Kisah Evangeline Shen Kantoi ‘Scam’ Mike Ashley, Office Atas Kedai Mamak Dan Edit Gambar Obama

The Bellagraph Nova Group pernah menjadi syarikat yang membida hak pemilikan Newcastle United.

Rundingan di antara BNG dengan Mike Ashley pernah berlangsung. Rundingan perpindahan pemilikan itu berlaku selepas rundingan dengan PIF terhenti dan PIF menarik diri.

PIF  yang disokong oleh dana berdaulat dari Arab Saudi sebelum ini sudah membayar deposit untuk menjadi pemilik baharu Newcastle dalam perjanjian sekitar £300 juta – harga lelong yang diletakkan Mike Ashley daripada tanda harga awalnya sekitara £340 juta.

PIF awalnya diwar warkan menjadi pemilik saham terbesar di bawah PCP yang akan menjadi pemilik baharu Newcastle.

Malang sekali terlalu banyak kontroversi dan gagal mendapat sokongan daripada lembaga pengarah Premier League serta rakan kongsi membuatkan PIF bosan dan menarik diri.

Mereka menyatakan sudah tak sanggup lagi menunggu keputusan ujian pemilik baharu yang masih tak keluar keluar. Lalu PIF memutuskan untuk melaburkan wang mereka di sektor lain.

Dengan mengambil kira impak wabak yang melanda di mana para penyokong tidak dibenarkan masuk ke stadium dan tak pasti baru boleh mereka mendapatkan kutipan hari perlawanan menerusi hasil jualan tiket.

Mike Ashley tetap berikrar akan menjual Newcastle. Dan selepas ada beberapa syarikat lain yang berminat, kini seorang wanita bernama Evangeline Shen dilaporkan paling bersungguh sungguh dalam usaha meyakinkan syarikat yang turut dimilikinya secara bersama iaitu BNG untuk membida hak menjadi pemilik Newcastle.

BNG mahu miliki Newcastle

Namun selepas itu BNG menawarkan harga yang di bawah tanda harga diletakkan Mike Ashley.

Evangeline Shen dan sepupunya Nelson dan Terence Loh merupakan pemilik bersama syarikat berasal dari Singapura yang berpangkalan dan beribu pejabat di Perancis itu.

BNG turut mengeluarkan LOI (Letter of Intent) tanda mereka mereka serius mahu memiliki Newcastle. Dan berjanji melantik Alan Shearer dan Michael Chopra untuk membantu mereka membina perhubungan dengan peminat dan bandar apabila mereka sah menjadi pemilik kelak.

Evangeline: Wanita inovatif yang berani

Jom berkenalan dengan Evangelina Shen

Miss Shen baru sahaja dilantik menjadi Pengerusi  Bellagraph Nova Group yang baharu.

Dalam laman rasmi BNG beliau digambarkan sebagai ahli koporat wanita yang penuh dengan inovasi dan pantas bertindak.

Evangeline Shen merupakan graduan daripada Fudan University di China dan memulakan kariernya dengan Jinmao LLP, salah sebuah firma perundangan yang terbesar di Asia.

Evangeline menjadi Eksekutif dia Jinmao LLP pada usia 25 tahun, menjadikannya sebagai salah seorang Eksekutif paling muda dalam sejarah syarikat.

Selepas itu Evangeline Shen telah menceburi bidang pelaburan dengan UBS dan Morgan Stanley sebelum beliau menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Bellagraph Jewelry dan Novena Bellagraph Medical Group.

Pada Jun tahun ini, Shen menggabungkan perniagaannya dengan Kumpulan DORR sepupu Loh, untuk mewujudkan kumpulan Bellagraph Nova yang hari ini menawarkan diri untuk membeli Newcastle.

Pada bulan Disember, Shen dan Loh bertemu dengan mantan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam perbincangan tertutup untuk berkongsi pandangan mereka tentang bagaimana ‘teknologi akan memacu revolusi industri yang seterusnya’.

Sebagai hasil dari pertemuan tersebut, trio tersebut menciptakan NETX, yang digambarkan sebagai: ‘Bahagian baru yang menarik yang berfokus pada pengembangan dan aplikasi teknologi robotik dan Kecerdasan Buatan (AI). ‘

Dalam pertemuan yang sama Evangeline Shen menghadiahkan Barrack Obama gelang berlian bernilai £27,000.

