Kenali Wor Barang ‘Copy Ori’ China Di Putian, Jana Sehingga RM414K Sebulan

Kevin sedang membelek belek kasut Yeezys edisi ultra hip direka oleh rappers Kanye West. Bezanya, Kevin mendapatkannya dari pasaran gelap ataupun pasaran lanun.

Yeezy merupakan kasut yang sangat mahal dan edisi terhad. Sangat sukar untuk mana mana pemuda di dunia ini memilikinya kerana ianya edisi terhad. Tetapi lebih sukar apabila kasut itu dijual semula/resell sehingga $1,500, hampir lapan kali ganda harga asal.

Kevin memberitahu SCMP: “Kalau boleh saya nak pergi ke kedai untuk membeli Yeezys yang bukan fake.”

Kevin adalah bukan nama sebenar, kerana ianya boleh membuatkannya kantoi dan merosakkan hubungannya dengan peniaga fake. Walaupun Kevin menyatakan kalau boleh memang nak beli ori.

Namun oleh kerana produk macam Yeezy yang edisi terhad, jadi mustahil melakukannya. Caranya sekarang adalah menjelajah di sekitar forum internet dan melihat beberapa jenis gambar termasuk gambar barangan fake yang sudah siap.

Dengan dunia teknologi maklumat pada hari ini, pembuat barangan fake tidak perlu membeli barangan ori pun untuk meniru detailnya.

Buat perbandingan versi bootleg (copy yang tak tepat), dan mencari banyak lagi informasi untuk menghasilkan barangan copy yang mirip dengan asli.

Kevin berkata: “Kenapa nak bayar $1,000 untuk Yeezy kalau korang boleh bayar $120 untuk kasut yang sama rupanya?”

Ini adalah isu berkaitan dengan meniru dan ‘merembat’ jenama dan pemegang hak cipta di seluruh dunia.

Peningkatan Yeezy palsu berkualiti tinggi / gred A bagi kalangan pembeli barangan fake, mungkin mewakili sebahagian kecil dari industri barang tiruan bernilai $460 bilion setahun.

Tetapi mereka memberikan gambaran mengenai bagaimana pemalsuan yang meluas dalam era digital – semuanya menggembirakan para pengumpul yang begitu setia kepada jenama kasut – sehingga mereka sanggup merosakkan jenama syarikat yang membuatnya.

Sambutan luar biasa oleh pembeli

Dalam dunia fake ini, ada dua jenis. Pembeli yang discam, tak tahu barangan dia beli fake. Dan pembeli yang memang tahu dan mencari barangan fake.

Kategori kedua ini sangat ramai dan semakin meningkat. Ini kerana keyakinan mereka tersendiri ke atas rekaan barangan fake. Kadangkala, barangan tiruan ini sangat bagus hasilnya, dan memerlukan pakar untuk menentukan sama ada ianya asli ataupun tiruan.

Oleh sebab itu ada pelanggan yang tidak bising langsung membayar lebih $100  untuk sepasang Yeezy tiruan.

Bagi yang kena scam barangan fake itu biasanya mereka yang marah kerana membayar harga sama ataupun hampir sama, dengan harapan mendapat barangan ori. Kevin tidak kisah tentang golongan ini.

Kevin bukan scammer, dia cuma mencari kasut murah. Ada pembeli tidak kisah dengan kualiti kerana mereka nak menjadikannya koleksi.

‘Tiada siapa yang malu pakai barangan tiruan sekarang’

Kevin menyatakan, sangat mudah mencari pembeli sekarang ini dengan adanya internet. Tidak perlu berisiko lagi membuka kedai ataupun menjual di tepi jalanan.

“Semasa saya berada di tengah kota, saya suka memerhatikan apa yang ada di kaki mereka dan saya tidak pernah melihat begitu banyak kasut palsu dalam hidup saya,” kata pereka kasut Jeff Staple, yang telah berkolaborasi dengan jenama seperti Puma, New Balance dan Nike.

“Tidak ada rasa malu dalam permainan ini lagi,” tambah beliau.

Beliau kini mulai tak pasti, sama ada usaha Nike bekerjasama dengan Michael Jordan – menghasilkan Air Jordan – 30 tahun lalu memberikan kesan yang lebih besar kepada budaya popular atau menjadi inspirasi kepada lebih banyak barang palsu.

Yeezy telah membuatkan Adidas mulai menjadi lebih bergaya daripada Nike.

Pakar sneaker, Riley Jones berkata: “Ianya adalah teratas; sneakers berkualiti tinggi. Banyak yang Adidas lakukan, daripada ratio yang perlahan kepada satu stail yang membuatkan orang di luar sana menunggu dan dahagakan rekaan mereka.”

Namun harganya yang mahal dan ditambah dengan lonjakan satu lagi harga daripada pasaran resell membuatkan jenama itu agak asing di kalangan komuniti sneaker yang tak sanggup membayar kasut Adidas pada harga Gucci.

Peranan internet

Jadi alternatifnya adalah dengan mencari replika tiruan. Salah satu laman popular untuk membincangkan barangan fake ini adalah di forum reddit Repsnekers. Di mana para pemilik dan penjual barangan fake dari seluruh dunia menunjukkan hasil ‘tangkapan’ mereka di pasaran gelap – siapa memiliki barangan fake yang sangat hampir dan mirip dengan yang asli.

Dengan adanya komuniti seperti ini membuatkan semakin ramai selesa dan tak malu memiliki barangan tiruan. Pada masa yang sama ia membuatkan penghasil barangan tiruan ini menghasilkan barangan lebih baik daripada pesaing mereka yang lain.

Berdasarkan laporan SCMP, China adalah sumber terbesar barangan fake sehingga mencecah 85% daripada barangan fake untuk produk berjenama di dunia ini.

Para peniaga barangan ini berhubung dengan pembeli menerusi Skype, WhatsApp atau WeChat. Transaksi adalah menggunakan PayPal atau Western Union. Para pembeli akan memberikan reviu dan ini amat penting bagi mereka melihat aspek apa harus mereka perbaiki.

Di bawah ini ada dua gambar. Di mana gambar atas adalah ori dan bawah adalah fake. Gambar ini adalah dariapda Repsneakers. Di mana seorang pembeli barangan fake menggariskan ada benda tak kena pada detail kasut tiruan itu di mana garisannya tidak mencecah sempadan.

Reviu seperti ini diambil berat oleh pembuat barangan tiruan untuk memperbaiki keluaran mereka.

Kevin asalnya bukan penggemar barangan tiruan. Namun dia hampa apabila kasut Adidas Y-3 impiannya melonjak sehingga US$400. Itu yang membuatkannya mulai mencari replika.

Kevin sangat kagum kerana ternyata kasut yang dia beli memiliki kualiti material yang hampir sama dengan yang asal. Kevin akhirnya terjumpa Repsneakers dan mendapati ramai mereka yang mendapatkan kasut tiruan dengan kualiti yang mereka puas hati.

Perniagaan itu mulai menjadi perniagaan antarabangsa.

“Membeli kasut tiruan dari luar negara memang scam. Tapi ianya berjalan lancar tanpa kena scam.”

Kevin juga menegaskan, terlalu sukar untuk menangkap pembeli barangan tiruan. Kerana mereka boleh menyatakan mereka kena tipu dan tak tahu itu adalah tiruan.

“Di dunia ini, membeli barangan tiruan bukan satu kesalahan, tetapi menjualnya adalah kesalahan.”

Platform e dagang juga lubuk barangan fake

Pada hari ini, lama e dagang seperti Alibaba, Taobao, AliExpress, DHgate, Pinduoduo, malah Amazon sendiri, menjadi lubuk tempat menjual barangan tiruan.

Sebelum ini Jack Ma berdepan dengan saman jutaan dollar kerana menjadi tempat menjual barangan fake.

Sudah banyak langkah diambil oleh laman e dagang ini untuk membanteras penjualan barangan fake ini, namun ianya sukar dilakukan.

Putian merupakan salah satu kawasan yang paling popular di China kerana perniagaan brangan tiruan. Pada malam hari, pasar malamnya menjadi sangat hidup dengan banyak produk berjenama dipamerkan untuk jualan, dan kesemuanya adalah tiruan.

