Keluarga Pemain Bola Sepak Remaja Tuntut Beijing Guoan Tanggung Kos Perubatan Selepas Alami Pendarahan Otak

Guo Jiaxuan, seorang rekrut akademi kelab Liga Super China Beijing Guoan, mengalami pendarahan subarachnoid selepas bertembung dengan pemain lain semasa perlawanan latihan menentang RC Alcobendas di Madrid.

Keluarganya kemudian menuduh kelab itu serta Persatuan Bola Sepak Beijing enggan menanggung kos perubatannya. Mereka cuma lepas tangan begitu sahaja.

Guo Jiaxuan adalah sebahagian daripada pasukan akademi Beijing Guoan dan sebelum ini pernah mewakili China di peringkat bawah-17 serta pernah bermain untuk FC Bayern World Squad.

FC Bayern World Squad adalah kelab pembangunan Bayern yang memantau bakat bakat muda di seluruh dunia terutama sekali dengan kelab atau negara yang ada jalinan kerjasama pembangunan dengan mereka.

Guo Jiaxuan antara nama yang berada dalam senarai mereka. Dia dianggap prospek cerah bola sepak China.

Keluarga kecewa kelab tak nak bertanggungjawab

Guo Jiaxuan menglami kecederaan teruk di kepala berikutan kemalangan semasa kem latihan di Sepanyol, ahli keluarganya telah mengecam kelabnya serta pihak berkuasa Beijing kerana gagal menanggung kos perubatannya.

Abang lelaki pemain berusia 18 tahun itu selanjutnya mendedahkan dalam satu hantaran di platform rangkaian sosial China RedNote bahawa kejadian itu telah menyebabkan adiknya “mati otak” dengan “sedikit peluang untuk hidup”.

“Semasa latihan (Khamis lalu), dia dikejarkan ke (hospital) selepas kepalanya bertembung dengan lutut pemain lawan.

“Daripada informasi jurubahasa, saya mendapat tahu bahawa doktor di hospital berkata adik saya terlalu banyak pendarahan di kepalanya dan hanya sedikit harapan untuk hidup… hospital akan mencabut tiub [sokongan hayatnya],” tulis abang Guo.

Abangnya menambah bahawa, menurut seorang doktor Sepanyol memberitahu keluarganya bahawa pemain bola sepak muda itu pada satu ketika mati secara klinikal kerana kekurangan oksigen dalam otak.

Bapa Guo, yang tiba di Sepanyol pada hari Sabtu, kemudian dimaklumkan bahawa hospital telah memutuskan untuk mematikan sokongan hayat dan melakukan bedah siasat mengikut undang-undang Sepanyol.

Persatuan Bola Sepak Beijing pada mulanya berkata mereka akan menanggung kos rawatan Guo di China. Bagaimanapun, mahkamah Sepanyol mendapati penganjur langsung tidak mengambil tanggungjawab atas kejadian itu kerana Guo menurut mereka mengalami kemalangan yang tidak disengajakan.

Kelab juga menyatakan bahawa pemain itu mengalami kemalangan yang tidak berpunca daripada kelalaian mana mana staf kelab itu.

Tindakan kelab itu benar benar membuatkan keluarganya marah. Kerana kelab seolah olah cuba mengelak tanggungjawab mereka ke atas pemain di bawah jagaan mereka.

U turn selepas dikecam

Dan kedua-dua BFA dan Beijing Guoan kemudian meminta keluarga Guo untuk menghubungi pasukan guaman mereka, jika mahu meneruskan tuntutan.

Setelah menerima banyak tekanan dan kecaman, seorang jurucakap BFA kemudiannya menyatakan bahawa perjanjian telah dicapai untuk pemain bola sepak muda itu diterbangkan ke China untuk rawatan lanjut dan mereka “pasti akan melakukan yang terbaik untuk memastikan (kos perubatan ditanggung)”.

Sementara pasukan lawan mereka, RC Alcobendas akui kesal dengan apa yang berlaku.

“Kami menghantar sokongan kami kepadanya, keluarganya dan pasukannya dalam masa yang sukar ini,” kata kelab itu. “Dari lubuk hati kami, kami mendoakan pemulihan yang cepat,” tulis RC Alcobendas dalam satu kenyataan di akaun media sosialnya.