Kenali Gowda: Lelaki Dari India Yang Pecahkan Rekod Usain Bolt Dengan Kerbaunya

Kementerian Sukan India mengumumkan pada hari Sabtu mereka akan mengadakan satu sesi ujian melibatkan petani dengan kerbaunya untuk cuba memecahkan rekod Usain Bolt.

Di atas trek yang berlumpur, Srinivas Gowda berlari 142.50 meter dalam 13.62 saat pada 31 Jan.

Itu merupakan catatan rekod bagaru dalam perlumbaan kerbau tradisional yang dikenali sebagai Kambala yang diadakan setiap tahun di selatan negara bahagian Karnataka itu.

Petani berusia 28 tahun itu telah menjadi sensasi selepas ramai yang memujinya di media sosial dan membandingkannya dengan pelari legenda dari Jamaica, Usain Bolt.

Bolt merupakan manusia terpantas di dunia kerana rekod yang dicatatkannya dalam acara 100 meter – 9.58 saat.

Pengulas sukan di India mulai membandingkan Gowda dengan rekod bintang Jamaica.

Lantas pengulas tersebut menganggap bahawa petani itu telah berlari dalam jarak 100 meter dengan catatan 9.55 saat, iaitu 0.03 saat lebih cepat daripada rekod Usain Bolt.

Bolt melakukan rekod dunia 9.58 saat itu ketika kejohanan dunia WAC, di Berlin pada 16 Ogos 2009.

Menteri Sukan India, Kiren Rijiju berkata pihak berkuasa telah memanggil Gowda ke ibukota New Delhi untuk ujian di bawah jurulatih terbaik negara.

“Pegawai dari Lembaga Sukan India (SAI) telah menghubungi beliau. Tiket keretapinya sudah ditempah dan dia akan sampai ke pusat SAI pada hari Isnin. ”

“Saya akan memastikan jurulatih kebangsaan terbaik untuk menjalankan ujian [trial] ke atasnya dengan betul, “tulis Rijiju di Twitter.

Ramai pengguna bagaimanapun agak ragu terhadap prestasinya, memandangkan piawaian Olimpik yang tinggi dan bantuan yang diterima daripada kerbau.

Sedangkan Gowda ditarik oleh kerbau dan beliau berpatu pada tali. Di Olimpik semua itu tak ada.

Seterusnya trek di Olimpik adalah berbeza. Ianya keras dan bukannya berlumpur.

Malah Gowda sendiri mengakui dia hanya mengikut kerbau tersebut.

“Saya tidak fikir saya boleh berlari sepantas ini. Kerbau itu yang cepat dan saya mengikutinya, “kata Gowda kepada wartawan.

Gowda memang popular di kalangan masyarakat sekitar, kerana kehebatannya dalam larian kambala itu.

Ada juga peminat yang menerima hakikat bahawa Gowda tak akan mampu memecahkan rekod Bolt di trek olimpik.

Kerana bagi mereka, Gowda ada lapangan dan trek beliau sendiri.

Sama juga dengan Usain Bolt yang tidak akan sesekali pernah mengalahkan Gowda di lapangan dan trek kambala.

Lalu mereka mengucapkan selamat maju jaya kepada Gowda, semoga berjaya di dalam trial beliau.

Sukan ini pernah dilarang secara singkat berikutan petisyen oleh kumpulan hak asasi manusia yang menolaknya sebagai kejam, tetapi perlumbaan kembali pada 2017 di bawah perintah kerajaan – kerana ia sukan tradisional.

Lagipun kerajaan India tidak melihat ada unsur-unsur kekejaman ke atas haiwan di dalam sukan tersebut.

Ianya hanyalah sukan yang menghubungkan komunikasi di antara manusia dan juga haiwan.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.