Seorang pembeli kasut Yeezy versi Putian dari Singapura menyatakan dia sangat puas hati dengan hasil kerja mereka yang meniru kasut itu. Dan satu ketika merasakan dia patut membayar penjual itu harga lebih tinggi.

Kota Tiruan Putian

Putian digelar “Kota Tiruan” ataupu “City of Fakes”.

Paling menarik, penghasil barangan tiruan di Putian seringkali mendapat rekaan tertiris lebih awal sebelum produk dilancarkan dan dipamerkan secara rasmi.

Jadi, ada kemungkinan besar, peranan orang dalam itu sendiri membuatkan perkara ini berlaku.

Mereka di Putian tidak risau dengan polis. Tetapi lebih risau dengan rungutan pembeli ke atas kualiti barangan mereka.

Pada Ogos 2018, pendakwaraya di New York mendakwa 5 individu yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup masuk lebih 300,000 unit Air Jordan tiruan dari China. Ianya membuatkan Nike kerugian $73 juta.

VICE bertemu dengan King barangan tiruan

VICE melaporkan ada pembuat barangan yang menghasilkan tiruan kelas A menjana purata $100,000 sebulan ataupun sekitar RM414 ribu sebulan.

Menerusi dokumentari oleh VICE, pembuat barangan tiruan yang untuk berjuta ringgit setahun ini hanyalah beroperasi di rumah pangsa.

Lelaki yang dikenali dengan Encik Chan itu merupakan lulusan perubatan di Britain. Namun dia memilih untuk membukan perniagaan barangan palsu di Putian. Menjadikannya digelar Raja Fake (Fake King!)

Chan menyatakan dia terlibat dalam industri gelap itu kerana melihat peluang perniagaan dan dia ada kemahiran untuk menghasiljkan kasut.

Operasi perniagaannya sangat ringkas. Di situlah pejabatnya, di situ juga stor, dan di situ tempat menguruskan pengedaran kasut kasutnya.

Proses semua dilakukan dengan secepat dan dengan kos semurah yang mungkin.

Rumah pangsanya penuh dengan kasut palsu pelbagai jenama termasuk Nike, Adidas, Yee ZY, Air Jordan dan bermacam macam lagi.

Pada ketika itu Chan menyatakan antara kasut paling popular adalah KAWS X AIR JORDAN 4.

Chan menegaskan, pada hari ini masalah pembeli kasut adalah tidak mampu memiliki kasut mereka mahukan dengan mudah. Di mana apabila sampai ke tangan reseller, harga melambung. Misalnya kasut Balenciaga, dijual semula pada harga sehingga $1,200 berbanding harga asalnya $ 795.

Chan berkata dia menawarkan unit tiruan yang berkualiti dengan harga hanya $120.

Selain itu, Chan juga menyatakan ada beberapa kasut dijual lebih awal sebelum versi asli dijual di pasaran.

Dalam wawancara itu juga, disebutkan juga bahawa ada sepasang kasut baru dijual selama beberapa minggu lalu, tetapi versi palsu telahpun dijual lebih awal, jadi mengapa ia dibuat dengan cepat?

Chan mengatakan bahawa dia perlu memotong beberapa “kasut asli” untuk membiasakan diri dengan struktur dalaman sesuatu jenama.

Kasut yang ada pada mereka adalah versi berkualiti lebih tinggi,  dan dalam beberapa minggu sahaja mereka membuat tiga salinan berkualiti tinggi!

Pembuat barangan palsu tidak perlu bimbang tentang reka bentuk, dan kosnya rendah dan diserahkan kepada ejen untuk menjual sebahagian daripadanya.

Pembeli  “kasut” juga membeli dengan harga yang rendah. Nampaknya semua orang menjana wang dan mendapat barangan dengan gembira, jadi siapa yang menanggung kerugian itu ??

Jelas sekali yang menanggung kerugian adalah pengeluar palsu juga membantu promosi jenama, sedangkan mereka pula, penjual dan pembeli barangan fake dalam situasi menang menang.

Walaupun pasaran lanun cetak rompak, Chan tetap menerima rungutan berkenaan dengan kualiti. Reviu yang teruk akan membuatkan mereka terpaksa menurunkan harga kasut tersebut.

Jadi, tawar menawar sangat popular di kalangan penjual dan pembeli.

Sumber:

VICE

SCMP

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di