Natalia Poklonskaya adalah bekas pegawai di Ukraine telah mendapat kemasyhuran di kalangan warganet berikutan pelantikannya sebagai ketua pendakwa Republik Crimea Autonomi yang baru diwujudkan pada bulan Mac 2014 oleh Rusia.
Menurut sebuah aman berita Turki National Turk, Poklonskaya sebelumnya pernah bertugas sebagai ketua pendakwa wilayah Crimean di Pejabat Peguam Negara Ukraine.
Pada 11 Mac 2014, Poklonskaya dilantik sebagai Pendakwaraya Agung Republik Otonomi Crimea semasa gerakan kemerdekaan di wilayah bekas Ukraine.
Kemudian pada hari itu, Natalia membuat penampilan pertama pada sidang media, di mana dia dilaporkan memanggil pegawai Ukraine “syaitan dari abu (devils from the ashes),” dan rakaman itu kemudian dimuat naik oleh Youtuber Andrey Russian pada hari berikutnya.
Pada 13 Mac 2014, klip yang sama telah dimuat semula ke saluran YouTube Jepun YouTubi News, [6] di mana ia menerima lebih dari 228,000 tontonan dan 120 komen dalam empat hari pertama.
Fandom
Pada 15 Mac, blog berita Jepun RocketNews24 melaporkan bahawa beberapa gambar Poklonskaya dan melaporkan bahawa sebuah fandom di sekitar pendakwa telah terbentuk di kalangan netizen Jepun.
Natalia Poklonskaya wanita dengan rambut perang yang memang menjadi simbol kecantikan rambut gadis gadis di Republic of Crimea.
Pada 16 Mac, seorang ahli Lowyat Forums – Mustadio – membuat bebenang mengenai Poklonskaya, menggelar Natalia sebagai “pendakwa seksi baru Putin.”
Pada hari berikutnya, laman komuniti Facebook yang bertajuk “Natalia Poklonskaya” dilancarkan, yang mengumpulkan foto-foto dan ilustrasi pendakwa Krimea itu.
Nyasha
Dalam 20 jam pertama, halaman tersebut memperoleh lebih daripada 1,400 sukaan. Pada 18 Mac, satu lagi bebenang mengenai Polonskaya dibuat 4chan.
Di alam internet yang berbahasa Rusia, Natalia sering dipanggil sebagai nyasha, kerana penampilannya yang comel dan kesamaan dengan bentuk nama Natalia yang kecil – Natasha yang memungkinkan untuk rima itu.
Ramai fandom beliau mulai menghasilkan meme dan anime.
Lalu banyak forum yang membincangkan tentang Natalia ataupun Nyasha selepas itu. Ini ditambah dengan namanya Natalia.
Ketika dalam satu wawancara oleh НТВ Channel pada 24 Mac 2014, wartawan bertanya kepada Natalia mengenai kemahsyurannya di internet dan adakah dia menerima panggilan Nyasha itu?
Beliau menjawab: “Saya adalah pendakwaraya di sini dan oleh itu tidak akan memikirkan soal nyashas-myashas! tu.”
Dipetik daripada Unansea: “Nyashka” – adalah perkataan yang berasal dari “nya” Jepun (nyaa). Ia adalah satu perkataan dari bunyi yang meniru meow kucing.
Nyaa adalah bunyi orang Jepun menggambarkan “meow.”
Terdapat satu lagi perkataan popular Jepun yang mula digunakan belia. “Kawaii” – pada asasnya adalah sinonim untuk “nyasha” yang boleh ditafsirkan sebagai kekasih atau cutie.
Namun Nyasha juga banyak digunakan dalam perbincangan yang tidak merujuk kepada Anime.
Selain daripada dipanggil dengan gelaran Nyasha, Natalia turut dianggap Waifu oleh peminat Anime.