Kelantan Dapat Zahrulnizam-Nazrin Ibarat West Ham Dapat Tevez-Mascherano

Kehadiran 2 nama besar seperti Wan Zahrulnizam Zakaria, 28 dan Nazrin Nawi, 31 mampu menyuntik semangat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan para penyokongnya bagi menghadapi saingan Liga Perdana 2020.

Dalam keadaan sekarang, Kelantan bukan lagi sebuah pasukan besar dalam kancah saingan domestik, wajar untuk katakan Kelantan lebih perlukan Zahrulnizam-Nazrin berbanding Zahrulnizam-Nazrin perlukan Kelantan.

Momen ini seperti West Ham Utd mendapatkan Carlos Teves dan Javier Mascherano pada satu masa dahulu. Kelab kecil dapat pemain besar.

2 faktor boleh digariskan kenapa 2 pemain ini bersedia menyertai Kelantan.

1. Situasi pasaran perpindahan pemain yang agak pasif

JDT tidak melakukan rombakan besar. Skuad ini sudah mempunyai cukup pemain dan hanya membuat 1-2 kemasukan kecil pada musim baharu. Di skuad pembangunan mereka menumpukan kepada kemasukan pemain bawah 23 tahun.

Pahang seperti sedang mengecilkan bajet pasukan, tidak ghairah mendapatkan pemain malahan tidak bersemangat mengekalkan pemain kunci.

Selangor pula hanya membuat kemasukan kecil (4 pemain setakat ini), beberapa pemain dari feeder club (PKNS) yang diserap ke skuad ‘Selangor I’. Selangor I tu Selangor la…

Sementara itu Perak dijangka mengekalkan majoriti pemain dan Melaka hampir melengkapkan senarai 30 pemain yang lebih ekonomi.

Musim dimana jendela perpindahan tidak terlalu sibuk dengan perebutan mendapakan pemain.

2. Anak jati dan kecintaan kepada pasukan kelahiran

Zahrulnizam memang dikenali di Kelantan, pemain yang sentiasa mahu kekal bersama pasukan ini. Pemain kelahiran tumpat ini pernah menolak satu lamaran dari pasukan gergasi tanah air dengan memulangkan kembali ‘cek’ yang dihantar kepadanya.

Dikhabarkan ketika membuat keputusan ke Pahang, pemain ini masih mengharapkan dirinya kekal bersama Kelantan, tetapi tidak ada usaha untuk mengekalkannya.

Bekas pemain belia Kelantan ini dipanggil dan dilatih dalam program Harimau Muda dan kembali pada hujung era kemasyuran Kelantan, bersama Brendan Gan dan Wan Zack Haikal Wan Noor sebelum mereka bertiga meninggalkan pasukan pada tahun 2017.

Selepas itu Kelantan tidak lagi mempunyai pemain yang mempunyai nama besar yang berada pada peak age. Kelantan mula hilang dari radar pentas utama saingan di Malaysia.

Nazrin Nawi, bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil pula menyertai 7 pasukan sepanjang karier sebelum ‘pulang’ di hujung karier untuk bersama Kelantan, negeri kelahirannya.

2 faktor ini mungkin menjadi sebab 2 pemain ini akan bersama Kelantan pada musim hadapan.

Bagaimana 3 tahun Zahrulnizam di Pahang

Bermula sebagai pemain sayap kiri seperti di Kelantan akhirnya pemain ini dijadikan pemain tengah pada musim 2019.

Statistik Wan Zahrulnizam sepanjang 3 musim bersama Pahang

Pada musim pertamanya bersama Pahang, Zahrulnizam merupakan pemain sayap kiri utama pasukan. Posisi sayap kanan dijana oleh Mamadou Sumareh, enjin tengah pasukan skuad tok gajah dikuasai oleh kombinasi Azam Azih dan Syamim Yahya.

