Kenali Giovanni Ferrera: Billionaire Pemilik Nutella, Ferrero Rocher, Famous Amos, Dan Banyak Lagi

Nutella merupakan salah satu produk yang ramai peminat setia. Namun tahu tak korang bahawa Nutella merupakan produk yang dihasilkan oleh billionaire yang menghasilkan Ferrero Rocher?

Giovanni Ferrero billionaire manisan

Kenali Giovanni Ferrero, perwaris syarikat manisan dari Itali. Ayahnya, Michele Ferrero telah menghasilkan Nutella pada 1964. Popularitinya yang sangat tinggi di Itali membuatkannya dengan cepat menembusi pasaran global.

Selain daripada Nutella dan Ferrero Rocher, mereka juga menghasilkan beberapa jenama lagi yang popular termasuk Tic Tac mints, Kinder, dan Butterfinger.

Walaupun hanya syarikat coklat yang kaya raya dengan multibillion, namun semua produk mereka adalah mampu milik dan harga sangat murah berbanding dengan produk lain daripaa pesaing mereka.

Ini kerana Ferrero Group mahu kekal menjadi syarikat yang merendah diri dan dekat dengan para peminat coklat dan manisan.

Mereka kini merupakan salah sebuah syarikat konfeksionari yang terbesar di dunia.

Ini ialah Giovanni Ferrero. Anak bongsu kepada Michel Ferrero. Dan beliau kini menjadi CEO kepada Ferrero Group.

Giovanni lahir di Itali pada 1964. Ketika zaman sekolah, beliau bersekolah di sekolah pendidikan Eropah, kemudian sekolah asrama Belgium.

Ferrero kemudian melanjutkan pelajarannya di Lebanon Valley College di Annville, Pennsylvania.

Selepas graduasi, Giovanni menyertai ayah dan abangnya terlibat dalam perniagaan. Jawatan pertama beliau adalah bekerja dengan Tic Tac yang berpangkalan di Belgium.

Ferrero Group ditubuhkan oleh datunya, Pietro Ferrero, yang membuka kedai coklat di Alba, Itali pada 1946.

Produk awal mereka ketika itu berasaskan Supercrema, hazelnut. Ketika perang dunia, sangat sukar untuk mendapatkan coklat. Mereka kemudian mengasaskan Nutella.

Selepas 70 tahun penubuhannya mereka menjadi syarikat coklat kedua terbesar di dunia dengan nilai $11.9 billion pada 2018.

Ferrero Group menghasilkan produk seperti Tic Tac mints; Kinder chocolates; Baby Ruth, Butterfinger, dan Crunch candy bars; and Keebler, Famous Amos, serta Little Brownie Bakers cookies; yang menjadi produk tambahan selepas Nutella dan Ferrero Rocher.

Giovanni dan abangnya Pietro kemudian menjadi CEO syarikat milik keluarga mereka pada 1997.

Pietro banyak menguruskan soal bisnes, pembangunan produk. Sementara Giovanni banyak di bahagian kreatif.

Namun pembahagian tugas itu berakhir apabila Pietro meninggal dunia kerana serangan jantung pada 2011 selepas terlibat kemalangan basikal di Afrika Selatan.

Jadi pemilik tunggal

Giovanni kemudian dilantik menjadi CEO dan ayahnya kekal menjadi Pengurus Eksekutif.

Pada 2015, Giovani menggantikan tempat ayahnya yang meningal dunia. Dan beliau menjadi pemilik tunggal.

Pada 2017, beliau melantik Lapo Civiletti untuk menjadi CEO.

Giovanni adalah seorang yang lebih introvert berbanding dengan abang dan ayahnya.

Ramai para pekerja beliau menganggap Giovanni seorang yang biasa-biasa sahaja dari segi penampilan.

Tidak siapa yang tahu dia seorang billionaire jika tidak kenal beliau.

Selepas menjadi Pengerusi, Giovanni memecahkan tradisi Ferrero dengan membeli produk coklat lain untuk dijadikan jenama di bawah kumpulan mereka.

Giovanni hapuskan tradisi

Ferrero Grouo membeli  syarikat coklat terkemuka British, Thorntons dengan  nilai $170 juta pada 2015.

Tahun yang sama mereka membeli Nestle yang menghasilkan Butterfinger dan BabyRuth dengan nilai $2.8 billion pada 2018.

Pada 2019, Giovanni telah membeli Kellogg’s. Ini menjadikan jenama di bawah syarikat beliau semakin banyak.

Ramai juga yang tidak suka dengan langkah yang dilakukan Giovanni kerana ia seakan akan tidak mengekalkan tradisi Ferrero yang menghasilkan coklat sendiri dengan inovasi baharu.

Usaha beliau ini ternyata berjaya memberikan kekayaan tambahan kepada mereka. Beliau turut meningkatkan lagi harta kekayaannya sebanyak $9.63 billion pada 2019.

Giovanni Ferrero hari ini memiliki kekayaan sebanyak $23 billion dengan syarikat beliau bernilai $32 billion. Menjadikan beliau manusia ke-27 terkaya di dunia mengatasi Elon Musk dan Michael Dell.

Selain daripaa duitnya yang berkepuk, Ferrero seorang penulis. Dan beiau suka menulis novel. Beliau sudah menghasilkan lapan novel setakat ini.

Sumber: Insider

Baca yang lain