Kenali Bugatti Chiron Bernilai RM11.2 Juta Milik Cristiano Ronaldo Yang Lagi Pantas Daripada Veyron

Siapa tidak kenal dengan atlet paling popular di muka bumi ini. Beliau sebelum ini pernah berkata, apa sahaja tentang Cristiano Ronaldo akan menjadi cerita sensasi.

Pada 2017, pemain bola sepak kelahiran Portugal ini telah membeli kereta yang cantik, Bugatti Chiron. Beliau berkongsi di laman instagram beliau untuk tatapan para peminat.

Peminat beliau memang sudah menjangkakan Ronaldo akan memiliki sebuah kereta Bugatti Chiron tersebut.

Ini selepas beliau memuat naik satu gambar beliau sedang melakukan ‘test drive’ kereta ini sebelum ini.

Bugatti Chiron adalah kereta yang sangat laju. Ia boleh memecut daripada 0-400km/j dalam masa kurang 42 saat atau lebih tepat 41.96 saat. Ini menjadikan ia salah satu pencapaian baru dalam dunia automobil.

Rekod terpantas ini dilakukan oleh Juan Pablo Montoya dalam satu sesi ujian kelajuan yang dianjurkan oleh Bugatti.

“Chiron, sudah pastinya kereta super sports yang memerlukan anda memandunya dengan penuh perhatian. Namun pada masa yang sama, anda akan merasa selamat dan ia boleh dipercayai.”

“Ini menjadikan pemanduan menjadi tenang dan penuh nikmat dalam 2 hari saya bersama kereta ini.” – Juan Pablo Montoya

Sebelum ini, Bugatti Veyron dianggap sebagai kereta paling laju bergerak di atas muka bumi pada ketika itu.

Namun satu analisis yang dijalankan oleh Carwow pada 2016 mendapati Bugatti Chiron adalah ‘binatang’ (meminjam ayat Ronaldo) jalanan yang lebih hebat. Ini hasil daripada ujian yang dijalankan oleh Carwow.

Jadi, secara rasminya buat masa ini, kereta baru Ronaldo ini adalah kereta yang terpantas pernah dihasilkan dalam kejuruteraan automobil setakat ini.

Bugatti Chiron vs Bugatti Veyron

Pastinya Chiron akan dibandingkan dengan Bugatti Veyron.

1. Output

Kedua-dua kereta ini digerakkan ‘mid-engined two-seater’ 16 silinder, dengan kuasa quad turbo serta tangki 8.0-liter. Kedua-duanya juga jenis ‘all-wheel drive’.

Ini adalah maklumat ringkas tentang Bugatti Veyron

Ini pula gambaran ringkas tentang ennin 16 silinder dengan 4 pengecas turbo Chiron

2. Kelajuan

Veyron boleh mencecah kelajuan maksima 431km/j. Namun buat masa ini, catatan rasmi paling tinggi di atas jalan raya adalah 415km/j.

Manakala, untuk Bugatti Chiron pula, meter kelajuannya pun sudah dipasang pada paparan 500km/j adakah itu kelajuan maksimum kereta ini? Chiron buat masa ini sudah mencatatkan kelajuan 420km/j.

Kedua-dua kereta ini memiliki kemampuan pecutan daripada 0-100km/j dalam masa kurang 2.5 saat. Namun Chiron nampak cemerlang dengan mencecah angkan 200km/j dalam masa kurang 6.5 saat, dan mencecah 300km/j dalam masa kurang 13.6 saat.

Ia jauh lebih pantas daripada Veyron.

3. Berat

Agak menarik kerana Bugatti Chiron lebih berat daripada Veyron. Berat Chiron kira-kira 1,995 kg ataupun lebih 150 kg lebih berat daripada Veyron.

Pihak pengeluar sudah memberitahu yang mereka sudah sedaya upaya mengurangkan berat kereta ini. Antaranya adalah, pengecilan sedikit ruang tempat duduk penumpang, namun kemasan dalama ia tetap nampak ‘besar’ dan mewah.

Salah satu aspek yang membuatkan Chiron lebih berat adalah bahagian bawah bonetnya yang banyak dilakukan perubahan baru berbanding dengan Veyron.

4. Pengeluaran

Bugatti menghasilkan 450 Bugatti Veyron dalam masa 10 tahun. Secara pecahan, 300 adalah jenis coupe (2 pintu) dan 150 adalah roadster (bumbung boleh laras).

Bugatti dilaporkan merancang untuk menghasilkan 500 unit Bugatti Chiron sahaja. Pada bulan pertama keluarannya, 170 unit sudah pun ditempah oleh pembeli yang serius mahukan kereta tersebut.

Setiap ‘serious buyers’ ini sudah pun meletakkan deposit yang berjuta dollar.

5. Harga

Baiklah, akhir sekali adalah harga. Bugatti Chiron pastinya lebih mahal daripada Bugatti Veyron. Harga kereta ini bermula daripada $2.65 juta ataupun RM11.2 juta.

Bugatti Veyron pula dilaporkan harganya bermula daripada $1.7 juta ataupun RM7.2 juta.

Nampaknya Ronaldo telah memilih kereta luar biasa untuk pemain bola sepak yang luar biasa seperti beliau. Jom tatap sekali lagi kereta Bugatti Chiron milik Cristiano Ronaldo ini. SUPER CAR!

Sumber

Wheels24

Carwow

Motor1

Top Gear

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil