Kempen Desak Kerajaan U-Turn, Membuatkan Ramai Mahu Rashford Jadi PM Britain Ganti Boris Johnson

Marcus Rashford antara anak muda Inggeris yang popular. Terbaru kempen oleh Marcus Rashford telah membuatkan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam tekanan.

Malah ramai menyatakan Rashford adalah lagi bagus daripada Johnson. Dan merasakan Rashford seharusnya dijulang menjadi PM Britain yang baharu.

Rashford hero kelas pekerja

Pemain berusia 22 tahun itu telah menggunakan media sosialnya untuk menggerakkan kempen mendesak kerajaan Britain untuk mengembalikan semula dana bagi memberikan bantuan makanan kepada kanak kanak.

Marcus Rashford pernah merasa menjadi kanak kanak yang hidup dalam kesusahan. Beliau dan 4 lagi adik beradiknya dibesarkan oleh ibu tunggal.

Dan Rashford menyatakan betapa pentingnya bantuan makanan dan bank makanan kepada pelajar termasuk makanan percuma di sekolah.

Hari ini, makanan sedap bukan masalah buat Rashford yang sudah menjana pendapatan $18 juta setahun di Old Trafford.

Namun itu bukan alasan beliau lupa akan kanak kanak lain. Beliau juga aktif membantu kanak kanak yang memerlukan ketika lockdown.

Menggunakan pengaruhnya untuk meningkatkan kesedaran.

Rashford bukan sekadar sembang, malah dia bekerja dengan badan kebajikan makanan FareShare membantu meraih dana £20 juta bagi membantu kanak kanak yang memerlukan dan mereka yang memerlukan makanan di sekolah.

Kempen ini masih berjalan dan membekalkan 3 juta pax makanan seminggu di seluruh UK.

Terbaru, Rashford mengeluarkan kenyataan berupa surat terbuka menerusi laman sosialnya kepada ahli parlimen di Britain. Ini selepas kerajaan pimpinan Boris Johnson menyatakan mereka sudah tidak dapat meneruskan komitmen untuk memberikan bantuan makanan kepada kanak kanak.

Rashford lantang berkata:

“Kisah saya untuk sampai ke sini terlalu dekat dengan keluarga-keluarga di England: ibu saya bekerja sepenuh masa, memperoleh gaji minimum untuk memastikan kami selalu ada makan malam di meja,” tulisnya.

“Tetapi itu tidak mencukupi. Sistem ini tidak dibina untuk keluarga seperti saya berjaya, tidak kira betapa sukarnya ibu saya bekerja.”

“Sebagai keluarga, kami bergantung pada kelab sarapan, makanan sekolah yang ercuma dan jasa baik jiran dan jurulatih.”

“Bank makanan dan dapur sup tidak asing bagi kami; Saya ingat dengan jelas lawatan kami ke Northern Moor untuk mengumpul makan malam Krismas kami setiap tahun.”

“Saya telah mendengar rintihan para ayah memberitahu saya bahawa mereka sedang bergelut dengan kemurungan, tidak dapat tidur, bimbang tentang bagaimana mereka akan menyara keluarga mereka yang kehilangan pekerjaan tanpa diduga ketika wabak,” tulisnya.

Rashford: Kerajaan sila U Turn sekarang

“[Saya telah mendengar] guru sekolah yang secara peribadi menanggung kos bungkusan makanan untuk keluarga mereka yang berada dalam kesusahan setelah kad debit sekolah dimaksimumkan; kemudian, ibu yang tidak dapat menampung kos kenaikan bil elektrik dan makanan semasa lockdown, dan ibu bapa yang mengorbankan makanan mereka sendiri untuk anak-anak mereka.”

Rashford mendesak Pemerintah untuk mempertimbangkan kembali keputusan mereka untuk membatalkan sistem baucar makanan yang ada selama cuti musim panas kepada 1.3 juta anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah.

“Sebagai orang kulit hitam dari keluarga berpendapatan rendah di Wythenshawe, Manchester, saya mungkin hanyalah statistik lain,” tulisnya.

“Sebaliknya, kerana tindakan ibu saya, keluarga, jiran, dan jurulatih saya yang tidak mementingkan diri sendiri, satu-satunya statistik yang saya kaitkan adalah gol, penampilan dan kaps.”

“Saya akan menzalimi diri sendiri, keluarga dan komuniti saya sekiranya saya tidak bangkit di sini, hari ini dengan suara dan platform saya dan meminta pertolongan daripada anda.”

Ketika sekolah ditutup pada Mac, baucar makanan itu terus diberikan untuk memastikan kanak kanak tidak kelaparan. Baucar bernilai £15 boleh ditebus di pasaraya.

Kerajaan kemudian mengumumkan mereka akan terus komited meneruskan program itu sepanjang cuti musim panas dengan menanggu kos sebanyak £120 juta merangkumi seluruh England.

Namun pada Selasa, kerajaan Konservatif pimpinan Boris Johnson telah melakukan U turn. Kerana menganggap kerajaan akan menambah £63 juta lagi.

Ramai juga menteri yang memerli Rashford dan meminta dia jaga urusan diri sendiri.

Katie Hopkins cuba troll gambar dia digelecek Rashford dengan menyatakan dia nampak sesuai sekali dengan persalinan Man City.

Namun admin Man City menyatakan mereka tak mahu dikaitkan dengan Hopkins. Lalu Rashford menyatakan: “Satu bandar bersatu.” ataupun A City United, dua nama pasukan di Manchester digabungkan untuk menyatakan mereka bersatu.

 

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di