Keluarga Hampir Pitam Dengan Berita Dani Alves Bunuh Diri

Keluarga Dani Alves dilaporkan hampir pitam mendengar berita bahawa pemain itu membunuh diri ketika dalam penjara.

Berita itu ternyata berita palsu atau hoaxs di media sosial.

Gara gara berita hoaks itu lah keluarga Dani Alves termakan dengan cerita sensasi yang ternyata di- ada-adakan.

Dani Alves kini menjalani hukuman penjara 4 tahun oleh mahkamah di Barcelona. Ini selepas dia didapati bersalah menyerang wanita secara seksual di tandas kelab malam.

Kes perlecehan seksual itu sudah dinafikan oleh Alves. Namun mahkamah yakin bahawa pihak pendakwaan ada bukti kukuh.

Ini juga mengambil kira keterangan daripada isteri Dani Alves yang mengesahkan pada malam itu suaminya pulang ke rumah lewat dalam keadaan mabuk.

Kes Alves itu menjadi sorotan media seluruh dunia. Pihak pendakwaraya meminta hukuman 12 tahun penjara ke atas Alves mengambil kira statusnya sebagai role model kepada ramai anak muda.

Namun mahkamah memberikan hukuman penjara 4 tahun sahaja.

Isteri kepada Dani Alves kemudian menuntut cerai daripada suaminya kerana kecewa dengan kesalahan perlecehan seksual itu.

Dani Alves ditangkap ketika dia bercuti di Sepanyol. Kelabnya ketika itu, PUMAS terus menamatkan kontraknya serta merta.

Alves dikatakan terlalu tertekan di penjara dan mencabut nyawanya sendiri. Berita itu cepat viral.

Sepupu kepada Dani Alves, kecewa dengan hoaxs tersebut kerana menurutnya, Dani Alves masih lagi kuat untuk berdepan masalah tersebut.

Abang Dani Alves melabel pihak yang membuat cerita itu sebagai kejam dan tidak ada adab iaitu Paulo Albuquerque.

Sebagai respon pihak keluarga Alves sedang mengatur langkah untuk tindakan perundangan.

Paulo menulis bahawa, dia mendapat tahu berita bahawa Daniel Alves mencabut nyawanya ketika di penjara.

Setelah mendapat banyak reaksi dan tweet semula, Paulo dikecam ramai setelah mendapat tahu dia membuat cerita palsu.

Dia kemudian cover line menyatakan bahawa, tweet itu hanya gurauan dia kepada sepupunya bernama Danielzinho.

Dia menulis: “Kamu semua atas nama tuhan, apa ni semua? Saya merujuk kepada sepupu saya bernama Danielzinho yang tinggal di Nova Iguacu yang baru menghilang. Namun kini dia disahkan masih hidup.”

Baca yang lain