Kemuliaan Hati Ozil & Isteri Tunai Nazar Tolong Kanak-Kanak Memerlukan

Mungkin ada yang sudah terlupa sebelum ini Mesut Ozil dan isterinya, Amine Gulse telah bernazar untuk membantu membiayai pembedahan ramai kanak-kanak di seluruh dunia dalam projek khas.

Nazar itu mereka buat, ketika mereka masih bertunang lagi. Ozil ketika itu menerusi twitter miliknya, pada hari sebelum hari perkahwinannya.

Ozil ketika itu berkata:

“Ramai saudara-mara, sahabat handai yang bertanya, apakah impian kami untuk perkahwinan esok. Sebagai pemain profesional, saya bernasib baik dan beruntung dengan apa yang saya ada.”

“Namun saya menjemput semua yang sanggup, tampil untuk membantu saya dalam projek khas yang dekat dengan hati kami berdua.”

“Amine dan saya bertekad mahu membiayai pembedahan untuk 1,000 kanak-kanak yang memerlukan.”

Pasangan suami isteri itu kini sudah mula menunaikan nazar mereka dan menganggap ia satu tanggungawab yang membuatkan mereka terasa puas membantu mereka yang memerlukan.

Kesibukan Disember, dengan jadual yang padat tetap membuatkan Ozil meluangkan sedikit masa untuk mengemaskini projek mereka yang turut disokong ramai pihak, terutama sekali kenalan Ozil.

Buat masa ini, mereka sudah melakukan 19 pembedahan dan masih ada banyak lagi yang berada dalam senarai menunggu.

Ozil berbesar hati untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan ini.

Menerusi twitter beliau semalam, pemain tengah Arsenal itu berkata: “19 pembedahan telah dilakukan, dan masih ada banyak lagi menunggu giliran selepas ini.”

“Seperti yang isteri saya, Amine dan saya umumkan sebelum perkahwinan kami pada Jun 2019, kami akan menanggung kesemua kos 1,000 lagi pembedahan yang mengubah kehidupan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia.”

Ozil kemudian merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya termasuk para penaja dan juga individu yang menyumbang derma.

“Terima kasih tak terhingga kepada BigShoe di atas kerjasama luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Terima kasih kepada setiap seorang hadirin majlis pernikahan kami, penyokong dan pengikut saya yang telah menderma kepada projek ini.”

“Dan terima kasih paling istimewa kepada kesemua petugas perubatan antrabangsa yang terlibat.”

“Ini hanyalah permulaan! Jom kita bersemangat menuju 2020, dan membantu ratusan lagi kanak-kanak lain yang memerlukan.”

Syabas Mesut Ozil dan Amine Gulse di atas usaha murni kalian. Ternyata apa yang anda buat ini menjadikan dunia ini lebih baik kepada mereka yang memerlukan.

Ozil kini bermain untuk Arsenal. Beliau dan rakan-rakan dalam misi untuk memperbaiki kedudukan semasa pasukan itu.

Minggu ini maka bermulalah era baharu Arsenal dengan pengurus baharu iaitu Mikel Arteta.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.