Kenali Nicolas Jover, Pegawai ‘Set Pieces’ Yang Menjadikan Arsenal Pakar Bola Mati

Arsenal terus menunjukkan ancaman mereka menerusi bola mati musim ini. Sejak musim lalu lagi Arsenal menjadi pasukan yang sangat bahaya daripada situasi bola mati.

Bola mati ni merujuk kepada sepakan penjuru, sepakan percuma, lontaran ke dalam dan sebagainya.

Kenapa Arsenal begitu bahaya?

Kredit harus diberikan kepada Mikel Arteta sendiri. Kerana dia menyedari bahawa aspek set piece harus dipandang lebih serius.

Lalu dia melantik Nicolas Jover sebagai jurulatih bola mati pasukan Arsenal.

Dalam aksi menentang Newcastle, Arsenal mencatatkan gol ke-11 mereka menerusi sepakan penjuru musim ini. Menjadikan mereka pasukan yang paling bahaya daripada situasi bola mati.

Pada musim 2020/21, Arsenal cuma menjaringkan 5 gol daripada set pieces. Ianya ketiga paling rendah di kalangan pasukan EPL musim itu.

Angka itu mencanak menjadi 16 dan 15 dalam 2 musim berikutnya, masing masing. Semuanya berlaku selepas kelab melantik Nicolas Jover.

Perlantikan yang awalnya dianggap pelik. Namun ternyata ianya memberikan impak luar biasa. Menjadikan Arsenal pencabar kejuaraan liga musim lalu dan musim ini.

Jover sebelum ini bertugas di Montpelier, Croatia dan Brentford. Dan kedua duanya berkenalan ketika masing masing menjadi pembantu Pep Guardiola di Man City.

Arteta memujuk Jover untuk menyertainya di Arsenal. Dia meyakinkan Jover untuk menyertai projeknya di Arsenal.

Bercakap kepada TNT Sports pada ketika itu, Arteta menjelaskan kepentingan Jover kepada taktikal Arsenal.

“Sejak dari dulu saya rasa bola mati sangat penting, terutama sekali ketika saya di Manchester City. Saya percaya bahawa kami perlukan seseorang yang pakar dalam bidang itu.

“Dan saya memberikan cadangan untuk merekrut Nico. Saya berjumpa dengan dia dan kami mulai berbincang bagaimana kami boleh mengaplikasikan bola mati kepada permainan terbuka, ianya harus berhubung kerana ianya bukan 2 perkara yang harus dipisahkan.

“Semuanya berhubung dalam permainan dan bagaimana kami mahu memaksimumkan impaknya.

“Saya dah lama kenal Nico sebelu  ini. Dan saya meminta dia untuk datang dan menyertai projek kami. Dan dia setuju, dia telah memberikan impak yang benar benar berkesan ke dalam pasukan kami.

“Segalanya bergerak, dan beradaptasi. Lawan kami sangat bijak. Mereka melihat segalanya.

“Ada hari mereka bertahan dengan cara lain dan hari lain, mereka bertahan dengan cara lain, mereka menyesuaikan diri, jadi kamu pun harus berdaptasi.”

 

 

Baca yang lain