Ivan Toney akhirnya kembali semula beraksi di atas padang setelah dia menjalani penggantungan panjang kerana kesalahan pertaruhan bola sepak.
Dan pemain itu terus menuai kontroversi ketika aksi menentang Nottingham Forest di mana dia dituduh menggunakan takktik kotor.
Ini kerana dia telah mengalihkan kedudukan bola dan kedudukan buih yang diletakkan pengadil ketika sepakan percuma.
Ivan Toney tidak mengambil masa lama untuk menyambung rekod gol dia di Brentford.
Pada minit ke-19, Toney sudah mencetak gol pertamanya dalam perlawanan ini. Gol itu merupakan gol penyamaan setelah Brenfort dibolosi seawal minit ketiga menerusi gol Danilo.
Danilo melakukan wondergoal dari luar kota penalti yang sangat cantik.
Ivan Toney yang seringkali menjadi penyelamat pasukannya, masih lagi memiliki magis itu. Dan dia menjaringkan gol penyamaan.
Gol itu terhasil daripada sepakan percuma di luar kotak penalti. Di mana pemain antarabangsa England itu melencongkan bola ke kanan pada ketinggian paras pinggul.
Ketika benteng sudah dibuat, Toney mengalihkan kedudukan bola ke tepi sedikit dan kemudian dia mengalihkan kedudukan buih semburan.
Akhirnya dia menjaringkan gol yang cantik ini.
Ivan Toney adjusting the position of the ball after the wall had been positioned and set: pic.twitter.com/rKLx795xMs
— Caño Football (@CanoFootball) January 20, 2024
Peminat mempersoalkan gol itu. Kerana menurut mereka, Ivan Toney telah menipu. Mereka juga kecewa kerana pengadil tidak menghalang atau melarang Toney daripada berbuat begitu.
Sedangkan insiden berlaku betul betul di hadapannya.
Kemudian seorang lagi peminat bola sepak mempersoalkan, kenapa semua orang di situ jadi seperti braindead atau kena pukau, termasuk pemain Forest dan pengadil. Tidak ada seorang pun bersuara ketika Toney melakukan perkara tersebut.
“Jadi kamu nak beritahu saya, ketika dia berehat panjang selama ini, dia telah mempelajari cara untuk mematikan otak lawannya? Semua orang di situ berkelakuan pelik, termasuk pemain Forest dan pengadil yang jadi braindead,” tegas komen itu.
Ivan Toney menjadi penyerang yang diintai banyak pasukan besar. Namun baru baru ini Toney menyatakan dia mahu membalas jasa Brentford terutama sekali peminat mereka yang sentiasa menyokongnya.
Dia juga mendedahkan pada minggu dia kembali semula berlatih, pengurus dan staf kejurulatihan sanggup membuat kerja lebih masa untuk memberikan latihan khas kepadanya.
Toney kini telah berkata bahawa dia mahu “membayar balik” jasa Brentford atas sokongan yang telah mereka tunjukkan kepadanya sejak dia diharamkan daripada bola sepak pada bulan Mei tahun lalu.
“Kelab itu berada betul betul di belakang saya sejak awal,” katanya.
“Peminat berada di belakang saya yang merupakan sebahagian besar daripada mereka yang menyokong saya. Walaupun saya tidak berada di atas padang untuk bermain, mereka masih menyanyikan nama saya. Dan saya mendapat banyak mesej di media sosial.
“Seorang kawan saya menghantar video peminat menyanyikan nama saya, saya terkejut apabila mengetahui bahawa mereka masih berada di belakang saya, walaupun saya tidak berada di sana.
“Semua orang tahu Brentford adalah kelab keluarga, mereka cukup hebat bagi saya. Saya tidak tahu macamana nak berterima kasih kepada mereka, terutamanya peminat. Mereka berada di belakang saya dari minit pertama saya melalui semua ini. Jadi macam banyak yang perlu saya bayar.”
Toney kemudian berterima kasih kepada Thomas Frank dan staf kejurulatihan kelab yang sanggup membuat latihan tambahan khas walaupun pada waktu yang mereka seharusnya bercuti. Ianya dibuat untuk membantu mempersiapkan Toney kembali beraksi.
“Thomas Frank telah menjadi orang yang paling banyak menyokong saya, dan saya tak boleh lagi meminta lebih daripadanya – seluruh kelab telah melakukannya. Daripada membuat sesi tambahan untuk saya, daripada meluangkan masa mereka untuk memulakan sesi dan sanggup berhujan kerana saya pada masa yang mereka patut berada di rumah.
“Perkara-perkara sebegini, banyak yang perlu saya bayar dan saya tidak sabar untuk mencuba dan melakukannya.”