchester United untuk mara ke Liga juara-juara Eropah
pada musim hadapan, sepertii mana yang pernah mereka lakukan sebelum.

Laporan perlawanan

Manchester United mudah memutktamadkan kelayakan mereka ke pusingan 16 pasukan akhir.

Ini selepas mereka menang besar 5-0 ke atas Club Brugge dalam perlawanan timbal balik kedua di Old Trafford.

United mara dengan agregate 6-1.

Club Brugge menempah maut mereka terlalu awal apabila Simon Deli dilayangkan kad merah seawal minit ke-22 – dan disahkan oleh VAR.

Deli melakukan save dengan tangan ala penjaga gol, menafikan percubaan Daniel James.

United diberikan sepakan penalti. Bintang baharu yang terus menjadi siulan peminat Man United, Bruno Fernandes meneruskan kecemerlangan beliau.

Selepas menjaringkan gol pertama untuk United dalam saingan liga pada minggu lalu, Bruno Fernandes kali ini menjaringkan gol dalam aksi Eropah pula – juga menerusi penalti dengan gaya Jorginho hop.

Fernandes settle down dengan sangat baik di Man United sejak menyertai mereka. Dan sekali lagi dipilih sebagai MOTM.

Pemain yang melakukan debut penuh untuk United pada hari ini – Odion Ighalo menjaringkan gol kedua untuk United dan pembuka akaun gol untuk beliau bersama United.

Ia berpunca daripada cross oleh Bruno Fernandes dan disambut Juan Mata yang kemudian melorongkan kepada Ighalo. Tiada masalah untuk penyerang Nigeria itu menyumbat masuk.

Beliau menjadi pemain Nigeria pertama yang menjaringkan gol untuk Manchester United. Sejarah tercipta!

McTominay memastikan United masuk ke bilik persaingan dengan selesa mendahului 3-0. Ini apabila pemain kebangsaan Scotland itu melakukan rembatan cantik menewaskan Simon Mignolet. Fred melakukan lorongan cantik kepada beliau.

McTominay nampak berada dalam shape terbaik beliau selepas kembali semula daripada kecederaan. Beliau tampil dengan aksi yang bertenaga di dalam perlawanan ini.

Gandingan beliau dengan Bruno dan Fred di tangah sangat menjadi.

Pada separuh masa kedua, Fred mengukuhkan lagi kedudukan dengan gol keempat oleh United.

Fred menerima hantaran daripada Jesse Lingard, dan dengan dengan muda Fred menolak bola ke gawang gol pada minit ke-83.

Ketika perlawanan seolah olah berakhir dengan keputusan 4-0, Tahith Chong kemudian meluru ke final third dan melakukan lay off kepada Fred.

Setting gol ini sebijik pada gol McTominay pada gol ketiga Man United. Dan ia merupakan gol ke-4 United yang dilakukan dengan Lay off dan shot.

Ianya aksi dominan daripada Fred dengan 2 gol dan satu assist dalam perlawanan ini.

Man United menang besar 5-0.

Highlight

Team Line Up

Man Utd:

Starting XI: Romero; Wan-Bissaka, Bailly, Maguire, Shaw; Fred, McTominay; James, Bruno Fernandes, Mata; Ighalo.

Subs: De Gea, Lindelof, Lingard, Greenwood, Matic, Chong, Williams.

Club Brugge:

Starting XI: Mignolet; Mata, Mechele, Deli, Ricca; Kossounou, Rits, Vanaken; De Cuyper, Tau, Okereke.

Subs: Horvath, Mitrovic, Sobol, Diatta, De Ketelaere, Krmencik, Schrijvers.

Baca yang lain