Kenapa Manusia Suka Menonton Filem Seram / Thriller Ketika Krisis Yang Sedang Dihadapi?

Satu kajian dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa ramai manusia melanggan filem bergenre seram atau tegang (thriller).

Mengapa kita suka menonton film horor ketika kita berdepan dengan situasi seram yang sebenar dalam kehidupan iaitu Koronavirus?

Di Amerika Syarikat ketika ini, rakyatnya berdepan dengan bermacam tekanan, termasuk ekonomi dan juga politik. Dan mengejutkan, mereka melarikan diri daripada ketegangan itu dengan menonton filem thriller atau hantu yang memang tegang.

iTunes melaporkan filem paling banyak ditonton di platform mereka pada sehingga 1 Jun adalah The Invisible Man.

Sementara filem thriller arahan Steven Soderberg, Contagion juga naik mendadak dalam carta.

Pakar psikiatris, Gail Saltz, MD, profesor di New York Presbyterian Hospital Weill-Cornell School of Medicine, menyatakan bahawa mereka yang gemarkan filem seram pastinya akan ‘keluar’ mencari filem genre tersebut ketika ini.

Dengan kecanggihan pada hari ini, sangat senang untuk mereka mendapatkan hiburan seram itu di rumah dan di mana sahaja.

Ketika dunia sedang dalam krisis. Ramai manusia mencari hiburan di rumah dan menenangkan diri mereka dengan filem seram.

Ini kerana mereka mahu melawan keadaan tak selesa pada ketika ini dengan menggunakan filem seram. Menurut Gail, ianya berkaitan dengan proses pengulangan yang dipaksa serta membetulkan semula perasaan trauma.

Gail Sainz turut berkata, mereka yang menikmati perasaan seram dalam keadaan tak bahaya [seperti menonton tv] pada akhirnya akan memberikan mereka perasaan tenang.

Bak kata orang, itu hanya movie kot. Uish best la cerita hantu tadi!

Kepuasan emosi

Seorang lagi pakar psikologi,Bruce L. Thiessen, PhD, menyatakan, menonton filem seram dan thriller akan memberikan kepuasan dalam penutupan emosi yang sensasi.

“Dengan menonton filem seram, kita akan mengetahui bagaimana sesebuah cerita itu terlerai, dengan mengetahui endingnya dalam masa singkat.”

“Ini akan memberikan kita rasa kawalan ke atas kekacauan yang kita pernah alami dengan memprovokasi pengalaman sebenar dalam hidup.”

Satu lagi kajian pada 1993 dalam Behaviour Research and Therapy, para pengkaji mendapati, keadaan yang sangat stress akan dapat meransang endorfin anda. Ini tidak akan membuatkan seseorang itu mengurangkan ketakutan, sebaliknya menaikkan semangat dan keinginan.

Endorfin adalah zat kimia yang diproduksi secara alami oleh sistem saraf kita untuk mengatasi rasa sakit atau stress. Hormon ini juga boleh membuatkan kita merasa bahagia.

Aktiviti adrenalin

Seterusnya, terperap dekat rumah membuatkan kita mencari aktiviti lain selain daripada santai. Ramai yang cuba mencari aktiviti untuk mencabar adrenalin / mendebarkan.

Dah tentunya masa PKP ni, tak ada aktiviti seperti bungee jumping, flying fox dan sebagainya.

Salah satu caranya adalah menyertai mereka yang mencabar adrenalin dengan filem seram. Mereka yang kaki filem seram ni pun sebenarnya gemarkan aktiviti yang mencabar adrenalin, cuma mereka memilih cara dengan menonton filem bukannya aktiviti fizikal.

Memang ada sebilangan orang sengaja menonton filem seram karena ingin mencari sensasi dan meningkatkan adrenalin. Malah ada yang sengaja mencabar rakan rakan mereka duduk menonton movie sama sama, nak tahu siapa lagi berani.

Dorongan adrenalin itu dinikmati karena kita merasa takut dan pada masa yang sama rasa tenang. Macam korang yang sukakan aktiviti lasak, lepas buat, pasti rasa sangat seronok walaupun lutut calar balar.

Akhir sekali, menonton film seram / thriller mampu memberikan kegembiraan.

Ini kerana, ketika kita menonton film horror, berbagai hormon akan dikeluarkan oleh tubuh, seperti hormon endorfin, adrenalin, dopamin, serotonin dan oksitosin.

Respon daripada fisiologi ini menyebabkan kita gembira bersemangat dan ceria. Endorfin sudah dijelaskan di atas tu.

Sementara, hormon dopamin berkaitan dengan perasaan euforia (terlalu excited), meningkatkan motivasi, konsentrasi dan kebahagiaan.

Jadi tidak hairanlah kalau ada kawan korang yang lebih memilih filem seram untuk mencari kegembiraan dan bukannya maharajalawak mega.

Ini kerana, mereka suka mencari kegembiraan dan ketenangan dengan cara sebegitu.

Rujukan:

Bestlife
IdnTimes

Baca yang lain