Ketika sedang risau nak keluar rumah kerana wabak koronavirus ini, memang permainan video menjadi antara pilihan ramai untuk beriadah di rumah sahaja.
Antara permainan pilihan ramai adalah Football Manager. Ianya adalah permainan menjadi pengurus bola sepak di alam maya.
Salah seorang peminat tegar Football Manager ialah seorang persara 53 tahu iaitu Cait Glasson.
Beliau merupakan nenek kepada 5 orang cucu dan popular menerusi saluran YouTube – Old Lady Plays.
My YouTube channel, for all your FM needs…https://t.co/bDXBhdq91Z
— Old Lady Plays (@OldLadyPlays) December 9, 2019
Ramai yang terkejut dengan nenek ini kerana minatnya yang ke arah Football Manager.
“Orang ramai akan sentiasa terkejut apabila mendapat tahu saya adalah seorang YouTuber, terutama sekali generasi muda.”
Cinta kepada FM
Cait dahulunya merupakan penterjemah dari Kanada. Dan beliau sudah melalui 59 musim di alam FM.
Beliau menguruskan pasukan Athletic Bilbao. Bukan senang nak uruskan Athletic Bilbao ni.
“Mereka haruslah terdiri daripada pemain Basque sahaja. Polisi ini membuatkan anda terasa seperti bermain permainan ini dalam mode paling sukar.”
“Saya pula seorang yang suka cabaran, walaupun enam musim pertama saya tidak dapat mencapai apa apa.”
Nek Cait ni sebenarnya sudah mengumpul lebih 1,000 pengikut di YouTube dan berterusan memberikan konten berkualiti.
Beliau memuat baik konten sekitar 4 kali seminggu. Beliau terinspirasi daripada streamer dari komunitit FM iaitu Kevin Chapman yang juga dikenali lollujo.
“Saya ada laptop dengan webcam dan mic. Jadi di situlah segalanya bermula. Saya sangat teruk pada awalnya. Saya gemuruh di hadapan kamera.”
“Game saya pula mulai lag kerana laptop yang tidak begitu kuat [spesifkasi].”
“Namun saya berterusan memperbaiki diri dan subscribers saya pula masih kecil sahaja.”
Video pertama Cait adalah pada 2017 dan beliau gembira kerana videonya semakin mendapat sambutan.
Minggu lalu, redditor telah menularkan tentang channel beliau. Di situ hampir 9,00 pengikut baharu mengikuti saluran beliau.
“Luar biasa, apabila dalam masa beberapa jam sahaja sudah 1,000 subs.”
“Kawan kawan saya pula sebelum ini mahukan saya monetized benda tu. Saya tak terfikir sangat, dan kali ini nasib saya baik pula.”
“Dah tentu rakan rakan saya banyak membantu saya mempromosi dan membantu saya untuk mendapatkan pulangan dari segi wang untuk benda ni.”
“Saya disokong oleh mereka yang berada dalam komuniti mesra ini. Ianya pelik tetapi hebat.”
Cait mula bermain FM pada 1998. Ianya bermula dengan seorang rakan yang memberikannya free trial of Premier League Manager 98.
“Ketika itu saya terus terpikat. Ini peluang untuk saya untuk memilih pasukan sendiri, memilih pemain sendiri, menyusun skuad, pastikan mereka gembira dan kemudian nak menang.”
“Saya bermain beribu ribu jam untuk permainan ini. Menjadikan saya lebih baik dan saya masih sukakkanya seperti mana hari pertama saya bermula.”
“Ramai juga nasihatkan saya untuk fokus kepada prestasi penyampaian di YouTube termasuk grafik lebih baik dan editing yang lebih baik. Banyak benda nak kena improve.”
Sebagai rekod, beliau merupakan bekas pemain bola sepak, dan pernah menjadi jurulatih dan juga pengadil bola sepak.
Jiwanya kepada bola sepak sangat kuat.