Kelayakan Piala Asia B-20: Korea Selatan 6 Malaysia 2, Jejaskan Harapan Harimau Muda Untuk Mara

Malaysia menelan kekalahan berat menentang gergasi Asia, Korea Selatan dalam aksi kelayakan Piala Asia B-20. Di mana skuad bimbingan Hassan Sazali Waras dibelasah Korea Selatan 6-2.

Malaysia sebelum ini menang sekali dan seri sekali menentang Sri Lanka dan Mongolia.

Manakala Korea Selatan telah menunjukkan bahawa mereka setakat ini sukar dicabar dalam kumpulan E. Dengan kemenangan 7-0 ke atas Mongolia dan kemenangan 6-0 ke atas Sri Lanka.

Kini skuad Korea Selatan meneruskan rekod gol tenis mereka dengan kemenangan 6-2 ke atas Harimau Muda.

Malaysia menjadi pasukan pertama menembusi gawang Korea Selatan dalam pusingan kelayakan kali ini.

Malaysia boleh dikatakan beraksi agak baik pada separuh masa pertama. Berjaya bertahan dengan sebaiknya walaupun melepaskan 1 bolos pada minit ke-34 menerusi jaringan penyerang prolifik Korea Selatan iaitu Lee Young Jun.

Malaysia turut mencipta beberapa peluang gol. Misalnya menerusi Adam Farhan pada penghujung babak pertama namun gagal disudahkan dengan sempurna.

Separuh masa kedua adalah cerita yang berbeza. Korea Selatan memperbaiki tempo permainan mereka dan terus mendominasi pasukan Malaysia.

Jung Sung Bae menambah gol kedua buat Kora Selatan pada minit ke-50.

Namun Malaysia merapatkan kedudukan lima minit kemudian menerusi pemain gantian, Haykal Danish.

Tersentak dengan gol itu, Korea Selatan tak menunggu lama untuk mengembalikan kelebihan 2 gol menerusi Lee Seung-won.

Malang terus menimpa Malaysia pada minit ke-66, apabila Ubaidullah Shamsul mengutip kad kuning kedua membuatkan Malaysia terpaksa beraksi 10 pemain.

Kesempatan ini tidak dilepaskan Korea Selatan walapun Malaysia sempat merapatkan kedudukan menjaddi 3-2 pada minit ke-69 menerusi Adam Farhan.

Kelebihan seorang pemain dimiliki Korea Selatan benar benar menyukarkan Malaysia. 5 minit selepas gol itu, Yong-Jun menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-74. Dan 6 minit kemudian dia melengkapkan hatriknya untuk menjadikan kedudukan 5-2.

Korea Selatan menembusi gawang Malaysia buat kali keenam. Sekali lagi masalah disiplin bertahan menjadi musuh utama Malaysia. Kali ini Harimau Muda memberikan penalti kepada Korea Selatan yang disudahkan oleh Lee Sung Won pada minit ke-81.

Tamat perlawanan Korea Selatan 6 Malaysia 2.

Walaupun memberikan saingan sengit pada awal perlawanan, Harimau Muda jelas sekali sukar untuk menandingi Korea Selatan dengan 10 pemain. Kesilapan defensif sekali lagi menjadi musuh utama skuad Malaysia dalam perlawanan besar.

Kekalahan besar ini memang bukan perkara yang baik untuk Malaysia. Ia jelas akan menjejaskan peluang skuad B-20 untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-20 yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Menurut format kelayakan, juara kumpulan akan mara ke pusingan akhir. Manakala 5 lagi tempat adalah untuk diisi oleh ‘liga’ naib juara terbaik daripada 10 kumpulan yang bertanding dalam kelayakan kali ini.

Berikut adalah kedudukan selepas tamat perlawanan ini:

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai