Kenapa Maradona Disembah Seperti ‘Tuhan’ Oleh Orang Argentina

Pemain bolasepak antarabangsa pertama yang aku kenal semasa aku kecil ialah Fandi Ahmad, tapi Fandi Ahmad tak pernah menang World Cup, jadi aku cakap yang pertama aku kenal yang menang World Cup.

Diego Maradona

Kali pertama aku kenal Maradona ni semasa tahun 1990, ketika Piala Dunia di Itali. Aku mengikuti di akhbar dan berita di televisyen, jadi kehebatannya diakui seluruh dunia.

Tapi ada ramai Generasi Z terutamanya mereka yang membesar cuma kenal dua pemain bola sahaja iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, mereka merasa aneh, apa yang hebat sangat Diego Maradona sampai kemain teruk rakyat Argentina menangis meratap tahap meroyan?

Bagi mereka, mereka tidak faham kenapa Diego Maradona yang mat k*kain, mat hisap curut, minum beer, OD, sex party memanjang ni jadi idola Generasi X.

Kenapa tak minat Gary Lineker yang skema dan menguruskan pemakanan sistematik, sejajar dengan pemain bola professional macam CR7 dan Messi?

Kenapa orang Argentina menyembah Maradona sebagai Tuhan?

Soalan ni aku pernah tanya masa aku kat kelas sains politik masa paper minor USM aku dulu. Masa tu dalam kelas antropologi, aku bertanya pada tutor aku soalan tu.
Sebab masa tu tahun 2006, tengah World Cup dan malam tu Argentina punya game.

Menurut tutor aku yang jelas seorang Generasi X, menceritakan tentang latar belakang politik Argentina pada sekitar 1980an.

All is fair in love and war

Selepas kalah dalam Perang Falklands, orang Argentina melihat Pulau Malvinas mereka dijajah British, dan kekalahan junta tentera Jorge Videla, serta masalah ekonomi Argentina yang kronik, menyebabkan mereka merasa pessimistik dengan negara sendiri.

Perang Falklands berlangsung pada tahun 1982, dengan tentera UK menang bergaya dan menumpaskan tentera Argentina yang gagal dalam segala aspek, dari segi teknikal, taktikal dan ekonomi perang.

Jadi pada perlawanan suku akhir Piala Dunia di Mexico tahun 1986, perlawanan antara Argentina menentang England yang berlangsung di Estadio Azteca, stadium terbesar di Mexico.

Perlawanan ini dianggap antara perlawanan Piala Dunia paling klasik dan akan dikenang sampai bila-bila, bila mana Diego Maradona, selaku kapten Argentina, memimpin pasukan itu dan menang Piala Dunia.

Bagi rakyat Argentina, mereka melihat itu sebagai dendam mereka atas kehilangan Malvinas. Gol pertama Diego Maradona menggunakan tangan. Seluruh dunia mengakui itu adalah satu penipuan sebab dalam undang-undang bolasepak, gol pakai tangan adalah dilarang keras.

Tapi bagi rakyat Argentina, itu adalah perang. Dalam perang, semuanya adil. Bak kata Pengetua dalam novel Sidang Dewan, “all is fair in love and war.”
Untuk baca novel online terbaru aku, jemput baca di sini dan joinlah group.

Gol kedua Diego adalah gol yang dikatakan paling cantik dalam sejarah bolasepak. Tapi cantik ni subjektif.

Gol lari separuh padang pernah dilakukan Michael Owen di France 1998, Ryan Giggs semi final FA Cup vs Arsenal 1999, Lionel Messi pun dah berkali buat, tapi pada masa 1980an, padang bola sangatlah berlecak dan bola masa tu berat, tak macam bola zaman sekarang.

But bola pun takde teknologi macam sekarang ni. Tetapi melihat kemenangan Argentina dalam perlawanan itu, memperlihatkan kemenangan moral kerana maruah Perang Malvinas telah ditebus Maradona.

Dan sebab itulah, Maradona disembah di Argentina. Menurut Google, keluasan Argentina ialah 2.78 juta kilometer persegi. Maknanya, jika seluruh tanah Argentina dikambus di Laut China Selatan, maknanya tak ada dah laut tu sebab keluasan hampir sama.

Dan menurut Peter Zeihan, seorang pakar geopolitik yang power selain Ayman Rashdan Wong pada aku, geografi Argentina adalah yang kedua terbaik di dunia selepas Amerika Syarikat.
Dengan Pergunungan Andes di sebelah barat, dan Lautan Atlantik terbentang luas, untuk menakluk Argentina adalah tugas sukar.

Kelebihan Argentina yang paling utama ialah lembah sungai Rio de la Plata, yang dipanggil Pampas, adalah tanah yang subur dan sesuai dengan pelbagai jenis tanaman.

Ekonomi Argentina

Argentina pada kurun ke-19 merupakan antara negara yang terkaya di dunia, dan kedua terkaya di Hemisfera Barat selepas Amerika Syarikat.

Argentina merupakan pengeksport daging terbesar, yang kebanyakan permintaan dari Eropah. Argentina pengeksport gandum kedua terbesar di dunia. Argentina pengeluar perak, bauksit, kuprum, besi yang cukup besar.

Nama Argentina itu pun berasal dari ‘argentum’, iaitu perak. Kira orang Perak boleh la mengaku diri mereka orang Argentina.

Ekonomi mereka makmur dan Buenos Aires mempunyai infrastruktur bandaraya bertaraf negara imperialis macam London atau Paris.

Namun segalanya berubah apabila Parti Judicialista pimpinan Juan Peron, melaksanakan ekonomi sosialis pada tahun 1946 hingga 1955.

Rakyat gembira kerana kerajaan selalu memberi macam-macam, sehinggakan bahagian tentera dibahagi-bahagi. Ini menyebabkan tentera yang dipimpin General Eduardo Lonardi menggulingkan kuasa.

Sejak itu siri kudeta berlaku berkali-kali sehingga Argentina dipimpin oleh junta tentera.

Pada Piala Dunia 1978, Argentina menjadi tuan rumah. Dan dalam perlawanan itu, pemain Belanda, Johann Cruyff enggan untuk menyertai Piala Dunia sebab dia mendakwa ada perisik tentera Argentina mengugut untuk bunuh keluarganya jika dia turun di Buenos Aires.

Sebab masa tu Johann Cruyff pemain terbaik dunia, dan kalau final Piala Dunia 1978 berlaku dengan fair and square, sudah pasti Belanda akan ada satu Piala Dunia.

Hakikatnya, bermain final Piala Dunia di Buenos Aires pada tahun 1978 samalah macam final Piala Dunia berlangsung di stadium Rungnado kat Pyongyang. Brazil pun akan kena belasah dengan Korea Utara kat situ.

Jadi ramai peminat bolasepak Argentina tidak melihat sangat kemenangan tahun 1978 tu sebab ramai rasa itu semua sebab tentera junta yang punya aturan. Tapi pada tahun 1986, Maradona dilihat ada aura magis.

Dan yang ada aura magis ni level-level Jesus je. Dan sebab itulah, Maradona disembah macam Tuhan.

Baca yang lain

Mbappe Dah Peduli Dengan PSG?

Kylian Mbappe telah digantikan pada separuh masa ketika pendahulu Ligue 1, Paris St Germain terikat tanpa jaringan di bekas kelabnya Monaco. Namun