Kenali Eyka Farhana, Pelakon Sweet Yang Melebarkan Sayapnya Ke Indonesia

Wan Atiqa Farhana binti Wan Sarmizi (lahir 3 Februari 1995) atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan penyanyi wanita Malaysia.

Eyka Farhana merupakan gadis comel yang dilahirkan di Ampang.

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2011 dan terkenal dengan drama TV lakonan termasuk Juvana, Bunga-Bunga Syurga, Ema Emyliana dan Istikharah Cinta.

Karier

Eyka Farhana merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Eyka mulai terlibat aktif dalam dunia hiburan selepas berlakon dalam beberapa drama berprofil tinggi di TV3 termasuk Gemilang dan Juvana.

Seterusnya, Eyka melebarkan pengaruhnya dalam dunia lakonan dengan terlibat dalam siri Ema Emyliana.

Namun namanya melonjak naik ke paras star apabila berlakon sebagai pelakon pembantu dalam Polis EVO arahan Syafiq Yusof.

Eyka Farhana turut diumum dalam line up untuk Polis Evo 3.

Banyak lagi projek yang Eyka Farhana terlibat selepas itu termasuk pengacaraan dan peragaan.

Tidak terhenti di situ, Eyka melebarkan sayapnya ke peringkat ASEAN apabila terlibat dalam drama adaptasi dari Hollywood, Pretty Little Liars (PLL) versi Indonesia.

Inilah kali pertama Eyka menerima tawaran daripada produksi luar.

https://www.instagram.com/p/CFcULDgnjCA/

Dipetik dari BH Online, Eyka berkat: “Saya menerima mesej langsung dari produksi seberang yang menawarkan menghadiri uji bakat untuk adaptasi drama Hollywood, Pretty Little Liars (PLL) versi Indonesia. Alhamdulillah, saya melepasi ujian dan menjalankan penggambaran di Bali, Indonesia, Ogos tahun lalu [2019].”

“Saya anggap ia seperti doa yang terjawab. Sebelum ini, saya memang berhajat mahu mencuba nasib berlakon ke seberang. Secara kebetulan, saya ditawarkan membintangi drama PLL.”

Eyka berdepan dengan cabaran untuk menguasai bahasa Indonesia. Kerana menurutnya, pengarah mahukan beliau menghidupkan watak pelajar Indonesia dipegangnya dengan hidup.

Akhirnya selepas berbincang, pihak produksi memhami kesukaran Eyka dan wataknya diubah kepada pelajar Malaysia yang menetap di Indonesia.

“Jadi, tidaklah dialek saya kedengaran terlalu pelik dalam drama,” kata Eyka lagi.

PLL diarahkan oleh Emil Heradi, PLL dibintangi Yuki Kato, Anya Geraldine, Valerie Thomas, Shindy Huang, Tarra Budiman, Wulan Guritno, Irgi Fahrezi, Jennifer Coppen dan Marcell Darwin. Drama ini mula ditayangkan dalam platform penstriman Viu mulai 22 April lalu.

Selamat maju jaya kepada Eyka Farhana.

Rujukan

BH Online

Wikipedia 

Baca yang lain