Kenali Bruno Fernandes, Total Midfielder Sasaran Utama Manchester United

Desas desus mengatakan Bruno Fernandes semakin hampir menyertai pasukan Manchester United makin bertiup kencang sekencang ribut taufan.

Kenapa peminat United begitu teruja menanti kehadiran Fernandes dalam pasukan mereka? Apa kelebihan yang ada pada beliau? Yang paling penting siapa beliau yang sebenarnya?

Bruno Miguel Borges Fernandes adalah seorang pemain bola sepak profesional Portugal.

Beliau dilahirkan pada 8 september 1994 di Maia, Portugal.

Permulaan Karier Fernandes

Beliau memulakan kerjaya bola sepak nya bersama pasukan Boavista FC. Beliau bermain di posisi “midfield” seorang pemain tengah yang lincah dan kreatif.

Beliau banyak bersama pasukan dari liga Itali sepanjang karier sebagai pemain bola sepak.

Di dalam Serie A Fernandes telah bermain 119 perlawanan dan menjaringkan 15 gol.

Beliau telah bermain untuk pasukan Udinese dan Sampdoria dan telah menjaringkan 15 gol untuk kedua-dua pasukan itu.

Sebelum ini bliau adalah seorang pemain bagi pasukan Serie B iaitu Novara.

Pada tahun 2017 beliau telah menandatangani kontrak bersama Sporting CP.

Beliau memulakan kerjaya yang baik di sana apabila beliau telah dicalonkan sebagai pemain terbaik liga dua tahun berturut pada dua musim permulaan nya di liga.

Karier Bersama Sporting CP

Pada bulan jun 2017 Fernandes telah menandatangani perjanjian selama 5 tahun bersama pasukan Sporting – dengan nilai perpindahan €8.5 juta.

Beliau telah menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan awal bersama pasukan. Beliau membuat kemunculan pertama dalam “Uefa Champions League” pada tahun 2017 ketika menentang pasukan Olympiakos FC.

Beliau telah menamatkan musim pertama bersama Sporting dengan 16 jaringan di dalam semua pertandingan.

Detik hitam sepanjang kerjaya beliau adalah pada May 2018 Fernandes dan beberapa ahli pasukannya termasuk Pengurus pasukan telah diserang oleh kira-kira 50 orang penyokong di padang latihan mereka.

Ianya kerana pasukannnya sekadar mendapat tempat ke-3 dalam liga dan tersingkir dari kelayakan Champions League.

Pencapaian Terbaik

Pada 6 Julai 2018 Fernandes telah di namakan sebagai Portuguese League’s Player Of The Year.

Beberapa hari selepas itu beliau telah melanjutkan kontrak beliau bersama pasukan selama 5 tahun dan di situ lah adanya klausa €100 juta. Sedangkan sebelum ini klausa pelepasan beliau jauh lebih murah.

Sebelum ini beliau sudah mahu meninggalkan pasukan dan ketika itu beliau tidak memiliki klausa pelepasan.

Sejak itu lagi banyak pasukan besar sudah mula menunjuk minat terhadap pemain ini terutama pasukan United.

Namun tiada bidaan rasmi yang dilakukan dan kini pasukan United masih memburu pemain ini namun sudah ada klausa €100 juta di letakkan di dalam kontraknya.

Fernandes telah banyak menjaringkan gol untuk pasukan Sporting seterusnya membuat kan beliau menjadi antara pemain tengah yang paling banyak menjaringkan gol dalam liga.

Kerjaya Antarabangsa Fernandes

Fernandes sudah lama menanti waktu untuk melakukan debut bersama pasukan Kebangsaan Portugal, sejak beliau masih berada di liga Italy lagi.

Pada 28 Ogos 2017 beliau di panggil menyertai skuad kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia menggantikan Pizzi yang mengalami kecederaan ketika itu.

Beliau dijangka akan diturun kan dalam perlawanan menentang Faroe Island dan Hungary dalam kelayakan Piala Dunia namun beliau tidak diturunkan didalam kedua dua perlawanan itu.

Fernandes telah dipanggil menyertai skuad “Summer Olypics” Portugal pada tahun 2016.

Beliau bermain di dalam semua perlawanan ketika kejohanan itu dan berjaya membawa pasukkan nya ke peringkat suku akhir.

Fernandes memenangi “Full Cap” yang pertamanya pada November 2017 apabila beliau masuk menggantikan Manuel Fernandes pada babak kedua menentang pasukan Arab Saudi dan pasukannya menang 3 berbalas kosong.

Beliau telah dipilih oleh Fernando Santos untuk mewakili Skuad Portugal ke Piala Dunia Rusia 2018.

Perlawanan pertama beliau dalam Piala Dunia adalah ketika bertemu pasukan Spain dan berkesudahan dengan 3 berbalas 3.

Sebagai seorang pemain tengah beliau sememangnya cukup bagus dan berbakat. Beliau sangat kreatif dan beliau boleh maju lebih jauh selepas ini.

Namun adakah beliau akan benar-benar hadir dalam pasukan Manchester United? Kita tunggu saja pengumuman rasmi nya nanti.

Baca yang lain