Kemenangan Dortmund Bermakna Man United Rasminya Terlepas Slot UCL Musim Depan

Dengan kemenangan Borussia Dortmund ke atas PSG pada aksi pertama separuh akhir Liga Juara Juara Eropah awal pagi tadi waktu Malaysia, bermakna slot kelima UCL milik Jerman.

Borussia Dortmund menang 1-0 ke atas PSG pada aksi pertama mereka. Dan berpeluang untuk mara ke final UCL musim ini.

Jadon Sancho menjadi watak penting dalam membantu kemenangan BvB.

Ini juga bermakna Man United secara rasminya terlepas slot UCL sekali lagi. Man United sebelum ini rasmi terlepas slot 4 teratas.

Dan berharap EPL akan dapat slot kelima UCL berdasarkan ranking co-efficient terbaru yang akan diguna pakai menentukan slot ke ucl musim hadapan.

Ada dua negara akan diberikan 5 slot dalam UCL. Malangnya prestasi pasukan England di Eropah musim ini tidak bagus. Man City dan Arsenal masing masing disingkirkan daripada UCL.

Sementara itu Liverpool juga antara pasukan yang gagal dalam UEL. Hanya Aston Villa yang meneruskan kemaraan dalam pertandingan Eropah.

Kejayaan Borussia Dortmund menang ke atas PSG memberikan mata yang bagus untuk Bundesliga. Dengan Bayern turut berada di separuh akhir UCL.

Akhirnya pasukan Jerman dan Itali berjaya mendapatkan slot kelima EPL. Ini juga bermakna Man United rasminya terlepas slot ke UCL. Kerana mereka hanya boleh menamatkan liga di tangga kelima pada baki musim ini. Bergantung kepada keputusan Spurs.