Kelayakan Liga Juara Asia: Cabaran Kedah Adalah Melawan Sejarah Asean Yang Tak Pernah Baik

Kedah akan menjadi pasukan ke-3 (pusingan kelayakan) dari Malaysia bermain di Liga Juara Asia sejak 2003 dimana tahun menyaksikan kejohanan ini ditukar kepada nama sekarang.

Malaysia perlu menunggu sehingga tahun 2013, iaitu ketika Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menggunakan kaedah kedudukan liga (MA Ranking) bagi menentukan pasukan yang layak bermain di pertandingan ini.

Tahun 2015 menyaksikan JDT muncul pasukan pertama ke kelayakan Liga Juara Asia. Dari 2015 hingga 2018 Liga Super Malaysia berada di tangga ke-10 dan ke ke-8, yang memberi 1 slot kelayakan.

JDT menjadi pasukan pertama dari Malaysia ke kelayakan Liga Juara Asia, tetapi gagal 4 kali untuk menyaingi Thailand sebelum bertemu pasukan dari EAFF

Pada tahun 2018, kedudukan Liga Super Malaysia naik ke tangga ke-6 (Zon Asia timur), mendapat 1 slot terus dan 1 slot kelayakan. Perak menjadi pasukan ke-2 dan seterusnya kini Kedah menjadi pasukan ke-3 dipusingan kelayakan.

Thailand, Vietnam dan Indonesia mendahului negara Asean lain

Tidak termasuk Australia. Thailand, Vietnam dan Indonesia mendahului negara Asean lain, meraih pengalaman lebih awal bermain di pertandingan tertinggi kelab Asia ini.

Tahun 2003 hingga 2008, 7 pasukan dari Thai Premier League muncul di peringkat kumpulan. 6 pasukan dari V-League dan 5 dari liga utama Indonesia.

Kesemua cabaran dari 18 kelab tersebut berakhir di peringkat kumpulan kecuali BEC Tero Sasana menjadi naib juara edisi sulung Liga Juara Asia.

Liga Juara Asia bermula pada tahun 2009?

Melihat kepada jumlah 32 pasukan dan susunan jadual perlawanan ia boleh dikatakan ya. Cuma kaedah pemilihan pasukan pada ketika itu belum lagi menggunakan MA Ranking.

MA Ranking hanya dilancarkan sekitar tahun 2014. Malaysia dan beberapa negara kecil bola sepak Asia mula mendapat peluang bermain di sana bermula tahun 2015 walaupun hanya bermula di peringkat kelayakan.

Kaedah MA Ranking diperkenalkan dan memberi peluang kepada pasukan bercita-cita besar yang berada dalam liga sederhana

Tahun 2009 hingga 2012 melihat 3 negara tadi masih mendahului negara Asean lain. Kenapa 3 nagera ini sahaja?

Kriteria pemilihan yang memboleh pasukan bermain di Liga Juara Asia pada ketika itu menggunakan kaedah melihat status liga negara masing-masing.

Beberapa kriteria telah digariskan.

Sebagai contoh, kriteria yang diperlukan dalam liga tersebut adalah jumlah pasukan yang bermain di liga utama perlu 10 pasukan, minima.

Contoh kriteria liga yang diperlukan untuk layak bermain di Liga Juara Asia sebelum MA Ranking

Jadual liga perlu dijalankan selama 8 bulan, minima dan jumlah perlawanan liga utama perlulah 27 perlawanan, minima.

Thailand, Indonesia dan Vietnam walaupun tidak memenuhi kriteria sepenuhnya, liga mereka paling hampir memenuhi kriteria. Mereka boleh bermain di sana.

Apa yang dilihat masa kini, ianya hanya bermula pada tahun 2015

Pada tahun 2015, 12 liga terbaik di setiap Zon (Barat dan Timur) diberi slot bermain di Liga Juara Asia. 6 liga terbaik di Zon masing-masing akan mendapat beberapa slot terus. 6 liga bawah akan mendapat slot kelayakan.

Dalam tempoh 5 tahun itu, Thai Premeir League berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ke-5 liga terbaik di Asia Timur. Dibelakang K-League (Korea Selatan), J-League (Jepun), Chinese Super League (China) dan A-League (Australia).

Bagi kedudukan ke-6, terdapat 3 kali perubahan berlaku iaitu dari V-League (Vietnam) kepada Hong Kong First Division (Hong Kong) dan seterusnya Liga Super Malaysia (Malaysia)

Satu lagi gergasi Asean, Indonesia mengalami tempoh sukar dalam membina kembali liganya selepas digantung oleh Federasi Bola Sepak Dunia (FIFA).

Kini Thai Premier League naik ke tangga ke-4 dan Liga Super Malaysia jatuh ke tangga ke-9

Pada ketika ini Thai Premeir League memintas A-League bagi menduduki tangga ke-4, sementara itu Liga Super Malysia jatuh di tangga ke-9.

Philipines Football League merampas kedudukan ke-6 selepas kelab dari liga ini menampilkan pencapaian yang baik di Piala AFC 2019.

