Lionel Messi memakai nombor 10 buat kali pertama sebagai pemain Paris Saint-Germain malam tadi dalam aksi Coupe de France. Di mana PSG tunduk kepada Nice menerusi penentuan sepakan penalti.
Setelah menyertai PSG secara percuma pada musim panas, Messi telah memakai jersi nombor 30, nombor yang dia gunakan ketika debut bersama di Barcelona pada 2004.
Terdapat juga laporan bahawa rakan karib dan rakan sepasukannya, Neymar telah menawarkan untuk memberikan Messi baju No.10 ikonik tetapi pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu memilih untuk tidak melakukannya kerana ianya agak kurang manis.
Malam tadi, bagaimanapun, Messi kembali memakai nombor paling signifikan dengannya.
Kenapa?
Ini kerana dalam Coupe de France, pertandingan piala utama Perancis, kesebelasan utama mesti memakai nombor tradisional 1-11 – dengan pemain gantian memakai nombor di bawah 25.
Messi wearing No. 10 for the first time for PSG.
Barca fans 🥺 pic.twitter.com/Um6J2bIpNh
— ESPN FC (@ESPNFC) January 31, 2022
Oleh kerana Neymar terpaksa disisihkan kerana kecederaan, jersi No.10 adalah kosong dan tiada pemakai. Maka Messi yang diturunkan dalam perlawanan tersebut telah diberikan jersi tersebut.
Jadi, jika orang lain yang berada di kesebelasan utama menggantikan Messi, maka orang itulah yang akan memakai jersi 10 itu. Dan jika Messi duduk di bangku simpanan, dia akan memakai jersi antara12 sehingga 25.
Dalam gaya old skool, tiada nama tertera di belakang baju untuk pemain semasa pertembungan di Parc des Princes.
Kedua dua pasukan buntu tanpa jaringan sehinggalah aksi berlarutan ke penentuan penalti.
Messi mengambil sepakan penalti pertama PSG dan menemui jaring tetapi penjaga gol lawan Marcin Bulka, yang dipinjamkan oleh PSG kepada Nice, menyelamatkan penalti daripada Leandro Paredes dan Xavi Simons.
Nice berjaya menang 6-5.
Ini bukannya kali pertama Messi mengajak kita belajar tentang peraturan nombor jersi di Perancis. Ye la, sebelum ni, mana la korang kisah sangat hal Liga Perancis yang korang gelar liga pertanian ni kan.
Messi dan jersi 30 di Ligue 1
Sebelum ini Ligue 1 telah memberikan kelonggaran khas kepada Messi untuk memakai jersi 30. Walaupun sebenarnya Ligue 1 melarang sama sekali outfield player memakai jersi 30.
Ligue 1 memang ketat dalam hal jersi. Misalnya, Gianluigi Donnarumma, hasratnya untuk menyarung jersi 99 tidak kesampaian dan dilarang sama sekali.
PSG really have nine goalkeepers right now 🤯 pic.twitter.com/7EzVCZDJaa
— B/R Football (@brfootball) July 15, 2021
Kemudian Donnarumma disahkan memakai jersi no.50. Sebenarnya agak rumit peraturan di Ligue 1 ini. Bukan sahaja menghadkan nombor jersi, namun turut menetapkan nombor khas untuk penjaga gol. Kecuali anda Messi. Di mana dia dibenarkan memakai jersi 30 yang merupakan jersi penjaga gol.
Berbeza di beberapa liga sebelum ini, hanya mengetatkan had nombor jersi tapi penjaga gol boleh bebas memilih mana mana nombor dari kalangan nombor tersebut.
Donnarumma tak boleh no.99
Nombor 99 merupakan nombor kegemaran Donnarumma di peringkat kelab. Dia memakai jersi itu sejak debut dengan AC Milan pada usia 16 tahun lagi. Alasan Donnarumma memakai jersi 99 kerana nombor itu menandakan tahun kelahirannya.
Di Ligue 1, mereka melarang Donnarumma memakai jersi yang dianggap memiliki nombor fancy. Malah sebelum ini pernah melarang Mario Balotelli daripada memakai jersi 45 ketika di Nice dan Marseille.
Ligue 1 menetapkan jersi penjaga gol haruslah bernombor 1, 16 dan 30. Dan ketiga tiga nombor itu sudah menjadi milik Keylor Navas, Sergio Rico serta Alexandre Letellier.
Jadi, Ligue 1 memberikan dua pilihan kepada Donnarumma sebagai alternatif iaitu nombor 40 ataupun nombor 50 — yang dikatakan sebagai pengecualian khas selepas 3 nombor utama ada pemiliknya.
Dipetik daripada Balls.ie: Peraturan LFP #670: “Setiap pemain Ligue 1 dan 2 perlu mendaftarkan nombor mereka sekurang kurangnya 72 jam sebelum sepak mula pertandingan.”
“Senarai tersebut tidak boleh melebihi 30 nama dan nombor 30 adalah nombor terakhir dalam senarai. Dan ianya perlu dikemaskini setiap kali ada berlaku aktiviti keluar masuk pemain.”
“Jika sesebuah kelab memiliki lebih 30 pemain profesional yang masih berkontrak, lembaga LFP akan memberikan pengecualian khas.”
“Nombor 1, 16 dan 30 secara eksklusif adalah untuk penjaga gol. Dan nombor 40 boleh digunakan jika perlu.”
Tetapi Ligue 1 memberikan pengecualian khas kepada Lionel Messi. Asalkan dia bahagia. Sebab Messi akan memberikan lebih banyak manfaat kepada Ligue 1 dalam menarik audien.
Messi sebelum ini dikatakan akan memilih sama ada memakai jersi 30 atau 19. Dua nombor pertama ketika kariernya bersama skuad senior Barcelona.
Dan akhirnya memutuskan untuk memakai jersi 30. Yang terpaksa dikosongkan oleh Lettelier kepadanya. Lettelier kemudian memakai jersi no.60.
Ligue 1 sudah menyatakan bahawa hanya Messi sahaja dibenarkan menggunakan jersi 30 – untuk pemain bukan penjaga gol.
Kehadiran Messi benar benar menaikkan publisiti Ligue 1 dan juga PSG amnya. Misalnya, Instagram PSG yang meningkatkan jumlah pengikutnya sebanya kira kira lebih 20 juta dalam masa yang singkat.
Sebelum dikaitkan dengan Messi, instagram PSG cuma ada 19.1 juta pengikut. Namun sejak beberapa media berpengaruh termasuk koresponden Fabrizio Romano melaporkan bahawa Messi akan PSG, dan kemudian Messi sah ke PSG, instagram tersebut meningkatkan jumlah pengikut kepada lebih 40 juta.