Call Of Duty: Mobile dilancarkan kepada umum pada Oktober 2019. Dan ia mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada peminat permainan versi telefon pintar.
Pada 2019, COD: Mobile diiktiraf sebagai permainan video mobile terbaik.
Dan kini Activision sudah bersedia memberikan para pemain Call Of Duty: Mobile lebih pengamalan sarat aksi.
Kemaskini untuk musim ketiga Call Of Duty: Mobile akan melibatkan Battle dan Premium Pass modes yang akan datang.
Battle Pass akan memberikan akses kepada pemain kepada beberapa barangan yang dikunci apabila menyelesaikan misi harian ataupun misi mingguan.
Kemaskini untuk mod terbaru ini dijangka akan dilepaskan secara langsung pada 19 Januari ini.
Terdapat juga pas premium yang baharu yang boleh dibuka menerusi mata COD dan terdapat beberapa tawaran eksklusif seperti senjata dan skin.
Selain itu pemain juga m boleh mendapatkan lebih banyak XP bagi mereka yang menaikkan ranking Mereka dengan cepat.
Sebagai tambahan di dalam mod terbaru musim ketiga ini terdapat dua lagi peta ditambah iaitu Scrapyard, dan Cage.
Call Of Duty: Mobile, menerusi kemaskini terbaru mereka juga akan menawarkan mod Rapid Fire secara multiplayer. Ianya akan memberikan pengalaman lebih mencabar kepada para pemain.
Terdapat dua kumpulan yang akan bertembung sesama sendiri. Setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang.
Jadi korang sediakanlah ruang storan yang cukup untuk kemaskini ni esok.