Kenapa Liverpool Buat 6 Pertukaran Lawan Soton? Ini Jawapannya

Ada satu persoalan menari ditanya, kenapa Liverpool membuat 6 pertukaran ketika menentang Southampton.

Sedangkan maksimum pertukaran itu adalah 5 sahaja yang dibenarkan.

Kenapa?

Ramai peminat mempersoalkan kenapa perkara itu boleh berlaku?

Sebenarnya, ianya berlaku kerana Southampton memutuskan untuk menggunakan pertukaran pemain kerana gegaran atau concussion.

Pemain yang mengalami pelanggaran melibatkan kepala akan diakses pakar perubatan tentang simptom tertentu. Dan pakar perubatan akan memberitahu pengadil.

Pertukaran pemain kerana kecederaan kepala

Apabila pasukan lawan mendapat kelebihan satu pertukaran kerana kecederaan kepala, maka pasukan lawan mereka juga akan diberikan kelebihan 1 pertukaran.

Dalam kes ini, Soton menggunakan pertukaran gegaran kepala ini kerana Bednarek mengalami kecederaan tersebut. Jadi pertukaran Liverpool yang seterusnya selepas pertukaran Bendarek ini dianggap pertukaran kerana concussion.

Hal ini pernah dibincangkan kerana, jika pasukan itu diberikan pertukaran tambahan kerana pemain mereka mengalami gegaran, bagaimana jika doktor pasukan memalsukan kecederaan itu semata mata mahu menanipulasi pertukaran tambahan.

Maka di sini, peraturan memberikan tambahan kuota pemain gantian kepada pasukan dilakukan pengadil.

Pegawai keempat perlawanan akan berkomunikasi dengan staf kejurulatihan mengesahkan bahawa pertukaran tambahan itu teraktif kerana ada pasukan menukar pemain kerana terpaksa, akibat masalah gegaran kepala.

Dan di EPL terdapat juga peraturan, di mana jika ada pemain lain yang mengalami gegaran kepala, jumlah pertukaran boleh menjadi 7 untuk setiap pasukan.

Apa yang pasti pertukaran kerana gegaran kepala adalah tidak sama dengan pertukaran normal. Boleh rujuk laman rasmi IFAB.

Baca juga: Gol Nunez Dan Dua Penalti Salah Jarakkan Liverpool 16 Mata Daripada Arsenal

Liverpool kini melebarkan jurang mata kepada 16 mata daripada Arsenal selepas menang 3-1 ke atas Southampton.

Namun  Arsenal masih ada 2 baki perlawanan dalam tangan berbanding Liverpool.

The Reds memerlukan kebangkitan pada separuh masa kedua selepas ketinggalan awal. Pemain Southampton, Will Smallbone memberikan tamparan hebat buat Liverpool dengan gol masa kecederaan sebelum rehat.

Ianya berpunca daripada kecelaruan Alisson dan pertahanan Liverpool yang  dimanfaatkan sepenuhnya oleh Smallbone.

Separuh masa pertama pelawat di hadapan dengan kedudukan 0-1.

Southampton jelas cuba mempertahankan gol pendahuluan mereka dengan sistem permainan blok rendah. Namun Liverpool tidak berputus asa mencari ikhtiar untuk menyamakan kedudukan.

Pada separuh masa kedua, Darwin Nunez menjadi racun dan madu untuk Liverpool. Dia hampir sahaja dibuang padang kerana kesalahan yang tidak sepatutnya dia lakukan..

Kemudian Nunez membantu Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-51 selepas menerima bola Luis Diaz.

Tidak lama selepas itu Nunez memenangi penalti untuk Liverpool. Dan Mo Salah menjaringkan gol pendahuluan Liverpool minit ke-54.

Luis Diaz sekali lagi memainkan peranannya dalam gol Liverpool. Pada lewat separuh masa kedua dia pula memenangi penalti kedua untuk Liverpool.

Mo Salah cipta rekod

Mo Salah menewaskan Aaron Ramsdale buat kali kedua daripada titik penalti untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Mo Salah menyamai rekod Henry dan Haaland dengan 44 sumbangan gol (gol+ assist) dalam semusim. Dan dia masih ada baki musim yang panjang untuk melanjutkan lagi rekod tersebut.

Bukan itu sahaja, sang Raja Mesir itu kini memintas Sergio Aguero sebagai penjaring kelima terbanyak EPL sepanjang zaman. Ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai legenda hidup EPL.

Salah  turut memintas Gordon Hodgson untuk menjadi pemain ketiga paling banyak gol dalam sejarah Liverpool.

Kemenangan ini membolehkan Liverpool 16 mata di atas Arsenal dalam carta Liga Perdana Inggeris. Jurang mata yang sanga besar. Dengan Arsenal tidak boleh tercicir mata dalam 2 baki perlawanan dalam tangan mereka ada.

Apa seterusnya?

Liverpool akan berdepan dengan PSG dalam timbal balik pusingan 16 akhir UCL. Kemudian final Piala Carabao menentang Newcastle. Mereka akan kembali ke aksi EPL menentang Everton di Anfield.

Sementara Arsenal selepas ini akan berdepan dengan Manchester United di Old Trafford dalam pertembungan hidup mati The Gunners untuk terus mengejar Liverpool. Arsenal berpeluang merehatkan pemain mereka untuk aksi menentang PSV selepas menang besar 7-1 pada laga pertama.

Kemudian Arsenal berdepan Chelsea untuk aksi EPL.