Zlatan Ibrahimovic secara terbuka menyatakan kekecewaaan beliau dengan sikap para pemain AC Milan dalam aksi derbi della Madonnina, AC Milan vs Inter semalam.
Menurut Zlatan, rakan sepasukannya, telah hilang kepercayaan dan juga tenaga dan membuatkan mereka bocor 4 kali pada separuh masa kedua.
AC Milan mendahului perlawanan ini dengan 2-0 pada separuh masa pertama.
Zlatan Ibrahimovic cemerlang dengan mencipta peluang kepada Ante Rebic pada minit ke-40. Dan beliau sendiri kemudian menjaringkan gol untuk pasukannya, pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Zlatan benar-benar memberikan aksi terbaiknya di dalam perlawanan ini.
Zlatan Ibrahimovic’s first half vs. Inter Milan by numbers:
3/5 aerials won
2 shots
1 assist
1 goalBig game player. 🦁 pic.twitter.com/QRplFqlXIN
— Statman Dave (@StatmanDave) February 9, 2020
Namun sayang sekali, pada separuh masa kedua, AC Milan sangat rapuh.
Inter hanya mengambil masa 8 minit pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan.
Ianya menerusi 2 gol awal separuh masa kedua oleh Marcelo Brozovic pada minit ke-51 dan Matias Vecino pada minit ke-53.
Stefan De Vrij kemudian meletakkan Inter dengan kedudukan 2-3 di hadapan pasukan tuan rumah pada minit ke-70.
Bekas rakan sepasukan Zlatan di Man United iaitu Romelu Lukaku mengunci rapat peluang AC Milan untuk bangkit dengan gol keempat pada masa kecederaan.
Zlatan berkata: “Sukar nak jelaskan apa yang berlaku. Pada separuh masa pertama, kita sudah mengingatkan diri sendiri bahawa 15 minit pertama pada separuh masa kedua akan menjadi sangat sukar, kerana pasukan lawan akan cuba sedaya upaya bangkit pada masa itu.”
“Dan pada 15 minit pertama itulah kita melepaskan bolos 2 gol.”
“Kita berhenti bermain, dan pasukan kita berhenti berharap. Kita berhenti melakukan pressing. Kita tidak melakukan hantaran dengan baik. Selepas gol penyamaan itu dan ke atas, semuanya hancur.”
AC Milan jelas sekali memberikan harapan kepada para peminatnya pada awal perlawanan. Lebih lebih lagi hanya tewas sekali dalam 11 perlawanan. Namun mereka jelas sekali ada masalah mentaliti, itu menurut Zlatan.
“Saya rasa, perlawanan ini banyak dipengaruhi oleh pengalaman. Sebab anda kena tahu cara mengawal perlawanan ketika kedudukan 2-0 dan bukannya fikir cara nak menang.”
“Kekalahan ini pelik, kerana separuh masa pertama, kita melakukannya dengan sempurna. Saya mengharapkan lebih daripada Inter pada separuh masa pertama, dan ternyata mereka beraksi tak seperti pasukan di tanggan kedua.”
“Walaubagaimanapun, mereka benar-benar bangkit mempamerkannya pada separuh masa kedua.”
AC Milan akan melayan kunjungan Juventus dalam separuh akhir pertama Copa Italia pada Khamis ini.
Zlatan menyeru rakan-rakannya agar bangkit pada aksi Khamis ini.
Kemenangan ini meletakkan Inter Milan kembali ke puncak liga memintas Juventus yang semalam tewas di tangan Hellas Verona.
Inter dan Juventus terikat pungutan mata, namun skuad bimbingan Antonio Conte memiliki kelebihan pada jumlah perbezaan jaringan.
AC Milan mengalami kekalahan ke-9 mereka pada musim ini. Masih jauh daripada kedudukan ke Eropah.