Kelvin Kiptum telah berjaya mencipta rekod dunia acara maraton ketika menyertai maraton Chicago pada 8 Oktober lalu. Kiptum mencatat masa 2 jam dan 35 saat untuk melenyapkan masa sebelumnya iaitu 2:1:09 saat yang dipegang oleh legenda Eliud Kipchoge. Oleh itu, dia menjadi manusia pertama yang berlari maraton di bawah 2 jam dan satu minit.
Sebelum perlumbaan ini, Kiptum yang baru berusia 23 tahun mempunyai masa kedua terpantas dalam sejarah iaitu dengan rekod 2:01:25 untuk memenangi maraton London pada April.
Kiptum hanya berlari dua maraton dalam kerjayanya sebelum ini ketika mencatat masa terpantas itu. Dia membuat penampilan sulung di Valencia 10 bulan lalu, di mana dia mencatatkan masa 2:01:53 sebelum menuju ke London, di mana dia mencatatkan satu lagi masa yang mengagumkan.
“Saya berasa sangat gembira. Saya telah bersedia dengan baik. Saya pergi untuk memecahkan rekod peribadi, tetapi mujurlah, saya mendapat rekod dunia,” kata Kiptum selepas perlumbaan.
What. A. Race.
2:00:35 in his 3rd marathon, take a bow. pic.twitter.com/SuLYXzVxli
— World Athletics (@WorldAthletics) October 8, 2023
Kiptum melepaskan diri daripada rakan senegaranya dari Kenya, Daniel Mateiko selepas 30 kilometer untuk mencapai rekod rekod dunia. Juara tahun lalu Benson Kiptuto menduduki tempat kedua dengan 2:04:24, dengan pelumba Belgium, Bashir Abdi melengkapkan tempat podium dengan 2:04:32.
Dia kini memegang dua masa terpantas dalam sejarah, menjajikan persaingan menarik menjelang Sukan Olimpik Paris tahun depan, di mana dia dijangka menentang Kipchoge. Kipchoge berusaha untuk memenangi kejuaraan Olimpik ketiga berturut-turut. Sebelum ini, Kipchoge memenangi maraton ke-5nya pada 24 September selepas menang dalam Marathon Berlin 2023.
Pelari maraton Kenya itu mencatat masa 2:02.42 untuk memenangi maraton ke-16 dalam kerjayanya, mengukuhkan lagi statusnya sebagai yang terbaik sepanjang zaman atau GOAT dalam larian maraton.
Rakan senegaranya Vincent Kipkemboi, yang membuat penampilan sulung maraton, menduduki tempat kedua dalam masa 2:03.13 dan Tadese Takele dari Ethiopia menduduki tempat ketiga dalam masa 2:03.24