Nama Rui Pinto mungkin sudah dikenali ramai peminat bola sepak. Namun untuk yang tak tahu, ini nak bagitau.
Rui Pinto merupakan hacker yang bekerja untuk Football Leaks / Der Spiegel yang juga merupakan laman whistleblower / pembongkar rahsia dalam bola sepak – ala wikileaks.
Beberapa bulan lalu, beberapa ultras dari seluruh dunia sudah menyatakan sokongan kepada Rui Pinto yang ketika itu ditahan polis.
Mereka meminta agar Rui Pinto dibebaskan. Kerana Pinto telah mendedahkan korupsi dalam dunia bola sepak termasuk Gianni Infantino yang kini merupakan Presiden FIFA.
Antara pendedahan yang beliau buat adalah berkaitan dengan PSG dan Manchester City.
Beliau telah menggodam sistem pengkalan data Man City dan mendedahkan banyak email dan dokumen yang berkaitan dengan salah laku melanggar Financial Fair Play.
Pinto melakukan kerja beliau dari rumahnya di Portugal.
Dan kemudian telah menyebarkan dokumen tersebut kepada media-media besar di dunia termasuk beberapa tokoh dalam pengurusan bola sepak. Antaranya Jose Mourinho.
Jose Mourinho pleads for help from FFP to catch rivals Manchester City if United are to win the league again
By @mjcritchley https://t.co/BbSB6sYSxD pic.twitter.com/FJQbMnHtQP
— Indy Football (@IndyFootball) December 8, 2018
Namun Mourinho ketika itu tidak dapat mendedahkan lebih lanjut, cuma memberikan bayangan: “Saya sudah tahu beberapa tahun lalu. Lihat sahaja cara mereka berbelanja.”
Ye la, Mourinho kan sesama Portugis.
Jose Mourinho suggests City should've been docked points over failure to comply with FFP http://t.co/NOasDn5msU #mcfc pic.twitter.com/0Tr6kZpGg6
— Manchester City News (@ManCityMEN) February 6, 2015
Pinto memulakan kerjanya pada 2015. Dan beliau kemudian mengedarkan dokumen itu pada November 2018.
Man City menuduh Pinto sebagai pencuri dan mencabar UEFA – adakah UEFA sanggup menggunakan dokumen yang digodam untuk dijadikan bahan bukti? Kerana ia menurut Man City tidak beretika.
Akibat daripada dokumen yang disebarkan oleh Pinto itu, UEFA mendapat desakan daripada ramai pihak untuk membuka semula siasatan.
Dan akhirnya, Manchester City tersabit dengan kesalahan. Namun malangnya Pinto kini berada di penjara berhadapan dengan pelbagai kesalahan jenayah siber.
Walaupun dijulang sebagai wira oleh ramai pihak – kecuali mereka yang terkena – Pinto kini telah berada di penjara – berhadapan dengan 90 pertuduhan termasuk, hacking, sabotaj dan fraud.
Pinto telah mengakses kepada 70 juta dokumen bersaiz 3.4 TB melibatkan pelbagai kelab.|
Rayuan Pinto pada Khamis lalu ditolak, dan beliau sudah dipenjara sejak Mac. Beliau kini menuggu keputusan mahkamah rayuan di Lisbon.
Rui Pinto a hero in all of this. #FreePinto #TaintedTitles #TaintedCenturions #taintedclub @ManCity – Football Leaks hacker Rui Pinto STILL in prison after exposing City https://t.co/sVQg8Fkdav
— Red (@TaintlessRed) February 15, 2020
Berita tentang hukuman ke atas Man City telah membuatkan semakin ramai yang berkempen Free Pinto di media sosial.
Penyokong Borussia Dortmund telah menaikkan banner meminta pihak berkuasa untuk menggugurkan kes Pinto. Kenapa dia perlu didakwa jika dokumen yang dia edarkan itu ternyata menunjukkan salah laku pihak berkaitan?
Pinto sebenarnya sudah tahu akibatnya. Beliau berkata kepada wartawan di Jerman: “Saya sudah tahu apa yang akan berlaku. Saya tahu kerajaan Portugal akan menghukum whistlebolwers. Jadi saya harus bersedia.”
“Kerajaan Portugal takut dengan apa yang saya tahu. Inilah sebabnya saya perlu kekal fokus.”
“Pada awalnya, saya menulis nota berkaitan kes ini di buku nota saya. Namun ianya telah dirampas.”
“Peguam saya telah telah mencarinya di seluruh kawasan lokap saya dan beliau berkata, ianya salah untuk mereka mengambil nota itu daripada saya.”
“Bukan warden penjara yang mengambilnya, tetapi pendakwaraya Portugal. Mereka buat apa sahaja mereka mahu. Sebulan masa yang mereka ambil untuk mengembalikannya kepada saya.”
Korang boleh baca kisah Man City vs FFP di sini:
Dan untuk rujukan tentang asas FFP ada di sini: