Bola sepak adalah sukan yang popular di dunia. Dan ianya tak terlepas juga dengan penggunaan aksesori selain daripada boot.
Berikut senarai kelengkapan, pakaian khas, aksesori dan alatan yang digunakan dalam bola sepak.
1. Snoods
Benda ni macam neck warmer.
Samir Nasri antara yang suka pakai benda ni. Pundit otai selalu cakap: “Lelaki sejati tak pakai snoods dalam padang hokayy”
2. Kinesio tape
Ini bagus untuk muscle dan ia teknologi Jepun. Ramai pemain suka pakai ni.
Bale antara pemain yang bergantung sangat kat koyok berwarna ni bagi membantu menyokong otot mereka.
3. Tuala kecil
Popular dengan Rory Delap untuk dia lap bola apabila Delap dah lap bola dia buat long throw.
4. Head band
Ramai mengaitkan era Galaticos dahulu sebagai team yang mempopularkan head band ni kerana legenda mereka pakai benda ni. Sekarang pun Modric pakai.
Sebenarnya aksesori ni digemari pengurus untuk pemain berambut panjang mereka fokus.
Pengurus macam Daniel Pasarella tak suka pemain rambut panjang. Sehinggakan Redondo yang power pun tak dipanggil ke kem Argentina.
Head band antara penyelesaian yang bagus untuk elak rambut menganggu tumpuan.
5. Seluar ‘tidur’
Orang gelar pesen Gabor Kiraly ni sebagai seluar tidur. Namun dulu awal 90-an benda ni tak pelik pun.
Ramai pakai seluar macam ni. Sebab dulu permukaan padang kasar. Jadi pakai seluar macam ni ada kelebihan dia.
6. Nose tape
Robbie Fowler antara pemain yang mempopularkan benda ni. Ianya membantu pernafasan lebih baik dalam cuaca sejuk.
7. Thumb hole sleeve
Benda ni dipanggil inner shirt juga. Ada lubang kat jari tu.
Flamini, Berbatov antara pemain yang sentiasa pakai benda ni.
Mereka tak nak pakai long sleeves yang berat tapi pada masa sama nak tutup tangan mereka.
8. Boxing gum shield
Sandro telah menjadi perhatian kerana pakai benda ni.
Sebenarnya ada beberapa pemain takut gigi bersepai masa main so pakai la benda ni. Tapi tu lah, melampau sangat protection ni.
9. Vapour rub ataupun minyak Vick
Patrick Vieira dulu suka pakai benda ni tepek kat baju untuk hangatkan badan.
Masa tu Teknologi baju tak power macam Sekarang.
Sebenarnya memang benda ni membantu kerana ianya memanaskan permukaan dada yang merupakan tempat penting organ pernafasan.
Daniel Sturridge antara yang masih pakai.
Ni boleh digunakan tepek kat mata orang kalau tak puas hati.
10. Cermin mata khas
Ini dicipta khas untuk Edgar Davids kerana masalah glaucoma. Ianya atas tujuan perubatan.
11. Headgear
Petr Cech paling sinonim dengan benda ni. Beliau pakai selepas kecederaan kepala yang hampir meragut nyawanya.
Selain Cech pemain seperti Chivu pun pakai. Headgear ni dah lama dipakai dalam sukan ragbi.
Jangan lupa legenda Johor FC. Eddie Helmi.
Senarai bonus
12. Spanar boleh laras
Digunakan pasukan mekanik dalam perlawanan persahabatan menentang Shaolin Soccer.
Dan ianya diselit kat belakang.
13. Tukul besi
Juga digunakan pasukan mekanik yang sama. Kalau kena katuk ni, masuk spital ni ICU terus. Dan alasan mereka baru balik kerja katanya.