Maka tak hairanlah dalam web Bellagraph Nova mereka menulis tentang Evangeline Shen sebagai seorang yang berani mengambil risiko dan sedia menghadapi cabaran yang baharu.

“Salah satu landasan utama untuk kejayaan Eva adalah sikap berani mengambil risiko dalam mencari peluang baru dan menerima cabaran,” tulis laman web itu.

“Dia pada dasarnya tidak terikat dengan kesetiaannya pada satu perkara dan selalu memberikan yang terbaik dalam mengejar kesempurnaan dan profesionalisme.”

“Dikenal dengan keperibadiannya yang rasional, pintar, dan moden, Eva akan menyahut segala cabaran baru dengan ketabahan, semangat, dan keyakinan dengan pemikiran yang tidak goyah untuk mempercayai dan mencapai tujuan baru.

“Ketika Eva tidak sibuk terus menaikkan bar [penanda aras] untuk menentukan kisah kejayaan wanita moden, dia menikmati pemandangan luar yang luar biasa dengan menimbun puncak gunung yang berbeza di samping menjadi seorang penyelam yang sudah menyelam lebih dari 1,000 kali di seluruh dunia.”

“Dan hasrat hidupnya, yang tidak dapat dinafikan, inilah yang mendorong Eva menjadi kisah kejayaan yang dia ada sekarang.”

Rupanya scammer: Reuters Kantoikan BNG: ‘Photoshop Gambar Obama, Office Atas Kedai Mamak’

Reuters UK telah membuat penelitian tentang gambar tersebut dan ternyata ianya disunting dengan kepakaran yang tinggi.

Selepas ditanya tentang kebenaran kenyataan oleh Reuters itu, pihak BNG dengan pantas mengakui bahawa gambar itu memang disunting.

Satu gambar menunjukkan pemilik Bellagraph Nova Group, Terence (kanan) dan Nelson (kiri) Loh serta Evangeline Shen duduk di sebelah mantan Presiden AS, dan mendakwa gambar itu dimuatnaik ke laman web mereka pada 19 Ogos 2020.

BNG kemudian menyatakan gambar tersebut dimuatnaik kerana ada isu teknikal. Selepas siasatan oleh Reuters, pihak BNG didapati terlibat secara langsung dalam gambar yang telah disunting itu.

Jurucakap BNG, Nereides Antonio Giamundo de Bourbon, yang merupakan ketua perhubungan pelaburan menyatakan, dia sudah tahu gambar itu disunting untuk memperlihatkan gambar itu benar benar asli.

Pengakuan itu dibuat pada Rabu lalu selepas dihubungi oleh Reuters. Dan selepas itu, BNG menurunkan gambar itu daripada laman sesawang mereka.

Namun begitu, Bourbon menyatakan bahawa, itu perkara biasa di dalam perniagaan. Sambil menyifatkan gambar seperti itu tidak akan mempengaruhi kredibiliti mereka sebagai sebuah syarikat gergasi.

Tahun lalu, BNG meraih keuntungan bernilai $12 billion. BNG menganggap gambar seperti itu adalah salah satu material pemasaran / marketing yang digunakan oleh BNG yang turut mengklaim diri mereka sebagai syarikat konglomerat paling cepat membangun di dunia.

Bourbon menyatakan tujuan utama gambar itu adalah untuk menunjukkan bahawa mereka pernah ada pertemuan secara peribadi dengan Obama.

“Kami orang yang serius, cuma perkara yang melampau kami buat adalah gambar yang sudah disunting itu. Bagi saya, tiada apa pun yang memudaratkan daripada gambar seperti itu.”

Reuters cuba meminta penjelasan daripada Evangeline dan dua sepupunya tentang perkara itu.

Evangeline sudah menyatakan dia menolak untuk memberikan komen, sementara dua lagi sepupunya masih belum memberikan respon.

Reuters turut menghubungi jurugambar yang mengambil gambar tersebut. Ianya diambil ketika malam gala anjuran Novena Global Lifecare, syarikat produk penjagaan kesihatan yang ditubuhkan mereka pada 2010.

Namun ketika Reuters menghubungi pihak Obama tentang perkara itu, mereka tidak memberikan sabarang jawapan.

Tiada nama BNG didaftkarkan di Perancis

Seterusnya Reuters juga pelik kenapa BNG mendakwa mereka adalah syarikat yang didaftarkan di Paris.

