Kena Sound Piya, KAFA Minta Semua Bersabar Kerana Sekarang Tiada Pitis

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengakui bahawa ketika ini mereka tidak cukup wang untuk membayar tunggakan gaji bekas pemain mereka.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Setiausaha Agungnya, Husin Deraman.

Selain daripada itu, Hussin meminta semua bekas pemain dan pegawai yang mempunyai tunggakan gaji bersabar dan memahami masalah yang dihadapi pihaknya.

Katanya, penularan pandemik yang melanda pada hari ini menjadi punca utama pendapatan KAFA terjejas teruk.

Ianya kesan daripada ketiadaan perlawanan selepas Liga Malaysia (Liga M) terpaksa ditangguhkan sejak pertengahan Mac lalu.

PKP dan C0V-19 punca

Dipetik dari BH Online, Hussin berkata: “KAFA tak ada pitis (wang) lagi nak bayar (tunggakan gaji) dan kita harap mereka boleh bersabar.”

“Kita pun bukan mahu mengelak atau sengaja tak nak bayar. Tapi sebab C0V-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang menyaksikan liga tak boleh diteruskan menyebabkan kita tiada pendapatan.”

KAFA berdepan dengan hutang lebih setengah juta hanya untuk Cassio De Jesus sahaja.

Sebelum ini KAFA telah merayu daripada para jutawan negeri kelahiran mereka untuk tampil membantu pasukan The Red Warriors bagi menyelesaikan tunggakan gaji pemain import mereka.

Ini selepas dana awam / crwodfunding yang mereka buat hanya mengumpul kira-kira RM13,000 sedangkan tunggakan gaji pemain import berjumlah lebih RM600,000.

Tabung awam yang dilancarkan Kafa sejak 9 Mei lalu dilihat kurang mendapat sambutan terutama daripada individu bergelar jutawan atau hartawan Kelantan.

Golongan tersebut buat masa ini tidak begitu berminat untuk membantu meringankan bebanan hutang KAFA.

Lantas Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman menyatakan bahawa pihak Beliau sudah menghubungi beberapa individu berpengaruh dan bergelar jutawan supaya dapat menghulurkan sumbangan bagi membayar tunggakan gaji berkenaan.

Namun Hussin Deraman menegaskan, setakat ini respon yang diberikan agak mengecewakan. Malah ada di kalangan jutawan dan hartawan tersebut yang tidak berminat langsung dengan usaha menyelamatkan pasukan Kelantan.

Hussin memberikan bayangan bahawa pasukan Kelantan kini diambang untuk lenyap daripada bola sepak Malaysia jika hutang tersebut tidak dibayar.

Malah harapan mereka kini adalah pada keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Mereka berharap CAS dapat memihak kepada Kafa dengan memberikan penangguhan sementara pembayaran itu.

Dipetik dari Harian Metro, Hussin Deraman berkata: “Sejujurnya saya beritahu setakat ini sumbangan daripada individu jutawan atau hartawan kurang malah apabila kita berjumpa mereka mengharapkan dapat membantu namun sehingga hari ini tidak memberikan maklum balas.

“Saya akui memang Kelantan terkenal dengan ramai jutawan dan usahawan namun jika mereka tidak mahu menghulurkan sumbangan, Kafa tidak boleh paksa kerana itu adalah hak masing-masing.”

“Sememangnya Kafa ketika ini melalui situasi sukar dan akan meneruskan kutipan derma bagi memastikan dapat mengumpul jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang itu,” katanya lagi.”

Tunggakan gaji 5 bulan tersebut adalah RM629,620.28. KAFA diberikan tempoh selama sebulan untuk menyelesaikan tunggakan tersebur oleh FIFA.

Tarikh akhir bayaran adalah pada 23 Mei ini.

Mengejutkan! Gaji Cassio Di Kelantan Lebih Besar Daripada Donny Van De Beek Di Ajax

Piya sound KAFA

Dan terbaru, bekas kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Radzi mendakwa KAFA melanggar perjanjian menyelesaikan hutang secara ansuran mengikut jadual pembayaran seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Piya mendakwa KAFA lebih mengutamakan hutang pemain import berbanding dengan pemain tempatan.

Hussin meminta kesemua pemain bersabar. Beliau menambah: “Kami sudah ada senarai pemain yang masih mempunyai tunggakan gaji dan kami tak lupa, memang kami akan selesaikan semua.”

“Mengenai kes Piya, kalau kami tak selesaikan tunggakan gaji dia, kami tak akan dapat lesen dan tak boleh beraksi dalam Liga M musim depan,” katanya.

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun