Kenali Shairan Huzani Husain: Anak Kampung Nelayan Yang Menjadi Bos Hiliran Shell Malaysia

Shairan Huzani Husain mulai menjadi perhatian ramai pihak. Ini selepas beliau menemui seorang budak yang memakai baju Shell untuk menerima keputusan SPM

Ianya bermula dengan satu gurauan di Twitter. Di mana, sekiranya tweet dia dapat lebih 6,000 retweet dia akan mengambil keputusan SPM dengan baju Shell.

Dan permintaannya ditunaikan oleh warga Twitter. Dan remaja itu pun menunaikan janjinya pula.

Lalu dia meletakkan kapsyen video: ‘Saya nak claim biasiswa Shell’

Video itu tular teruk. Dan menjadi perhatian bos besar Shell iaitu Shairan Huzani Husain.

Shairan Huzani Husain kemudian berjumpa dengan remaja tersebut yang bekerja di Shell,

Shairan popular dengan gelaran Pak Cik Shell telah memuat naik pertemuan mereka itu.

Kenali Shairan Huzani Husain

Shairan Huzani Husain merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd sejak September 2016.

Keduanya – duanya merupakan syarikat yang bertanggungjawab akan perniagaan hiliran (downstream) bagi produk Shell di Malaysia.

Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan. Dilahirkan di Pasir Puteh, oleh pasangan guru.

Namun ketika membesar, Shairan telah membesar bersama sama dengan datuknya – yang hanya seorang nelayan – di Kampung Kedai Buloh, sebuah perkampungan nelayan di Sungai Kelantan – berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan.

Shairan kemudian tinggal bersama ibubapanya dan memulakan persekolahan beliau di SK Tengku Indera Petra di Kota Bahru.

Selepas itu beliau diterima masuk ke MRSM Pengkalan Chepa. Kecemerlangan akademik beliau membolehkan Shairan melanjutkan pengajian di Grantham College di UK untuk peringkat A-Level.

Disusuli dengan pengajian di Leeds University dalam jurusan Ekonomi. Shairan mendedahkan, ketika di UK, beliau perlu bekerja sambilan untuk mencari duit poket.

Buat part time

Beliau bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran di sana. Shairan bersyukur kerana dapat pekerjaan tersebut.

Bercakap kepada Careta, Shairan berkata” “Bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran di UK mengajar saya erti kemanusiaan dan kehidupan.”

Beliau kemudian menyimpan wang dan menjelajah Eropah menggunakan keretapi.

“Banyak yang saya lihat dan pelajari dari pengembaraan saya itu,” tambah beliau lagi.

Beliau mendapat biasiswa daripada Shell. Pada tahun 1990, Shairan berjaya menamatkan pendidikan beliau di Leeds.

Beliau tidak terus pulang ke Malaysia. Sebaliknya bekerja dahulu dengan sebuah firma antarabangsa iaitu KPMG di Leeds.

“Sebenarnya, saya bekerja di siang hari dan di sebelah malam, saya tekun belajar untuk mengambil peperiksaan profesional dari Insitutte of Chartered of Accountant of England and Wales.”

Shairan lulus peperiksaan itu dan terus bekerja. Perubahan datang mendadak kepada Shairan dalam tahun 1993.

“Satu hari di dalam tahun 1993, seperti biasa, saya akan terbangun dari tidur tetapi pada hari itu, terus terdetik di hati saya yang England ini terlalu sejuk cuacanya dan saya tiba-tiba terlalu rindukan kampung halaman.”

“Hari itu, saya bertekad untuk berhenti kerja dan balik ke Malaysia.”

Shairan meletak jawatan di England dan kembali semula ke Malaysia. Dan memang sudah lama dia nak balik ke tanah airnya.

Shairan memohon apa sahaja jawatan di Shell Malaysia. Dan beliau diterima masuk di Shell Chemical, yang menghasilkan produk ubat nyamuk Shelltox pada satu ketika dahulu.

“Alhamdulillah, saya terus mendapat pekerjaan dan seperti di UK, saya terus bekerja keras.”

Bekerja dengan Shell telah memberikan beliau pengalaman baharu. Dan beliau ditukarkan ke bahagaian Corporate Finance, Forex Trading, bahagian upstream di Miri.

