Kemboja Belanjakan RM525 Juta Untuk Sukan SEA 2023, Tiket Free Semua Acara

Kemboja menjadi penganjur Sukan SEA 2023. Dan ianya sudah tentu beban yang besar buat negara Asean itu.

Secara keseluruhan, kerajaan Kemboja sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka membelanjakan sekitar USD118 juta bersamaan dengan RM525 juta untuk penganjuran kali ini.

Dipetik dari sumber The Star, Jawatankuasa penganjuran Sukan SEA Kemboja (CASMSOC) menerusi timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan, Jenera Tea Banh menyatakan Sukan SEA kali ini adalah akses percuma kepada semua rakyat kemboja.

Negara itu menerima sumbangan daripda China untuk membaik pulih Stadium Kebangsaan Morodok yang berkapasiti 60,0000 tempat duduk di utara Phnom Pehn. Ianya menjadi pusat utama penganjuran Sukan SEA kali ni termasuk untuk ancara pembukaan dan penutupan.

Kemboja menganjurkan Sukan SEA ke-32. Dan ini pertama kali mereka menjadi penganjur selepas 64 tahun. Kemboja turut menjadi penganjur Sukan Para Asean.

Kemboja juga menjangkakan kira kira 500,000 pelancong sukan masuk ke negara itu, terutama sekali dibantu oleh pasca pandemik Covid-19.

Kemboja menaja kesemua makanan untuk atlet, jurulatih dan pegawai. Selain itu, semua penonton diberikan akses percuma serta siaran langsung percuma untuk negara mereka.

Selain itu Kemboja turut menggiatkan program naturalisasi atlet untuk mewakili negara tersebut.

Dan hasilnya, pada pukul 2PM hari ini 9 Mei 2023, Kemboja kekal di atas carta kutipan pningat emas.

Baca yang lain