Bagaimanapun, pada tahun 2021 Liga Super Malaysia masih mempunyai pasukan yang terus ke peringkat kumpulan Liga Juara Asia kerana AFC membesarkan saiz pasukan dari 32 kepada 40.

10 liga terbaik di setiap zon akan mempunyai pasukan di peringkat kumpulan Liga Juara Asia. Cuma kedudukan ke-9 menyaksikan Malaysia tidak mempunyai slot kelayakan lagi. Hanya 1 pasukan terus sahaja.

Kedah tidak kalah apa-apa jika kalah, tetapi akan mencatat pencapaian luar biasa jika menang

Rekod ini boleh dikira dari tahun 2014, tahun yang menyaksikan jumlah pasukan yang bermain di pusingan kelayakan meningkat dengan mendadak selepas MA Ranking diwujudkan.

Sebelum itu pusingan kelayakan hanya melibatkan kurang dari 10 pasukan tetapi ianya meningkat kepada 19 pasukan seterusnya kepada 21, 23, 27 dan kini 28 pasukan.

8 darinya akan ke peringkat kumpulan menyertai 24 pasukan yang mendapat slot terus.

Sedikit menggerunkan, mengikut rekod tiada mana-mana pasukan dari Asean berjaya menewaskan pasukan dari EAFF.

23 kali pasukan dari EAFF yang bermain di kelayakan akhir, 22 kali darinya keluar sebagai pemenang.

Hanya Shanghai Shenghua gagal di peringkat ini tetapi bukan tewas kepada pasukan Asean sejati, mereka tewas kepada Brisbane Roar.

Pasukan dari EAFF yang pernah berada di kelayakan 3, jumlah bermain dan jumlah layak. Sejak 2012.

  • Shanghai SIPG (3/3)
  • Shandong Luneng (2/2)
  • Beijing Guong (2/2)
  • Pohang Steelers (2/2)
  • Ulsan Hyundai (2/2)
  • Kashiwa Reysol (2/2)
  • FC Seoul (1/1)
  • Suwon Samsung Bluewings (1/1)
  • FC Tokyo (1/1)
  • Gamba Osaka (1/1)
  • Kashima Antlers (1/1)
  • Sanfrencce Hiroshima (1/1)
  • Guangzhou RF (1/1)
  • Tianjin Quanjian (1/1)
  • Shanghai Shenghua (0/1)

22 dari 23 kali pasukan EAFF menjadi pasukan pemenang dengan peratusan 96%

Nothing to lose bagi pasukan Kedah dan Asean lain

Bagaimana pula dengan pasukan dari Asean (tidak termasuk dari Australia). Hanya Buriram United menjadi pasukan tunggal lolos ke peringkat kumpulan dalam sejarah 40 perlawanan.

Jumlah bermain di pusingan kelayakan dan jumlah mara ke peringkat kumpulan. Tidak termasuk pada kempen kali ini.

  • JDT (4/0)
  • Tampinaes Rovers (4/0)
  • Hanoi FC (4/0)
  • Muangthong United (3/0)
  • Chonburi (3/0)
  • Ceres Negros (2/0)
  • Yadanarborn (2/0)
  • Yangon United (2/0)
  • Bangkok United (2/0)
  • Chiangrai United (2/0)
  • Buriram Utd (1/1)

*Yang gelap, akan bermain di pusingan akhir kelayakan 2020.

Global, Persipura Jayapura, Persib Bandung, Bali United, Perisja Jakarta, Perak, Shan United, Warriors, Home United, Bangkok Glass, Sukhothai, Port dan Thanh Hoa masing-masing muncul 1 kali dan semuanya kalah.

Berapa peratus kemenangan pasukan dari Asean sejak 2012 sehingga 2019 yang layak ke peringkat kumpulan?

1 dari 40, iaitu hanya  0.03% berbanding pasukan dari EAFF 96%

Melihat kepada rekod, Kedah bukan sahaja berhadapan dengan FC Seoul tetapi cabaran terbesarnya berhadapan dengan sejarah yang tidak pernah memihak kepada Asean.

Sebarang kekalahan tidak menjadi kegagalan kepada pasukan ini tetapi jika mencatat kemenangan ia satu pencapaian membanggakan, bukan sahaja Malaysia tetapi Asean.

3 pasukan akan membawa cabaran Asean. Kedah, Buriram United dan Ceres Negros. Sementara itu Chiangrai United dan JDT sudah berada di peringkat kumpulan.

Selamat maju jaya.

Jadual pusingan kelayakan akhir Liga Juara Asia

  • FC Seoul lwn Kedah
  • Shanghai SIPG lwn Buriram United
  • FC Tokyo lwn Ceres Negros
  • Kashima Antlers lwn Melbourne Victory
  • Al Ain lwn Bunyodkor
  • Al Ahli lwn Istiklol
  • Al Sailiya lwn Shahr Khodro
  • Al Rayyan lwn Esteghlal

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.