Tiada syarikat bernama Bellagraph Nova Group didaftarkan di Perancis seperti mana yang diketahui Reuters selepas mereka membuat semakan dengan badan berwajib di Perancis.

Cuma yang ada adalah alamat ibu pejabat mereka yang berada di Perancis di 10 Place Vendome.

Secara ringkasnya, Bellagraph Nova Group adalah syarikat yang didaftkarkan di Singapura namun beribu pejabat di Perancis. Namun kenapa mereka tidak mahu memberikan informasi sebenar? Itu sepatutnya bukan menjadi masalah bukan?

Reuters kemudian menghantar individu untuk melakukan lawatan ke pejabat mereka pada Khamis lalu. Dan menurut pegawai penyambut tetamu yang berkerja di sana. BNG disahkan sebagai salah satu daripada penyewa mereka di bangunan yang dikendalikan oleh Regus.

Hasil daripada siasatan Reuters itu, mereka mendapati pejabat itu biasanya staff mereka tak datang bekerja.

Kenyataan itu dijawab oleh Bourbon yang mengesahkan bahawa mereka ada pejabat yang tetap di alamat tersebut.

Hydra X

Pada bulan lalu, BNG menyatakan bahawa, firma kewangan dan teknologi iaitu Hydra X merupakan salah sebuah entiti dalam perniagaan global mereka yang menjalankan sistem perniagaan mereka di Singapore Exchange.

Namun paling mengejutkan Hydra X telah menafikan kenyataan tersebut. Begitu juga Singapore Exchange yang turut menafikan bahawa Hydra X ada berurusan dengan pasaran di Singapura menerusi saluran mereka.

Namun Bourbon ketika bercakap kepada Reuters, berkeras menegaskan bahawa Hydra merupakan salah satu syarikat milik BNG. Cuma sekarang ini masih dalam proses untuk penggabungan / merging.

Bourbon mendedahkan segala maklumat perkara itu adalah sulit.

Projek NEXT

Menerusi instagram rasmi mereka, BNG mengumumkan mereka memiliki sebuah lagi anak syarikat iaitu NETX, yang merupakan syarikat robotik.

Mereka mendakwa syarikat itu disenaraikan dalam Bursa Saham Singapura dan Nasdaq.

Reuters menjalankan satu lagi siasatan. Dan mendapati tiada nama NETX di kedua dua bursa saham tersebut.

Bourbon menjawab, pengumuman itu masih pramatan / “prematurely” tetapi on the way katanya. Sebagai sebuah badan koporat yang berkaliber seperti Megah Holding, takkanlah BNG membuat pengumuman seperti itu menerusi IG rasmi mereka?

Bourbon enggan menjelaskan lebih lanjut perkara itu.

Nasdaq pula tidak memberikan respon kepada Reuters lagi berkenaan perkara tersebut.

Office atas kedai mamak

Reuters kemudiannya menyatakan bahawa, syarikat BNG di Singapura berada di tingkat atas bangunan 4 tingkat di atas kedai haiwan peliharaan dan juga kedai mamak. Alamat yang sama dengan anak syarikat mereka yang lain iaitu Novena Global Lifecare.

Mereka turut berkongsi bangunan dengan syarikat wain dan pakar perlaburan. Ishh teringat pulak pakar perlaburan anda, tak hensem takpe janji kaya.

Reuters menghantar stafnya melawat pejabat tersebut minggu lalu dan tiada orang di kaunter penyambut tetamu. Di depan pejabat mereka memang ada robot paras bahu yang digunakan dalam kempen promosi NETX.

Seorang wanita keluar menyambut krew reuters dan menyatakan bos dia tak ada pada hari itu.

Bourbon sekali lagi menjawab dengan menyatakan: “BNG di Singapura, adalah alamat ‘parents firm’ kami. Kami bermula di Singapura, dan berpindah secara total ke Eropah.

Sebagai rekod ini bukan pertama kali Newcastle discam. Sebelum bidaan daripada puteran Mahkota Arab iaitu Mohamed bin Salman, Newcastle pernah dibida oleh seorang lagi kerabat UAE iaitu Mohammed bin Zayed Al Nahyan, yang ternyata sengaja memberikan harapan palsu dan bermain main dalam bidaannya.

Sumber — Reuters