VIDEO: Kemampuan Remaja Ghana Ini Bertutur Dialek Melayu Sarawak Tarik Perhatian Ramai

Bahasa Melayu adalah bahasa yang unik. Selain daripada adanya kata pinjaman yang lahir dari pelbagai pertembungan budaya dan sejarah, Bahasa Melayu juga mempunyai dialek tempatan yang dituturkan di bahagian-bahagian tertentu di dalam negara.

Misalnya dialek Melayu Kelantan tidak sama dengan dialek Melayu di Kedah. Kami pasti anda sudah sedia maklum mengenai perbezaan-perbezaan ini. Jangan jadi seperti peguam Siti Kasim. Perkara seperti ini pun dia boleh keliru.

Selain daripada Bahasa Melayu piawai/standard yang dituturkan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai urusan rentas negeri, rakyat Malaysia amnya lebih selesa berbahasa menggunggakan dialek tempatan apabila bertemu rakan senegeri.

Ini bukan kerana sikap kita yang bersifat kenegerian seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Dakwaan sebegitu adalah naif. Dialek tempatan seharusnya diraikan selagi kita mampu melakukan, kerana ia adalah bahasa leluhur zaman berzaman.

Jika tidak dipelihara dengan sewajarnya, maka tidak mustahil satu hari nanti ia akan hilang ketika zaman merentas generasi demi generasi.

Dialek tempatan tidak mudah dikuasai oleh orang luar – kecuali selepas anda bergaul selama bertahun-tahun bersama penduduk tempatan sesebuah negeri.

Menariknya, warga Ghana berusia 17 tahun ini begitu fasih bertutur di dalam dialek Melayu Sarawak.

Individu yang dimaksudkan adalah Adam Abdul Razak.

 

Adam Abdul Razak, remaja Ghana yang berumur 17 tahun, fasih bertutur bahasa Melayu Sarawak.

Kebolehan itu hasil pergaulannya dengan rakan-rakan sebaya sekitar Kota Samarahan dan di sekolah.

Posted by Utusan Borneo Online on Saturday, October 12, 2019

Adam Abdul Razak, remaja Ghana yang berumur 17 tahun, fasih bertutur bahasa Melayu Sarawak. Melalui temubual ringkas bersama Utusan Borneo baru-baru ini, Adam berkata beliau belajar menggunakan dialek Sarawak hasil pergaulannya dengan rakan-rakan sebaya.

Beliau juga gemar bermain bola sepak dengan rakan-rakanya dan dipercayai menetap di Kota Samarahan.

Mungkin ada baiknya Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) memantau bakat Adam. Siapa tahu, beliau boleh menjadi pemain naturalisasi negara seperti Mohamadou Sumareh satu hari nanti.

Seperti anak muda yang lain, Adam juga bakal menduduki SPM pada tahun ini. Buat Adam, selamat maju jaya kami ucapkan.

 

Baca yang lain

Nunez Skor Gol Kemenangan Minit Ke-90+9

Darwin Nunez menjadi wira kemenangan Liverpool dalam kunjungan mereka ke markas Nottingham Forest. Liverpool sekali lagi merehatkan pemain seperti Mo Salah di