Zahrulnizam tampil sebanyak 26 kali dari 37 perlawanan dalam semua pertandingan dan menjaringkan 4 gol. Salah 1 gol beliau dicetak ketika bertemu Kelantan pada 8 April ketika Pahang menang 2-1.

Pada musim itu Zahrulnizam berjaya menjadi sebahagian pemain penting Pahang yang meraih naib juara Liga Super dan Piala FA.

Pada musim seterusnya tempatnya diberi cabaran oleh Chan Vathanaka sebelum pemain import Kemboja ini dilepaskan pada jendela perpindahan tengah musim. Zahrulnizam kembali menjadi pemain utama pada pusingan ke-2 Liga Super 2018.

Kemasukan Sadil Ramdani pada tahun 2019 mengenepikan Zahrulnizam di sayap kiri, pemain ini tidak ‘dibangku simpanankan’ tetapi dialalihkan menjadi pemain tengah, bergandingan dengan Safuwan Baharudin sepanjang musim 2019.

Sepanjang 3 musim, Zahrulnizam tampil 90 kali bersama Pahang dan mengumpul 10 jaringan. 2 kali naib juara Liga Super, 2 kali final Piala FA (1 darinya adalah juara), 2 kali di separuh akhir dan 2 kali si suku akhir pertandingan piala.

Bagaimana Nazrin Nawi di Perak dan Melaka

Pada musim 2017, Nazrin agak bersaing dengan Yashir Pinto bagi mengisi posisi penyerang sisi yang digunakan oleh Karl Heinz Weigang pada ketika itu. Nazrin juga bergelut pada musim seterusnya dibawah Mehmet Durakovic.

Mehmet lebih mempercayai Norhakim Hassan dan Misagh Bahadoran untuk berfungsi di bahagian sisi menyerang.

Selepas Bahadoran keluar, Kenny Pallraj lebih kerap digunakan. Nazrin hanya tampil 4 kali sebgai pemain kesebelasan utama pada musim tersebut.

Langkah Nazrin berpindah ke Melaka United agak tepat apabila pemain ini mula kerap bermain berbanding 2 musimnya di Perak.

Bermain 21 kali dalam 3 pertandingan, bersama Patrick Riechelt sebagai penyerang sisi pasukan. Menjaringkan 3 gol di Liga Super dan 2 gol di Piala Malaysia 2019.

Nazrin Nawi dan Wan Zahrulnizam ketika dalam sesi latihan bersama Kelantan

Nazrin pemain kiri utama pada musim lepas, Zahrulnizam mempunyai 1 musim berguna di Pahang sebagai pemain tengah

Kedua-dua pemain ini mempunyai primary position yang sama iaitu sayap kiri. Tetapi midfielder center bukan lagi posisi lemah bagi Wan Zahrul kerana Dollah sudah mencuba kemampuannya di peranan itu.

Pada musim lepas Kelantan menggunakan Daniel Haqim Deraman, Nik Akif Syahiran sebagai pemain tengah bersama pemain import Flavio Beck Junior yang kemudian dilepaskan pada pertengahan musim.

Marko Kraljevic banyak membina serangan sisi dengan menggunakan Mustafa Zazai dan Raul Taraggona.

Dengan kehadiran 2 pemain ini pada musim hadapan, Yusri Che Lah mempunyai pilihan sangat baik bagi membentuk pasukan.

Zahrulnizam dan Nazrin Nawi adalah pemain kualiti Liga Super yang tentunya tidak menjadi masalah bermain di Liga Perdana. Pada masa yang sama 2 nama pemain ini sudah cukup untuk Kelantan meraih nilai komersial kepada pasukan.

Kelantan mempunyai nama pemain yang boleh dijadikan ‘duta’ pasukan.

Baca yang lain

Bayern Mahu De Zerbi

Roberto De Zerbi dikaitkan dengan Bayern Munich sebagai calon pengganti Thomas Tuchel. Tuchel akan meninggalkan Bayern pada akhir musim ini. Dengan beberapa

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali