Masih ingatkah anda dengan Kazuki Ito? Mungkin ramai akan rasa geram mendengar nama ini. Ia seperti sejarah penderaan secara mental pun ada.
Atau mungkin anda pernah rasa mahu sahaja pecahkan skrin komputer kerana geram dengan pengadilan Kazuki Ito yang tidak memuaskan hati anda.
Mana tidaknya, bentesan pertama pada minit ke-3 pun terus dilayangkan kad merah.
Kazuki Ito adalah watak di dalam permainan video PES 6 ataupun Winning Eleven 10.
Pengadilan beliau adalah yang paling ketat (strict) atau yang paling teruk dalam PES 6 dan mana-mana siri Pro Evolution Soccer.
Bagi penggemar rantaian francais permainan Pro Evolution Soccer, ramai yang memilih Kazuki Ito sebagai pengadil yang paling tidak digemari oleh mereka.
Secara tidak langsung populariti nama Kazuki Ito telah menjadi seperti Piereluigi Collina di dunia sebenar.
Ramai gamers Pro Evolution Soccer lebih mengenali Kazuki Ito berbanding dengan mana-mana pengadil lain.
Kazuki Ito si gila kad merah
Ia mungkin kerana masing-masing ada sejarah hitam dan dendam dengan Kazuki Ito. Diberikan kad merah walaupun foul itu dianggap tidak cukup keras untuk kad merah.
KONAMI pernah menjawab pertanyaan daripada peminat mereka, berkenaan isu kenapa Kazuki Ito, pengadil ‘pailang’ dan poyo sangat di dalam padang?
KONAMI menjelaskan, dalam permainan PES 6, Kazuki Ito adalah pengadil yang memiliki strictness 3 bintang.
Ini bermakna Kazuki Ito antara pengadil yang paling tegas di dalam permainan PES 6 pada satu ketika dahulu.
KONAMI kemudian menjelaskan bahawa mereka membahagikan pengadil-pengadil PES 6 kepada 2 aspek utama.
1. Tahap ketegasan dalam foul- semakin tinggi, semakin tegas dalam foul yang dilakukan. Semakin kurang semakin tinggi tolenransi di dalam padang
2. Tahap ketegasan dalam pemberian kad – semkin tinggi semakin mudah untuk memberikan kad disiplin termasuk kad merah terus.
Daripada jadual di atas, pengadil seperti Jonhn Trueva juga kerap membuatkan anda pening kerana terlalu suka meniup wisel tetapi agak sukar memberikan kad.
Walaupun ada bentesan keras dari belakang, Trueva hanya memberikan amaran.
Kazuki Ito jelas pengadil yang tidak gemarkan insiden dan terlalu tegas dalam kad disiplin. Beliau akan berlari dengan rambutnya yang skema itu dan terus memberikan kad.
Kad kuning tu kira bernasib baik la tu. Foul ringan.
Yang menariknya, selain Ito, ada seorang lagi pengadil yang memiliki kadar bintang yang sama iaitu Carl Hewitt tetapi kenapa Kazuki Ito tetap yang paling melampau?
Namun ada juga masanya pemain PES 6 akan memilih Kazuki Ito sebagai pengadil ketika menentang rakan-rakan yang kaki bentes atau yang bermain keras.
Anda ada pengalaman dengan Kazuki Ito untuk dikongsi?
Mesti ada kan? Ada tak yang pernah pecah controller sebab si pengadil Jepun ni?