Kenali Skil Cap Dagang Mbappe: Gol Di Near Post!

Kylian Mbappe ternyata memiliki satu kepakaran yang unik iaitu rembatan ke near post.

Rembatan ke near post biasanya lebih mudah diselamatkan penjaga gol berbanding ke far post. Oleh sebab itu penjaga gol yang terkena gol di near post biasanya akan dikritik.

Ini kerana ruang di near post lebih sempit dan sukar untuk disasarkan. Namun bukan untuk pemain istimewa bernama Kylian Mbappe.

Pemain antarabangsa Perancis itu membuktikan bahawa dia adalah pakar merembat ke near post. Biasanya Mbappe melakukan rembatan ketika penjaga gol dalam kedudukan tak bersedia.

Dia akan merembat mengejut ke near post. Ianya seperti satu naluri semulajadi oleh Mbappe. Dia seolah olah mengetahui penjaga gol dalam kedudukan ‘bad positioning’. Di mana mereka tidak berada pada kedudukan siap siaga yang sebenar menjangkakan Mbappe akan meneruskan gelecekan atau cuba mencari far post.

Ia memerlukan visi permainan yang tinggi oleh pemain untuk merembat masuk ke near post dan gol dalam kadar yang agak tinggi.

Saksikan di sini:

Kini gerakan itu dianggap gerakan cap dagang Mbappe. Seperti mana Robben dengan cap dagang cut inside, Quaresma dengan trivella, Abang Do dengan step over dan Messi dengan shoulder feint – itu antara contoh.

The Athletic sebelum ini melaporkan bahawa pemain itu memang berlatih rutin tersebut untuk menguasainya.

Mbappe dijangka akan menyertai Real Madrid musim hadapan. Pemain itu menjadi tunjang utama Perancis untuk kempen Euro yang akan datang.

Pada masa yang sama Mbappe sudah menyatakan minatnya untuk mewakili Perancis dalam Sukan Olimpik yang akan dianjurkan di negaranya.

Tarikh penganjuran Euro dan Sukan Olimpik yang sangat dekat mungkin akan membuatkan Mbappe tidak digalakkan menyertai sukan itu oleh kelab baharunya. Dengan FFF menjangkakan pemain itu akan menyertai Real Madrid dan berharap Madrid akan melepaskan Mbappe untuk ke Sukan Olimpik.

Hal ini kerana Real Madrid ada polisi tidak menggalakkan pemain pasukan utama mereka menyertai temasya seperti Sukan Olimpik.

Presiden FFF berkata, dia akan berjumpa sendiri dengan Florentino Perez jika perlu bagi memastikan Mbappe mewakili negara mereka di sukan Olimpik.

“Memiliki pemain terbaik dunia beraksi di Sukan Olimpik, di hadapan penyokong sendiri, adalah satu kelebihan yang sangat besar,” tegas presiden FFF.

Mbappe ketika ini dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia. Dan dijangka akan bersaing dengan Erling Haaland pada era baharu pasca Ronaldo – Messi untuk perebutan Ballon d’Or dan FIFA Best.

Baca yang lain