Malaysia menelan kekalahan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. Hasrat untuk Malaysia untuk mempertahankan rekod tanpa kalah telah lebih.
Malaysia turun dengan harapan dapat mengekalkan prestasi cemerlang yang mereka tunjukkan pada 2 perlawanan sebelum ini. Serta magis ketika mengikat Korea Selatan di Piala Asia.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 | Khamis, 21 Mac 2024
⚽ OMAN 🇴🇲 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕙 10:00mlm (2.00pg Jumaat, waktu Malaysia)
🏟 Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/nOqgA1g7m3— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 21, 2024
Malaysia sebelum ini mengejutkan Kyrgyzstan dan kemudian menewaskan Taiwan. Jadi aksi ketiga ini, Malaysia dilihat yakin akan dapat melakukan kejutan ke atas Oman.
Malangnya itu tidak terjadi pada kali ini. Ini kerana skuad Harimau Malaya tunduk 2-0 di tangan Oman di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Oman.
Harimau Malaya bertahan dengan baik pada separuh masa pertama. Oman beraksi sangat dominan dan mencipta lebih banyak peluang gol.
Namun skuad bimbingan Kim Pan Gon berjaya memastikan kedudukan tanpa jaringan ketika masuk ke bilik persalinan.
Oman mencetak gol pertama menerusi Issam Al Sabhi minit ke-58. Ianya berpunca daripada gerakan sebelah kiri yang tidak dibendung awal.
Kemudian Al Sabhi menerima bola dummy daripada rakannya. Dalam keadaan dia tak dikawal, Al Sabhi menewaskan Syihan Hazmi dengan penyudah deras.
Malaysia cuba melakukan kejutan. Dengan Corbin Ong menanduk terkena palang gol.
Oman kemudian menambah gol kedua minit ke-88 menerusi Muhsen Al Ghassani. Untuk memastikan 3 mata milik pasukan mereka.
Keputusan Masa Penuh
Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 | Khamis, 21 Mac 2024
OMAN 🇴🇲 2-0 🇲🇾 MALAYSIA
⚽️ Issam Al-Sabhi 58' Muhsen Al-Ghassani 88'#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/6nE0LQ1uL5
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 21, 2024
Malaysia kini berada di tangga ketiga kumpulan D untuk kelayakan zon Asia selepas 3 perlawanan.
Aksi seterusnya, Malaysia akan berdepan dengan Oman sekali lagi pada pusingan timbal balik di Bukit Jalil pula pada 26 Mac.