Harry Kane terus melanjutkan rekod tanpa trofi beliau selepas Bayern menamatkan saingan di tangga ketiga Bundesliga.
Kane berpeluang menamatkan badi tanpa trofi pada awal musim hadapan. Namun harus menunggu sehingga ke akhir musim sekali lagi.
Ini kerana Bayern kini terlepas peluang untuk beraksi dalam Piala Super Jerman.
Bayer Leverkusen memenangi 2 trofi domestik musim ini. Yang memberikan peluang kepada naib juara liga Jerman untuk bermain di Piala Super Jerman.
Sebelum ini Bayern Munich gagal memenangi sebarang piala musim ini, musim 2023/24. Itu adalah pertama kali Bayern gagal menang sebarang piala sejak 2012.
Kane yang menyertai Bayern kerana menyatakan sudah tiba masanya untuk dia memikirkan tentang trofi. Ini selepas dia setia dengan Spurs hampir sepanjang kariernya.
Bayern dianggap pilihan yang auto-piala setiap musim. Tetapi kehadiran Kane di Bayern malah dianggap pembawa malang. Ada peminat menegaskan, badi piala Kane tidak dapat dibendung oleh tuah piala Bayern Munich.
Namun begitu, Kane tetap berpeluang memenangi piala selepas ini. Cuma masanya sedikit tertangguh. Bayern akan kembali bersaing semula musim hadapan dengan pengurusan baharu.
Tuchel akan digantikan pengurus baharu selepas dia mengesahkan sendiri gagal mencapai kesepakatan kontrak baharu dengan Bayern.
Tuchel beberapa hari lalu berunding semula dengan Bayern untuk kekal. Setelah kelab itu mahukan dia kekal sehingga 2025 – atau sampai kontrak semasanya tamat.
Namun Tuchel meletakkan syarat dia hanya akan kekal jika diberikan lanjutan kontrak baharu sekurang kurangnya sehingga 2026.