Namun, akhirnya beliau bertemu juga dengan sesuatu yang menarik perhatiannya iaitu peruncitan.

Beliau menjaga beberapa stesen minyak Shell. Dan yang pertama adalah Shell di Glenmarie.

“Saya pernah mencuci tandas di stesen tersebut pun,” cerita Shairan sambil ketawa.

Kemudian, Royal Dutch Shell, syarikat induk untuk Shell menawarkannya kerja di India.

Kejayaan di India

“Saya ingat lagi bagaimana saya memujuk isteri dan keluarga untuk mengikut saya ke India. Apa yang saya lakukan ialah saya tunjukan beliau gambar-gambar poskad yang menarik akan negara tersebut.”

“Sampai di lapangan terbang Bangalore, isterinya berkata gambar di dalam poskad tersebut langsung tidak sama dengan keadaan sebenar!” Shairan ketawa mengenangkan peristiwa tersebut.

“Pejabat pertama Royal Dutch Shell di India ialah sebuah bilik kecil di hotel Taj West End. Saya membeli empat kerusi, satu mesin faks dan meja yang saya pinjam dari hotel.”

“Dan itulah permulaan Shell di India. Sehingga kini, nama di dalam lesen perniagaan Shell di India masih mempunyai nama saya.”

Selepas empat tahun berkarier di India, beliau pulang semula ke Malaysia. Sepanjang di India, beliau membantu membuka 30 stesen minyak Shell di sana.

“Bukan mudah untuk membuka syarikat minyak asing di India kerana negara itu mempunyai empat syarikat minyak nasional.”

Kejayaan beliau membuatkan Shell kagum.

“Dari pengalaman saya, ramai yang pernah mendengar mengenai Malaysia tetapi mereka tidak tahu apa itu Malaysia dan siapa itu warga Malaysia.”

Duta kecil Malaysia

“Saya sudah menjadi seperti Duta kepada negara kerana saya akan terangkan apa itu Malaysia dan bagaimana negara kita ini kepada mereka,” kata Shairan lagi.

“Alhamdulillah, saya berbangga dengan Malaysia dan kerana itu, mereka menghormati saya sebagai seorang Muslim dan seorang rakyat Malaysia. ”

“Tidak pernah saya ditegur kerana meminta masa rehat sebentar untuk melakukan solat. Malah, semangat kerja di Shell ialah menghormati agama dan adat di mana ia bertapak.”

“Itulah Shell. Walaupun ia mementingkan teknologi dan kualiti di dalam produknya, ia masih memastikan budaya tempatan tidak diganggu dan perlu dihormati.”

“Anda pasti biasa dengan cara pekerja Shell menegur anda dengan senyuman di bibir dan tangan di dada. Mereka bekerja untuk anda!”

“Dan sejak beberapa tahun lalu, Shell sudah mula menyediakan surau yang bersih dan selesa.”

“Shell juga memperkenalkan kedai Deli to Go di stesennya di mana makanan seperti kek dan pastri dimasak di situ setiap hari.”

“Ini Shell – keselamatan pastinya tanggungjawab nombor satu kami!”

Shairan sangat menghargaai pekerja pekerja Shell yang berada di stesen.

“Kami memanggil mereka sebagai site-heroes,” terang Shairan.

Beliau juga berkongsi cerita, suka bermesra bersama dengan staf staf Shell yang lain. Misalnya ketika bulan Ramadan, di mana beliau suka berbuka puasa dengan staf Shell.

“Kami berbuka dan solat bersama dan selepas itu kami bertegur sapa. Selepas bergaul dengan mereka, rasa hormat saya kepada mereka semakin meninggi.”

Beliau juga memberitahu bahawa Shell Malaysia sentiasa cuba untuk membantu para pekerjanya mengembangkan karier mereka.

“Pembinaan sahsiah oleh Shell Malaysia menjadi satu keutamaan kerana kami yakin setiap dari mereka mempunyai potensi untuk berjaya.”

“Kami sediakan ruang dan peluang untuk mereja jadi yang terbaik.”

Sumber: Careta

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan