Kemboja Menang Emas Bola Keranjang 3×3, Pemain Ini Luah Kekecewaan

Pasukan bola keranjang lelaki Kemboja telah memenangi pingat emas dalam Sukan SEA 2023 selepas menewaskan Filipina 20-15 dalam bola keranjang 3×3 kategori lelaki.

Di Dewan Gajah, Stadium Nasional Morodok Techo pada hari Ahad, pasukan bola keranjang lelaki Kemboja memperoleh satu lagi emas untuk negara tuan rumah selepas menewaskan Filipina 20-15 dalam kategori bola keranjang 3×3 lelaki.

Mereka mara ke pusingan akhir selepas menang ke atas Thailand 21-18, Singapura 20-13, dan Vietnam 21-19.

Brandon Peterson, pemain bola keranjang yang mewakili Kemboja, berkata dia berada dalam pasukan Kemboja untuk bersaing untuk emas.

Dia berkata dia berada dalam keadaan baik, jadi ia tidak sukar untuknya. Tambahnya, dia akan bermain dengan bijak dan menang untuk Kemboja.

“Maksud saya, Singapura, mereka bermain bijak, jadi mereka menjaringkan mata. Mereka membuat banyak kesilapan dan bola keranjang memerlukan IQ pintar,” katanya kepada Kiripost selepas menewaskan Singapura.

“Mereka menjaringkan beberapa mata, tetapi bersyukur kami dapat memenangi perlawanan itu.”

Lebih-lebih lagi, dia menjangkakan untuk memenangi acara seterusnya bagi kategori 5×5.

“Setiap perlawanan kami menjangkakan untuk menang,” katanya.

“Jadi itulah sebabnya saya duduk di sini menonton Malaysia dan Thailand untuk melihat bagaimana Malaysia bermain dan melihat apa yang boleh kami lakukan pada perlawanan seterusnya.”

Darren Dorsey, 35, pemain bola keranjang yang mewakili Kemboja, berkata dia berada di Kemboja untuk berlatih dan menyesuaikan diri dengan cuaca.

Di samping itu, dia gembira dan bercita-cita untuk memperoleh pingat untuk Kemboja.

“Perlawanan seterusnya akan menjadi satu lagi perlawanan yang sukar, jadi kami akan cuba berehat dan kemudian berharap kami boleh menang lagi,” katanya.

“Matlamat kami adalah untuk memenangi pingat, jadi mudah-mudahan kami dapat melakukannya.”

“Kami mempunyai pasukan yang hebat,” katanya.

“Baiklah, saya akan katakan kami mempunyai pasukan yang hebat kerana kami tidak mementingkan diri sendiri dan kami semua bergaul dengan baik.”

Kejayaan Kemboja itu telah membuatkan peminat sukan Asia Tenggara berbagi pendapat tentang peraturan naturalisasi.

Di mana menurut mereka, ketika ini, bakat bakat naturalisasi telah mengambil alih sukan SEA.

Peminat di media sosial menganjing menyatakan bahawa Kemboja adalah USA buangan.

Jurulatih Vietnam, Horace Phuc Tam Nguyen terkejut dengan pendekatan Kemboja yang memilih pemain import untuk mewakili negara mereka.

Phuc berkata: “Saya terkejut dengan apa yang dilakukan Kemboja. Secara teknikal, mereka mengikuti peraturan dan garis panduan. Namun untuk masa depan Sukan SEA, situasi ini harus diselesaikan dan peraturan harus lebih jelas.”

Dia mempersoalkan ada pemain yang tidak memiliki darah Kemboja langsung dan diberikan status kerakyatan semata mata mahu memenangi emas.

Pemain Kemboja kecewa

Pemain yang berdarah kacukan Kemboja, Bo Noung sendiri mengkritik polisi negara itu.

Dia berkata: “Korang panggilah aku hater ke apa, selepas post ni, suka hati korang, aku tak kisah.”

“Aku lahir di Kemboja, pak cik dan keluarga aku bermain bola Keranjang di Kemboja sebelum perang saudara lagi.”

“Aku mengorbankan jiwa raga aku untuk sukan bola keranjang. Saya memohon untuk terlibat dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja, namun peluang saya dinafikan.”

“Aku nak menjadi pemain, jurulatih, atau budak milo pun takpalah. Tapi aku dianggap tak cukup bagus.”

“Hakikatnya sekarang, melihat pemain yang tiada latar belakang Kemboja mewakili negara ini, bagi orang Kemboja macam aku, ianya mengecewakan dan menyakitkan hati.”

“Aku lebih relah kalah daripada melupakan pembangunan dan menafikan peluang pemain kita sendiri yang berdarah Kemboja daripada mewakili negara ini.”

“Bagi sesetengah orang macam kita, ianya impian kita sekian lama. Semua orang sukakan kemenangan, namun dengan cara apa?”

“Jika negara lain menaturalisasi pemain, biarkan mereka, kenapa kita perlu ikut cara mereka? Sukan SEA adalah untuk meraikan sukan dan masyarakat di Asia Tenggara.”

“Sukar nak melihat aksi pasukan ini tanpa ada perasaan pelik di dalam hati. Ini adalah pasukan kebangsaan Kemboja. Ianya seperti Giannis bermain untuk USA. Dia berketurunan Greece.”

“Itu pelik!”

“Korang mungkin tak setuju dan menyerang pandangan aku ini, tetapi aku tak tahu apa yang persatuan bola keranjang Kemboja ini buat selepas ini?”

“Sukan SEA ini adalah peluang untuk rakyat berdarah Kemboja untuk bekerja keras mendapatkan peluang mereka untuk bermain untuk negara.”

“Namun sekarang, sekurang kurangnya 6 tempat telah dirompak daripada kami.”

“Aku sangat teringin nak terlibat dalam perkara istimewa ini. Aku nakkan tempat! Menang bukan perkara terpenting. Sedihnya..”

“Kejujuran aku secara peribadi membuatkan mereka akan menyerang saya. Dan saya cuma 1 suara sahaja.”