Bobon Santoso merupakan seorang Youtuber dari Indonesia yang mempamerkan konten-konten extreme di channel miliknya.
Beliau sering memuat naik video memasak dengan cara yang sungguh extreme dan dungu.
Bobon Santoso kini sudah mempunyai 2.88 juta Subscriber di channel Youtube miliknya dan rata-rata video yang dimuat naik pastinya akan ada sekurang-kurangnya satu juta tontonan.
Setelah saling sindir di twitter, Chef Arnold akhirnya mengundang Bobon Santoso. Bahasan soal konten masak nyeleneh ala Bobon sukses jadi trending youtube.
via @detikfood https://t.co/l98CoSY4Kd
— detikcom (@detikcom) October 11, 2020
Beliau terkenal dengan sikap seperti seorang psycho yang memasak dengan cara yang sungguh extreme.
Cara Bobon Memasak
Bobon kebiasaannya akan meminum anggur merah(arak) sebelum mula memasak dan alasan beliau adalah kerana mahu merasa mabuk terlebih dahulu sebelum mula melakukan hal-hal yang tidak masuk akal.
Aji-NO-Moto merupakan bahan asas yang sering digunakan oleh beliau dalam menu masakannya walaupun tidak ditaja oleh syarikat tersebut.
Beliau kebiasaannya akan mencampakkan saja sekilo Aji-NO-Moto kedalam masakkannya, sama seperti garam dan gula yang mana Bobon hanya akan campakkan saja kedalam masakkannya tanpa disukat.
Untuk bawang merah dan bawang putih pula, beliau kebiasaannya akan kunyah saja bawang tersebut dan meludahkannya semula kedalam masakan dan teknik itu adalah untuk melumatkan bawang tanpa menggunakan pengisar.
Bobon juga akan memijak-mijak saja bahan-bahan yang sepatutnya dilumatkan menggunakan batu lesung dan ada kalanya beliau menggunakan kayu besbol untuk menumbuk bahan-bahan tersebut.
Menu-Menu Masakan Bobon
Jangan terkejut dengan menu yang dimasak oleh Bobon Santoso, hal ini kerana beliau akan memasak apa saja yang terlintas di fikirannya.
Bobon pernah memasak jenglot goreng tepong suatu ketika dahulu yang mana jenglot itu sendiri simbolik dengan sesuatu yang menyeramkan untuk masyarakat.
Menangis paranormal melihat jenglot yang menyeramkan itu dilumur dengan tepong dan digoreng oleh Bobon, bahkan dimakan olehnya.
Menurut Bobon, apa saja yang boleh dimasak ianya pasti boleh dimakan dan antara menu paling extreme pernah beliau masak adalah ikan buntal, king Cobra, piranha, ball python, kelawar, kala jengking, dan pelbagai lagi haiwan berbisa yang lain.
Bobon juga pernah memasak perkakas electronic seperti television, kamera dan beliau juga pernah memasak anak patung kesayangan anaknya.
Kegilaan Bobon semakin terserlah apabila beliau pernah membuat konten memasak juru kameranya sendiri, mujur saja beliau hanya melumurkan tepong dan tidak menggoreng juru kameranya yang dipanggil f**k b*y itu.
Adakalanya beliau memasak dan memakan sesuatu yang tidak mampu untuk ditonton oleh manusia normal, seperti memakan taik kambing campur meggi dan memakan white head serta jerawatnya sendiri.
Bobon kebiasaannya akan menikmati makanan beliau dengan cara tersendiri yang mana adakalanya beliau akan makan sambil berbaring dihalaman rumahnya.
Pernah Diundang Ke Podcast Deddy Corbuzier
Menurut netizen Indonesia, apabila seseorang youtuber atau individu itu telah diundang ke Podcast Deddy Corbuzier, maka individu tersebut sudah berjaya.
Walau dikecam oleh sesetengah masyarakat, namun apabila menonton temu bual beliau bersama Deddy, Bobon sebenarnya tidak mahu perbuatan beliau ditiru oleh masyarakat, sebaliknya beliau melakukan semua hal tersebut hanya untuk eksperimen peribadinya.
Beliau juga dicabar oleh Deddy untuk mencacah tattoo Podcast tersebut dan Bobon bersetuju untuk menyahut cabaran dari Deddy Corbuzier itu.
Bobon kemudiannya memenuhi janji beliau dengan mencacah tattoo Podcast Deddy di badannya sendiri.
Ujian Dan Experimen
Bobon suka melakukan ujian yang aneh-aneh seperti merendam pelbagai barang dengan cairan-cairan berbahaya.
Beliau juga pernah merendam dirinya sendiri ke dalam satu kolam sambal pedas dan beliau juga pernah mandi bakso panas.
Adakah ini perbuatan dari manusia normal?
Bobon juga pernah berendam bersama ribuan ikan laga dan ikan keli dalam kolam mandi anaknya.
Impak Negatif Berpunca Dari Kontennya
Bobon pernah dikejarkan ke hospital kerana keracunan selepas memakan ikan buntal.
Bobon juga pernah diancam dan dikeji oleh pencinta kucing kerana kesilapan beliau menggunakan tajuk membakar kucing sedangkan menu sebenarnya ketika itu adalah seekor arnab.
Kerana konten memakan ular King cobra, Bobon turut dikecam oleh pencinta haiwan tersebut dan menerima pelbagai ugutan terhadap dirinya.
Para Youtubers yang lain juga turut sering menghina dan mengecam tindakan yang dilakukan oleh Bobon Santoso.
Bobon Tak Salah
Benar Bobon memakan haiwan liar dan benar beliau memasak dengan cara yang salah, namun kesemua subscriber beliau tentu tahu bahawa Bobon bukan lah seperti yang dimaksudkan oleh para pengkritiknya.
Segala haiwan yang dimasak oleh Bobon adalah haiwan yang sememangnya sudah mati dan dibeli dari individu tertentu.
Contohnya ular yang beliau makan juga adalah ular milik pengikutnya yang sudah mati dan bobon membelinya dengan harga yang tinggi supaya pemilik bangkai ular tersebut boleh membeli peliharaan yang baru.
Bobon juga sangat menghormati semua agama di dunia ini dengan tidak menyentuh apa-apa berkait agama, dan Bobon jelas menghormati pekerjanya yang beragama Islam dengan ikut sama berpuasa ketika pekerjanya berpuasa.
Ketika ramai yang mengecam beliau tidak bertuhan, Bobon sering mempertahankannya dan menyatakan bahawa beliau ada agama dan mempunyai ikutan sendiri.
Kesetiaan Pengikut Bobon
Pengaruh Bobon ini bukanlah sesuatu yang biasa, beliau sering menggesa pengikutnya untuk meninggalkan komen “Bobon the next master cheff” di channel Youtube master cheff Indonesia, dan para pengikutnya jelas mengikuti suruhan beliau.
Pengkritik di Master Cheff turut merasa rimas dengan banjiran komen tersebut sehingga Cheff Arnold mengundang Bobon Santoso ke podcast beliau agar pengikutnya berhenti mengspam komen di channel youtube beliau.
Jadi secara peribadinya konten Bobon memang berbahaya, namun beliau melakukannya atas alasan tersendiri dan hakikatnya beliau tidak merugikan sesiapa.
Berbanding konten prank atau sosial eksperimen yang lain, konten Bobon sebenarnya lebih original dan lebih menghiburkan dengan caranya tersendiri.
Mabuk ella tuh!