Kenali 13 Kategori Wajib Anugerah Bintang Popular Dan Pemenangnya Sejak 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan sebuah anugerah yang berkonsepkan sistem demokrasi. Ia dipilih mengikut undian daripada peminat yang meminati bidang seni ini. Ia mula dipertandingkan sejak 1987.

Walaupun negara melalui fasa teruk pandemik covid 19, Menteri telah membenarkan ABPBH yang ke-33 ini diteruskan melalui Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Wujud rasa tidak puas hati dari kalangan peminat bola sepak Malaysia tentang kebenaran yang diberikan.

Teori artis berkahwin dengan anak Menteri dan terdapat anak Menteri terlibat dengan bidang seni memberi kelebihan kepada bidang ini adalah tidak berasas.

18 KATEGORI DIPERTANDINGKAN

Pada sesi kali ini sebanyak 18 kategori dipertandingkan meliputi 13 kategori utama dan 5 kategori atas talian (Online). Bagi memahami lebih jelas, kategori ABPBH juga boleh dibayangkan seperti Sukan Olimpik atau paling ‘komang’ seperti Sukan Malaysia (SUKMA).

Pertandingan ini mempunyai 13 kategori asas atau seperti sukan wajib sementara bakinya bergantung kepada keperluan dan trend semasa.

Artis paling popular berada disenarai paling tinggi. 2 anugerah untuk pelakon filem atau juga dikenali sebagai layar perak. 4 anugerah datang dari siaran TV iaitu drama dan pengacara. Bidang nyanyian mempunyai 3 anugerah iaitu penyanyi lelaki, wanita dan berkumpulan.

ABPBH juga memberi 1 slot kepada siaran Radio melalui DJ paling popular dan 2 anugerah bagi pendatang baharu dalam industri ini. Berikut senarai pemenang kategori wajib ABPBH sejak 2010.

1.Artis Paling Popular
2019: Mira Filzah
2018: Wany Hasrita
2017: Fattah Amin
2016: Neelofa
2015: Neelofa
2014: Shaheizy Sam
2013: Aaron Aziz
2012: Aaron Aziz
2011: Shaheizy Sam
2010: Siti Nurhaliza

2. Pelakon Filem Lelaki
2019: Fattah Amin
2018: Zul Arifin
2017: Zul Arifin
2016: Sharnaaz Ahmad
2015: Shaheizy Sam
2014: Aaron Aziz
2013: Shaheizy Sam
2012: Aaron Aziz
2011: Shaheizy Sam
2010: Que Haidar

3. Pelakon Filem Wanita
2019: Mira Filzah
2018: Emma Maembong
2017: Nur Fazura
2016: Fathia Latif
2015: Siti Saleha
2014: Siti Saleha
2013: Yana Samsudin
2012: Maya Karin
2011: Lisa Surihani
2010: Liyana Jasmay

4. Pelakon TV Lelaki
2019: Syafiq Kyle
2018: Fattah Amin
2017: Fattah Amin
2016: Sharnaaz Ahmad
2015: Shah Iskandar
2014: Shah Iskandar
2013: Aaron Aziz
2012: Fizz Fairuz
2011: Remy Ishak
2010: Remy Ishak

5. Pelakon TV Wanita
2019: Mira Filzah
2018: Nur Fazura
2017: Janna Nick
2016: Emma Maembong
2015: Nad Zainal
2014: Siti Saleha
2013: Nabila Huda
2012: Fasha Sandha
2011: Fasha Sandha
2010: Tiz Zaqyah

6. Artis Komedi
2019: Zizan Razak
2018: Zizan Razak
2017: Zizan Razak
2016: Abam Bocey
2015: Abam Bocey/Didi Alias
2014: Jep Sepahtu/Jihan Muse
2013: Zizan Razak/Didi Alias
2012: Johan/Didi Alias
2011: Zizan Razak/Noorkhiriah
2010: Zizan Razak/Noorkhiriah

7. Pengacara TV
2019: Siti Nordiana
2018: Neelofa
2017: Neelofa
2016: Neelofa
2015: Aznil Nawawi/Neelofa
2014: AC Mizal/Neelofa
2013: Aznil Nawawi/Fara Fauzana
2012: Zizan Razak/Fara Fauzana
2011: Aznil Nawawi/Fara Fauzana
2010: Aznil Nawawi/Fara Fauzana

8. Penyanyi Lelaki
2019: Khai Bahar
2018: Khai Bahar
2017: Khai Bahar
2016: Aizat Amdan
2015: Akim
2014: Hafiz Suip
2013: Hafiz Suip
2012: Hafiz Suip
2011: Faizal Tahir
2010: Aizat

9. Penyanyi Wanita
2019: Siti Nordiana
2018: Wany Hasrita
2017: Siti Nordiana
2016: Adira
2015: Alyah
2014: Stacy
2013: Shiela Amzah
2012: Yuna
2011: Yuna
2010: Siti Nurhaliza

10. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan
2019: Dayang Nurfaezah & Hael Husaini
2018: Syamel & Ernie Zakri
2017: Akim & The Majistret
2016: Wings
2015: Akim & The Majistret
2014: Stacy & Akim
2013: Black & Malique
2012: Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
2011: 6ixth Sense
2010: Bunkface

11. Artis Baharu Lelaki
2019: Adam Lee
2018: Fendy Bakry
2017: Khai Bahar
2016: Sufi
2015: Hafreez Adam
2014: Achey
2013: Aiman Hakim
2012: Johan Asaari
2011: Shahir
2010: Black

12. Artis Baharu Wanita
2019: Haneesya Hanee
2018: Farah Nabilah
2017: Sweet Qismina
2016: Mira Filzah
2015: Ayda Jebat
2014: Zara Zya
2013: Wawa Zainal
2012: Tasha Shilla
2011: Ana Raffali
2010: Yuna

13. Penyampai Radio
2019: DJ Lin
2018: Haziq Husni (Hot FM)
2017: Radin (Era FM)
2016: DJ Lin (Suria FM)
2015: Johan (Era FM)/Fara Fauzana (Hot FM)
2014: Johan (Era FM)/Fara Fauzana (Hot FM)
2013: Faizal Ismail/Fara Fauzana
2012: Faizal Ismail/Fara Fauzana
2011: Faizal Ismail/Fara Fauzana
2010: Faizal Ismail/Fara Fauzana

Baca yang lain