Kenali Farah Ann Hadi Ratu Gimnastik Negara

Di Malaysia ini siapa saja tidak kenal gadis cantik bernama Farah Ann? Farah Ann binti Abdul Hadi atau lebih dikenali sebagai Farah Ann adalah merupakan ratu gimnastik Malaysia.

Pelbagai kejayaan yang beliau pernah kecapi seterusnya telah mengharumkan nama negara dalam kancah dunia gimnastik ini.

Selain memiliki rupa paras yang menawan aksi lincahnya di gelanggang gimnastik sentiasa mendapat perhatian ramai.

Gadis kacukan Melayu Kanada sudah sangat sinonim dengan gimnasitik kerana beliau sudah mula mencuburi bidang ini seawal usia 3 tahun.

Permulaan Karier

Beliau mula menceburi minat dalam gimnastik seawal usia tiga tahun dan telah mula bersaing dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma).

Gadis cantik molek ini membuat penampilan pertamanya secara profesional di Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, mencatatkan 12.050 mata (senaman lantai), 10.500 (batang titian) dan 10.250 (palang tidak sejajar) apabila Malaysia menduduki tempat keempat dalam acara pasukan.

Pada tahun 2014 beliau memperoleh gangsa dalam latihan lantai dan acara pasukan di Artistic Celtic Cup-Commonwealth Invitational di Perth, Scotland.

Pada tahun itu, beliau menamatkan saingan di tempat ke-11 daripada 24 gimnas pada pusingan separuh putaran individu wanita di Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

Detik sukar Farah Ann

Ketika berusia 11 tahun beliau jatuh dan mengalami kecederaan lutut yang agak panjang. Beliau kembali beraksi semula selepas mengambil masa satu tahun berehat.

Pada tahun 2010 gimnas cantik negara ini sekali lagi mengalami kecederaan sebelum bermulanya sukma. Tahun berikutnya beliau jatuh lagi dan mengalami kecederaan di bahagian bahunya ketika kejohanan dunia 2011.

Farah Ann hampir menyerah dalam sukan gimnas ini kerana pada tahun 2013 kecederaan lamanya mengakibatkan beliau harus cuti panjang. Namun dengan semangat dan kecekalan beliau. Farah Ann kembali beraksi semula pada April 2014.

Pencapaian Farah Ann

Sepanjang karier beliau sebagai gimnas negara beliau telah banyak kali mengharumkan nama negara. Antaranya beliau telah memperoleh pingat Perak di kejohanan gimnastik Piala Dunia 2016 di Slovenia.

Memenangi dua pingat emas dan tiga pingat gangsa di Sea games Singapore 2015. Satu pingat perak di Sea games Indonesia dan memiliki dua pingat emas di kuala lumpur.

Manakala untuk Sea games di Filipina kali ini Farah Ann sudah menghadiahkan negara dengan pungutan pingat emasnya.

Farah juga telah menerima darjah kebesaran iaitu Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S) sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin idris shah pada Disember 2016.

Selepas terlepas peluang beraksi di Sukan Olimpik 2016 Rio, Farah Ann telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo secara merit dan menamatkan saingan kelayakan di tempat ke-59 daripada 180 gimnas.

Farah Ann akan beraksi dalam acara individual all-around di Olimpik 2020 selepas melepasi kelayakan di kejohanan 2019 World Artistic Gymnastics Championships di Stuttgart, Jerman.

View this post on Instagram

Tokyo 2020 🇲🇾

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on

Farah Ann menjadi gimnas ketiga Malaysia yang layak ke Olimpik. Au Li Yen layak pada Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan Ng Shu Wai Sukan Olimpik 2004 di Athens yang kini menjadi jurulatih Farah Ann.

Gimnas Malaysia yang pernah layak ke Olimpik :

1. Au Li Yen – Sukan Olimpik 2000 Sydney Australia
2. Ng Shu Wai – Sukan Olimpik 2004 Athens Greece
3. Farah Ann – Sukan Olimpik 2020 Tokyo Jepun

Sukan SEA 2011 Indonesia

1. Acara Palang Tidak Sejajar – Perak

Sukan SEA 2015 Singapura

1. Acara berpasukan – Emas
2. Acara senaman lantai Emas
3. Acara Palang Tidak Sejajar – Gangsa
4. Acara Batang Titian – Gangsa
5. Melombol – Gangsa

Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

1. Acara berpasukan – Emas
2. Acara senaman lantai – Emas

Sukan SEA 2019 Filipina

1. Individu Keseluruhan – Emas
2. Palang Tidak Sejajar – Emas
3. Senaman Lantai – Emas

Peribadi Farah Ann

Selain memiliki kecantikan dan kelincahan dalam sukan gimnas ini Farah juga seorang yang ceria dan tabah.

Walau dikecam pelbagai pihak tentang penglibatannya dalam acara ini Farah tetap cekal meneruskan perjuangan beliau.

Farah seorang yang minat membaca, antara bahan bacaan yang beliau gemari adalah bahan bacaan bergenre fiksyen dan fantasy. Axello.net bukanlah satu bahan bacaan Farah Ann.

View this post on Instagram

🌸 #farahann

A post shared by Farah Ann Abdul Hadi (@farahann94) on

Selain mempunya hobi membaca beliau juga suka mengisi masa lapang dengan menonton wayang.

Jika sudah tidak aktif lagi dalam arena gimnas beliau bercita-cita mahu meneruskan kerjaya nya sebagai seorang jurulatih gimnas atau mahu menjadi seorang pengacara televisyen.

Beliau juga menjadikan Dato Nicol Ann David dan Pandelela Rinong sebagai idolanya.

Semoga Farah terus mengharumkan nama Negara di persada dunia dan terus cantik secantik cantiknya.

Baca yang lain